Monday, March 28, 2011

Hebahan Umum

Semalam baca laporan kat Mingguan MStar tentang 'kehilangan wang di dalam akaun simpanan bank'
Selalu dengar dan baca tentang ini, dan semalam mereka buat laporan eksklusif tentang ini.
Seram baca..seram sebab risau takut terkena benda ni.
So, aku rasa elok aku uar uar kan dalam blog ni, untuk panduan kawan kawan semua, yang mana maybe tak baca laporan tu semalam.

Fakta ringkas tentang isu ini:

- Ketua Biro Aduan Khidmat Awam MCA Selangor, Datuk Theng Book pun terkena, hilang RM50,000 menerusi transaksi ATM. Kes masih pending setelah buat report polis dan Bank Negara Malaysia(BNM). Pihak bank kata bukan salah mereka. Datuk ni kata maybe nak saman kalau keputusan kes masih samar. Senanglah cerita, sebab dia lawyer, dan dia ada pangkat. Kalau kita kena? Rakyat marhein kena?

-laporan akhbar semalam memetik dari 5-6 orang mangsa yang terkena, memang bank nak tak nak layan aja kes mereka(walaupun dah buat laporan polis dan BNM). Dan jangan harap bank bayar balik wang yang lesap tu. Bukan kesalahan mereka katanya.

-Ikut laporan Jabatan Siasatan Jenayah Siber & Multimedia PDRM, modus operandi sindiket ini ialah:
 a) tepuk bahu
   suspek datang dari belakang, tepuk bahu masa kita di ATM. Dia kata duit kita jatuh. Kita tunduk, mereka tukar kad kita dgn kad mereka. Kita tak sedar lepas tu kita bawak balik kad lain.
 b) Phising
  ini menggunakan internet banking.Mereka akan hantar sms/email palsu, yang mendorong kita masuk ke website palsu(yg sebijik mcm yg asli, cuma URL lain)

-Ikut statistik polis juga, kes kes yang melibatkan pecah amanah dari staf bank itu sendiri(yang ubah akaun kita utk masuk ke akaun mereka/3rd party) adalah rendah. Kononnya kerana sistem bank sistematik dan ketat. Tapi duit kita hilang jugak kannnnnnn...

-Statistik jenayah siber ni makin membimbangkan, walaupun banyak hebahan dibuat oleh pihak bank dan polis. Kes-kes phising makin meningkat dengan ketara:
  2008  - 32 kes dilaporkan
  2009  -  75 kes dilaporkan
  2010  -  353 kes!!  (jumlah kerugian almost 1.2 juta)
kalau ada makcik/akak macam ni menunggu di belakang, aku rasa secure sikit. Melampau lah kalau makcik tu 'tepuk bahu'!
contoh phising website. Jangan respond apa apa email/sms at all!

-Kalau kita terkena, kat mana kita nak mengadu?
 a) polis
 b) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
 c) BNM 
    call BNM telelink: 1 300 88 5456
    fax BNM            : 03- 21741515
    email BNM         : bnmtelelink@bnm.gov.my

- aku memang jarang simpan cash banyak dalam saving account. Aku simpan dalam ASB & Tabung Haji.
Nak letak banyak banyak duit dalam akaun debit card pun kadangkala aku risau. Tapi ikut statistik, kes mostly involved ATM, rather than credit/debit card.
-sentiasa pantau akaun kita. Bagi saving account/debit card account, aku monitor almost every 2-3 days thru internet. Dan aku elakkan masuk internet banking di public pc/laptop pinjam.
-dan mungkin juga lepas ni kena simpan wang dalam bentuk emas dinar. Ia pun investment. ~emas dinar~

So, sama sama kita berdoa supaya kita terhindar dari musibah ini.

82 comments:

  1. nice info doc..thanks.

    lama tak komen,asyik jadik silent reader je..sbb malas log in..boleh?hehee

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang ni macam2 cara orang guna untuk tipu.. sebab nak cepat kaya.. dalam spam box email saya ade berpuluh email yang baik hati nak bagi saya duit juta2..

    p/s- dah dapat senapang baru ke?? tunjuk gambar sket..

    ReplyDelete
  3. very gud info..thanx for sharing beb....

    ReplyDelete
  4. salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  5. saya simpan duit bawah bantal~

    ReplyDelete
  6. aku tak pernah ada bank internet online...dari dulu sampai skang aku takut weh nak guna online ni...

