Thursday, March 17, 2011

Buka Cawangan(sambil meracun)

 AMARAN: Entri ni panjang..Entri ni mungkin boleh buat anda muntah hijau...So, sila skip kalau dah loya

~ aku tujukan khas entri ni buat isteri tersayang, mommyZiyyad..
~aku tahu, setiap malam mommyZiyyad baca blog aku..


Jiwa wanita itu kompleks kan..
Perubahan fisiologi mereka setiap bulan, bisa menambah ke kompleksan itu..
Tapi perubahan bulanan yang orang kampung panggil PMS tu, luckily takde dalam diri mommyZiyyad..:P

Selain perubahan fisiologi bulanan, ada lagi perubahan fisiologi yang maha hebat berlaku dalam tubuh wanita..
Betapa agungnya tuhan kan..Allahuakbar!
Dan betapa kaum lelaki patut bersyukur tak perlu lalui perubahan fisiologi ini..:)
Perubahan fisiologi ini boleh berlaku setiap tahun, bagi yang aktif.
Bagi mommyZiyyad, ini perubahan fisiologi maha hebat beliau yang ke dua..

Banyak dugaan yang beliau hadapi semasa perubahan fisiologi kedua ini..
Aku kagum dengan daya tahannya..Terima kasih ayang...Itu aja ucapan yang mampu ku luahkan..nak ku minta bebanan sakit itu pindah ke badan ku, tak logik pulak. Kalau logik pun, takut takut aku lagi melepek!!
Sakit pinggang nya...penatnya...suspected PPROM nya. (alhamdullilah, ianya bukan)
Dan beliau lebih berjiwa penyayang, aku perasan lah..

Yang tak sedapnya, bila mommyZiyyad risau akan aku menambah cawangan..
Jangan risau ayang...abang tak akan tambah cawangan..
Abang tak mahu ayang risau..abang mahu ayang tenang sahaja...
I understand ayang, sebahagian kerisauan ini berpunca dari kesan perubahan fisiologi itu..
Sepanjang tempoh dah almost 29 minggu mengalami perubahan fisiologi ini, mommyZiyyad  begitu risau kalau kalau aku membuka cawangan...dahulu semasa tidak mengandung, beliau taklah serisau ini (bukan tak risau langsung tauuu..ekekeke).

Aku katakan...aku tiada dua pakej ini..
I am not handsome...I am not rich..
Dua benda yang perempuan awek gediks selalu cari..tiada pada ku..
So tak perlulah mommyZiyyad risau..OK..
Dan mommyZiyyad pun tahu, aku tak pernah curang sepanjang kita kenal, hingga kini.
*
*
*
*
*
*
*


Tapi sms balas mommy ni buat aku terfikir...

" Hehe...kelakar bila u wonder i risau poligami. Ada ms x perlu hensem @ kaya. Ckp sekadar syarat lelaki n nafsu je."

Betul ke kawan kawan?
As usual,kawan kawan aku kat luar kan ramai wanita...:)
So, sudi sudilah beri pendapat...

di Monumen Perjuangan Rakyat Bali. Kepada wahida, cepat2 lah ko ke sini, aku meracun ni
~ mommy ziyyad usah risau ya..tak mampunya daddy nak buka branch...ekekeke

39 comments:

  1. yup...pompuan skrg bukan pilih..yg hensem...cukup kalau memenuhi citarasa...!

    kadang takut jugak kalau suami buka caw.lain..huhuhu!!

    ReplyDelete
  2. ko bukak cawangan klinik jelah!
    jom share.. hahaha

    ReplyDelete
  3. berani la bukak cawangan. kita potongggggggg!!!!

    hehehe...

    :P





    .

    ReplyDelete
  4. ye.. betul.. tak perlu hensem @ kaya utk bukak cawangan.

    ater..
    ramai pompuan skrg banyak duit maaa..
    janji dapat kasih syg & perhatian.

    ReplyDelete
  5. wah..wah...open letter nampak..! hahaha

    nak percaya...taknak..nak percaya..taknak..! bla..bla..

    alah..tak perlu kaya.. tapi lelaki kan..biasaalah..pandai mengayat kan..

    ReplyDelete
  6. amboiiiii..
    bab buka cawangan ni lembut jek berkata-kata..
    berayang2 gitu..

    hargailah pengorbanan isteri wahai si suami oiii..bersabung nyawa nak mengembangkan keluarga..

    aha..! mmg nak kena blasah lah kalau daddy ziyyad tambah branch..haha..

    berdoa,tawakal, berserah pd allah..hanya allah yg menentukan segalanya..