    ReplyDelete
  7. minta dijauhkan dari terkena.. walaupun duit tak banyak, klu terkena mmg menangis jugalah..

    ReplyDelete
  8. org skrg nak dpt duit secara mudah,malas nk berusaha sdri...
    tq doc,atas info...
    org tua2 ckp,klu keluar,nak beurusan dengan bank,sila pakai seluar dlm terbalik..insyallah..!
    terhindar dari kena pukau.

    ReplyDelete
  9. duit saya tak banyak.
    selalu simpan duit dlm kotak kasut Aqid.bole tak?hehehehe

    thanks for your advise.i mmg selalu baring sebelah kiri,tapi i tak tau pun kenapa.=)

    ReplyDelete
  10. sama la kita doc.
    duit banyak simpan asb.
    duit sikit simpan saving.
    duit syiling tabung ayam.



    .

    ReplyDelete
  11. betul tu DD..tahun lepas Abang pernah terkena..'orang' guna kad kita beli tiket..yg geramnya dah beli br tepon kita betul ke tak..beribu la tu..mana taknye..flight antarabangsa..ye2 Abang block kat tu dan alhamdulillah Abang tak kena bayo tu semua selepas itu ini..BSN gak tu punya kes huhu..camne leh terlepas??? sebab kita ada PIN kita tu br leh beli tiket kan? huhuhu

    ReplyDelete
  12. itulah ... kalaulah CA yang tak ada duit ni kena .... gi repot.... adaa depa nak layan ..... duit kooo berapa sen sangat org lain puluhan ribu ringgit ... depa tak heran .
    itulah nasib kita..
    berhati2.....

    ReplyDelete
  13. pernah terkene pishing email..
    bnyk jugak yang lesap. on d spot g bnk. aci tu ckp kalau aku buat repot polis pun bnk xleh buat apa.

    ReplyDelete
  14. Walaupun kakcik tak ada simpanan - cuma wang gaji yang masuk setiap bulan - rasa bimbang tetap ada..

    ReplyDelete
  15. Memang pun...kita kena macam kira burn je la....berapa sen sangat duit kita ni....

    ReplyDelete
  16. kawan saya pernah kena mcm ni..
    duit hilang dlm BSN..emm..tak tahulah..

    ReplyDelete
  17. tak sangkakan, kes mcm ni pun boleh berlaku...so, nak salahkan sape ni???

    ReplyDelete
  18. yang laki x risau la kne tepuk belakang.. yang perempuan tu.. bahaya woo~ mintak simpang la..

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. sy pun mcm DZ..takut betul duit hilang dlm bank..kalo dpt gaji..mmg kuar semua..simpan dlm ASB & tabung haji je..rasa lebih selamat..

    ReplyDelete
  21. TQ share info. Skrg nie..mmg kena berhati2 bila log in dlm internet..kena pastikan URL tuh betul..
    Sungguh menakutkan laa kalau perkara begini berlaku..iye laa duit habis ilang..cam na nak claim..dah bank pun tak nak bertanggungjaawab.. adess..

    ReplyDelete
  22. tQ for the info...

    jangan sesekali click link dalam emel - eventho dia tulis dari bank...

    iols penah check with bank sebb iols penah dapat notification account suspended. heran le pehal plak kan... so iols call bank tanya apa masalahnya.. bank kata they NEVER send emel to their customers - nak plak emel tu alamat kat yahoo or gmail - or msn atau apa2 pun lah public emel.

    if account ada masalah - depa akan send mesej to inbox customer @ internet banking - advise customer to call bank for further action.

    memang dia advise - abaikan saja

    so hati2 ye.. jangan percaya emel dari bank
    depa guna phishing untuk extract acoount detail...

    ReplyDelete
  23. kakchik pun simpan kat ASB. tak simpan byk2 kat bank sbb kalo simpan kat saving .. cepat je duit tu kuar ..mcm air paip menitis!! Haha ..

    Menjwb pertanyaan daddy tadi, Saya byr RM145 sebln kt Celebrity Fitness Express Kepong .. limited membrship sbb utk this branch only.

    ReplyDelete
  24. Zie - how are u? lama tak nampak...hope u are fine..dan akan kembali menulis...:)

    ReplyDelete
  25. makin hebat teknologi, makin lah hebat org nak menipu.

    huhu

    ReplyDelete
  26. shaza - dah dapat dah senapangnya...:P
    nanti saya tunjukkan

    ReplyDelete
  27. JhazKitaro - thanks for visiting bro :)

    ReplyDelete
  28. Bujal - pakcik simpan duit dalam bantal! ~haha

    ReplyDelete
  29. wahida - internet banking perlu, sebab ia memudahkan urusan, jimat masa & wang & tenaga. Cuma kena extra careful masa berurusan, tu aja.

    ReplyDelete
  30. HanisAzla - sebab kita tak banyak duit lah lagi risau kalau terkena ~huhu

    ReplyDelete
  31. gismo82 - sharing is caring kannnnnn :P

    ReplyDelete
  32. dr

    kalo saya yg terkena mahu menangis 44 hari kot..tq for the info!!

    ReplyDelete
  33. salah satu bahaya internet banking yg lupa nak cakap..... 'shopping online'.. hehehe..

    ReplyDelete
  34. dapat gaji, terus transfer ke 'along2' & simpan sendiri baki utk belanja.. :P

    ReplyDelete
  35. kaklong - nasib baik tak suruh pakai seluar dalam kat luar! ~haha

    ReplyDelete
  36. SyidaGorjes - saya pernah simpan duit dalam stoking !! ~haha

    ReplyDelete
  37. tasekM - harapnya duit kita semua tu dalam ASB & TH tak lah disapu oleh pencopet...

    ReplyDelete
  38. Norhafiza - selalunya utk transaction yg ribu2 ni, bank akan call kita utk verify dulu transaction tu.

    ReplyDelete
  39. hmmm....bila bank kata konon yg kemungkinan staff dia takleh transfer duit masuk ke akaun sendiri tu, rasanya tipu kot. anytime je maybank boleh block acc kite kalau tak bayo credit card. lepas tu utk unfreeze accnt, dia akan trasfer amount yg dia nak utk credit card payment, baru accnt kite boleh guna balik.

    ini keje manusia, bukan keje mesin atau komputer. ada sesapa boleh jawab pasal "kes kes yang melibatkan pecah amanah dari staf bank itu sendiri(yang ubah akaun kita utk masuk ke akaun mereka/3rd party) adalah rendah" tu?

    rendah = pernah berlaku kan? huh!

    ReplyDelete
  40. CA - itu yg buatkan saya risau. Sebab kita bukan menteri. So, komplen kita tu semua masuk bakul sampah aja..

    ReplyDelete
  41. kakngah - oohhhh..pernah terkena phising email? berapa yg hilang?

    ReplyDelete
  42. kakcik - sesen yg hilang pun kakcik, duit kita tu....kita ada hak...tapi dah banyak sgt kes kita dengar..bank tak akan ganti ~huhu

    ReplyDelete
  43. Fadzli Amir - bank kat malaysia ni pakai undang2 rimba yg menindas pengguna teraniaya..

    ReplyDelete
  44. nurkass - selalu dengar duit dalam BSN hilang kan

    ReplyDelete
  45. azian - kalau terkena, redha aja lah...

    ReplyDelete
  46. azroy - tak kiralah sebenarnya, lelaki ke pompuan ke..kalau nak kena...ngeriiii

    ReplyDelete
  47. Dee - selain lebih selamat, simpan duit dlm ASB & TH ni menyusahkan kita utk suka suki withdraw duit..:P

    ReplyDelete
  48. Rinna - doa & tawakal lepas praktikkan semua langkah keselamatan...kalau terkena jugak, itu ujian namanya..

    ReplyDelete
  49. miloais - nasib baik hakak call bank kannnn

    ReplyDelete
  50. kakchik - ok lah tu RM145...saya ingat nak swap ke CF..tapi branch dia tak byk la

    ReplyDelete
  51. Myaby - betul! makin hebat teknologi utk safety, makin hebat otak penipu berfikir~hahaha

    ReplyDelete
  52. littlehumblelynn - saya kalau terkena, mau terduduk 44 hari !

    ReplyDelete
  53. mekchu - exactly! hahaha..klik sana, klik sini...tau tau habis beribu shopping...

    ReplyDelete
  54. norh - ada satu blog saya baca(dah lupa blog siapa), dia tulis ' saving account tu umpama tempat persinggahan aja utk duit gaji..singgah sehari dua, lepas tu habis bayar sana sini'
    :)

    ReplyDelete
  55. GB - saya ada dengar ttg tu (bank rimau freeze saving acc customer dia yg ada outstanding CC, lepas tu deduct ke akaun CC tu)..betol ke? Sebab bank lain takde buat macam tu kan?