    ReplyDelete
  7. for me personally, rupa tak penting x hensem takper tapi bdn kena wangi and gigi bersih haha, x kaya pun takpe tapi mampu kuarkan duit utk belanja rumah dan bawak anak bini jalan2 setiap tahun, and nafsu kena ada..penting beb..kalau dia mati pucuk bek takyah kawen.. :P but im not desperate.. bukan senang nak cari lelaki yg baik dan bertanggungjawab skang nih..

    hehe but i know...u akan setia dgn ur wife..insyaALLAH.. toksah nak gedik pasang lain.. satu blog den ajak hentam kamu.. hehe

    ReplyDelete
  8. ala..itu setakat risau orang
    mengandung saje...mmg very sensitive kan..

    tapi yang dia sms tu ..
    betui juga..
    tak ada 2 tu ..pun boleh tambah lagi apa..

    tapi kita dapat rasakan tok dukun ni
    sangat sayangkan mommy ...don't worry!
    cuma dia...terlebih peramah saje...hihi

    jgn mare...:P

    ReplyDelete
  9. cik pah pernah tanya kat pais..dia cakap buat apa nak cari pasal ngan kawin lain.. yg skang nih pun kengkadang pening nak handle.. baik dia carik mak datin jer.. senang..goyang kaki..

    tapi cik pah jawab ngan satu jelingan ngan satu cubitan kat pinggan berlemaknye..

    jgn takbur..jgn cakap besar..mana tau satu hari tuhan tu nak tunjukkan/ uji..camne ?

    terus ...topik tu tak di buka lagi oleh pais..muahhahaha

    ReplyDelete
  10. kadang2 yang hensem pun tak laku.. tapi poket tebal mulut manis tu yang dikejarnya...

    hermm.. dari segi penilaian buat masa sekarang ddy ziyad mmg sayangkan mmy ziyard.. harap berkekalan hingga ke hujung nyawa..

    macam wish anniversary pulak

    ReplyDelete
  11. kalo saya pon..x mo sharing2 ni..hehehhe

    bukak cawangan klinik xpe..

    ReplyDelete
  12. bukak la cawangan baru! pastu hire gb buat landscape okeh!

    *klinik ye..jgn nak ngengada fikir hok lain...

    ReplyDelete
  13. huhu.. mase bace tajuk entri ni ingatkan awak nak cerita pasal restoran wong solo yang bukak cawangan kat bangi dgn shah alam tu...

    ReplyDelete
  14. doc...ingatkan bukak cawangan klinik...apa daaaa...hehehhe...gigih sy baca satu2 mcm mengeja plak...tapi mmg betul laaa....hensem ke, kaya ke tak penting...janji hati baik...kl tak,mesti laki sy tak kawen sampai skrang...haahahahah

    ReplyDelete
  15. husband saya kata "berkawin dua ni umpama you have to start from zero".. so maknanya akan jumpa might be the same problem with your first wife, or maybe even worst.. husband saya kata dia tak sanggup nak lalu balik macam part gaduh-gaduh dgn saya. Skang dah pandai toleransi, Alhamdulillah..

    sanggupkah kamu?

    ReplyDelete
  16. Cakap ngan mommy ziyyad, tak payah fikir banyak.jadi ibu kena jaga kecantikan, jaga makan pakai untuk suami(itu mesti mommy ziyad terrorkan), lepas tu kalau daddy nak cari lain , meh makcik tolong pelangkungkan. tak delah makcik tengok dari raut wajah daddy ziyad ni, orang nya setia. Insyaalah, nyanyi lagu maher zain ramai-ramai.

    ReplyDelete
  17. ohhhooooo berayang ayang ...... leh pecaya ka ni .....kah kah kah ......
    org kata org lelaki ni depan pijak semut pun tak mati .... belakang haaahahahah gajah lalu pun dia tak heran ......

    ReplyDelete
  18. setiap wanita pasti ada kerisauannya
    inferiority complex

    anyway doc,

    cemburu tu tandanya sayang
    the way mommy fikir bukan2 pun part of cemburu juga..pasti mommy senyum bila baca ni.,

    sila hadiahkan mommy bunga tulip!

    yay!


    .