    ReplyDelete
  56. tq utk info nie..my boss penah terkena kes macam nie hilang rm5k..huhuhu..sampai skang xdapat walaupun sudah report ke ape..susah betul jenayah alam maya niee..

    ReplyDelete
  57. husband mummypun pernah kena cenggini masa CNY.kat kelantan masa tuh..abis semua wang dlm bnk ilang..pastuh dapat alik mujur.tapi banyaklah usaha kena wat..clap2 hb tak dapat langsung

    ReplyDelete
  58. org berduit pun dorang taknak layan kes2 mcmni..apatahlagi kita yg biasa2 jer..tsk!

    ReplyDelete
  59. Amy Syaquena - ur most welcome :)

    ReplyDelete
  60. lalink7 - itulah pasal..kalau kita jutawan, dan hilang 2- 3ribu..tak kisah lah...

    ReplyDelete
  61. wan nurul hezrina - alhamdullilah dapat balik...

    ReplyDelete
  62. en_me - boleh...sebab en_me takkan godek personal online banking kannnnn....:P tapi laptop saya di laptop cikai aje..canggih lagi laptop en_me itewww

    ReplyDelete
  63. MDT - cuba MDT pergi ke bank dan cakap "Helllooo..saya DIVA tauuuu"....tgk mana tau diaorang layan...ekekeke

    ReplyDelete
  64. huh..macam²..risau jugaklah kan..sy selalu guna maybank2u psl buat bisness online..selamat x agak²nya..

    ReplyDelete
  65. Dah tak tau nak buat apa dah.
    setiap awal pagi dapat email dari MBB celup ni. Minggu lepas dari Ambank celup pulak.

    Dah bgtau budak IT, dorang malas nak layan agaknya. Senyap aje.

    Jadi,sekarang ni.. nampak aje, terus delete.

    ReplyDelete
  66. fine doc,alhamdulillah..ade tulis kat wordpress,tp yg x meaningful at all..haha..nnt kalo rajen2 zie update kat umah blogspot..hehe

    ReplyDelete
  67. semua sistem manusia yg develope...mesti ada yg pandai boleh manipulate utk untungkan diri sendiri...hmmm...simpan duit dalam tin beras macam zaman dulu2 boleh kot?

    ReplyDelete
  68. harap2 duit due hengget lima kupang dlm akaun aku x di sedut hantu2 yg lain...mmng nayo kalo g cek belen tinggal sekupang je...bahayo gejalo ni...

    ReplyDelete
  69. akak dah pernah kena, tiga tahun lepas.. lesap RM400, ngadu dengan pihak bank...

    memang mereka tak bertanggungjawab.. tidak berganti

    sekarang masuk je gaji, cash-out semua dan pindah ke tabung haji... setakat ni selamat

    ReplyDelete
  70. Mana-mana bank tak akan hantar email kat pelanggan.jadi jangan lah percaya kalau kita dapat email cam tu. Mintak -mintak kita semua dihindari dari benda-benda palsu cam tu.Diharap semua orang jangan cepat terpedaya dengan email dan sms palsu yang berkaitan wang dan bank.

    ReplyDelete
  71. bro !!
    jom join Canon workshop !!
    :)

    ReplyDelete
  72. thank you for the info dr..

    cik pah pun simpan duit kat asb jer.. kalau kat bank biasa tuh masuk jer gaji..mmg esoknye dah withdraw abis dah.. tak kasi chan nak letak lelama kat situ

    ReplyDelete
  73. aiyoh seram!

    udahle duit yang ade tak banyak mane... kalau duit yang di kumpul berdikit2 sampai berikat perut tetiba lesap.. memang nangis guling2

    ReplyDelete
  74. Kalau kita terkena, kat mana kita nak mengadu?
    a) polis
    b) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)
    c) BNM
    Tambah satu lagi (kalau kes tipuan internet banking):
    d) Cybersecurity (menerusi Cyber999) http://www.mycert.org.my/cyber999/

    ReplyDelete
  75. untuk simpanan......simpanlah di tabung haji..selamat dan berkat...
    untuk belanja harian tu letakklah kat mana mana yg senang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...