    ReplyDelete
  19. lelaki yg pentingkan diri sendiri, tak perlukan syarat nak tambah bini.... gitulah resam dunia... huhuhu

    ReplyDelete
  20. wah... dr, open letter gak..

    sokong sms mummy tu... yg penting skarang mereka pandang poketnya samada kempis atau kembung, saham doc kan tinggi

    usah ngada2, bukak cawangan klinik kat Pilah takpe

    ReplyDelete
  21. kita bakor je! kita bakor!! (kalau bukak cawangan baru la) :)

    ReplyDelete
  22. No SETUJU apa yg MM sms tu..syarat utama lelaki dan nafsu shj. Mungkin DD terlepas pandang kes wanita berkejaya skang..trend dorang jdkan lelaki untuk pemuas nafsu je. Segala perbelanjaan duit masing2..ada keluar dlm paper No lupa bila tp tahun ni la..

    No harap dan doakan DD tetap kuat iman ye..jglah MM sebaiknya..

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum dr,

    sy tak berani nak komen..takut terkena diri sendiri huhuhhh

    ReplyDelete
  24. tak kaya.....takpe
    tak ensem....takpe
    janji ada dagu togel...hahahhahaa

    ReplyDelete
  25. tak sanggup berkongsi kaseh :p
    walaupun tak hensem, bilangannya (lelaki) kurang skang ni, suami orang pun ada orang berkenan :p
    jangan amik suami saya !! hahahaaha

    ReplyDelete
  26. kalau sy tny soalan yg berunsur curiga husband sy cuma ckp..apsal tny benda merapik..itu kan doa..

    tp kdg perempuan nih bkn semua carik yg hensem dan kaya..itu biasa artis je kut (bkn semua)

    yg biasa² suka ambik suami org nih sbb terpikat dgn ayat manis ditambah suami org yg mmg gatal..

    ReplyDelete
  27. dulu masa aku peknen anak sulung, aku mimpi laki aku ada skandal ngan Lisdawati ko..huh!! mencik!!

    ReplyDelete
  28. Moga apa yg dipapar itulah juga yg ada di hati. Solute kalau itu yg tersurat dan tersirat.

    Buat mommy Ziyyad, kakak doakan yg terbaik. Selalu baca ayat "yuhibbunahumkahubbillah dan seterusnya" dan ayat "izqolayusufu...... dan seterusnya" insya-allah rumahtangga kita aman dan tiada gangguan.

    ReplyDelete
  29. Kalau dah jodoh dan ketentuan Allah, kita nak mengelak macam mana pun jadik juga. Tapi sekurang kurangnya pihak lelaki dah declare awal awal takde niat.

    ReplyDelete
  30. bukak cawangan baru???
    cawangan klinik bagus tu!

    ReplyDelete
  31. skrg ni entah kenapa suami org menjadi idaman.. itu yg cuak gila tu.. tak kiralah cukup pakej atau tidak semua dia org belasah aje.. minta dijauhkan.. mmg selalu dalam doa minta dijauhkan dari org ketiga..

    ReplyDelete
  32. buka cawangan baru , kalau buka cawangan klinik x pe jugak..

    ReplyDelete
  33. Thank you guys for the comments...

    Ada yang mencuit hanti..
    Ada yang menasihati...
    Thanks....Thanks...

    MommyZiyyad senyum gelak-gelak tau baca komen komen anda semua....

    ReplyDelete
  34. saye percaya.

    satu hari nnt kamu akan bukak cawangan baru.

    saya pasti.

    saya yakin.

















    tapi. cawangan klinik yang baru lah.

    yakin boleh!


    p/s - mummy ziyyad. jgn risau ya. kalau daddy ziyyad ni nakal nakal kite pegi serang dia. hehhh

    ReplyDelete
  35. kena ada risau sket2lah..takut terleka..suami diam2 dipikat..pompuan skrg x pandang rupa dan harta..huhu..tp sy percaya bro mmg setia orgnya..saya sama2 doakan kebahagiaan kalian berdua..amin..

    ReplyDelete
  36. Saya ada 2 blog pon tak ter manage...

    ReplyDelete
  37. Baru 'terbaca' entry ni psl last week sibuk cari baju mantin ngan bakal adik ipor. Mommy Ziyad tak yah risau..ramai akak2 and mokcik2 dah sedia nak kerjakan DZ kalau dia berani bukak'cawangan'. Apa pun daddy Ziyad muda lagi (kan,kan,kan??) Selalunya org lelaki ni mula TERfikir psl cawangan bila umur dah mid 40's. Apa org pouteh ckp? Midlife crisis..??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...