Friday, March 18, 2011

Bebaskan Diri Anda Dari Penipuan - siri Mythbuster

Dua hari lepas heboh diperkatakan tentang dakwaan Presiden CAP, kononnya lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar, berisiko kerosakan sperma dan mati pucuk!


Maka surat khabar-surat khabar tabloid pun publish lah isu ini. Macam biasa , demi mengejar rating. Betul atau tidak, tolak ke tepi. For the record, aku memang anti lagi meluat dengan akhbar tabloid kat malaysia ni..korang pun tahu kan akhbar mana...Anti nya aku sebab akhbar ni sibuk sangat dengan cerita seks kat muka depan..cerita orang mati kat muka depan..lepas tu penuh iklan mesin electromagnetik...dan kini, kosmo pun dah jadi macam akhbar tu lah jugak(yang aku gelar harian metrosex..ahahaha)
Jadi, aku memang tak beli akhbar..sebab akhbar macam ni penuh berita sampah/sex, akhbar yang satu lagi penuh berita politik/tikam orang. Kalau nak beli pun, aku beli The Star, yang pada aku lebih berbaloi.

Sorry, melalut pulak. Back to the topic, masa keluar aja so called 'laporan CAP' ni..masing masing kalut. Hatta sebuah stesen radio pun siap adakan satu ruangan khas di pagi hari berbicara tentang ini. Pagi tu masa aku BW, pun banyak blog yang cerita pasal ni.

Aku senyum aja. Sambil rasa sedih.
Senyum sebab aku memang awal awal lagi 200% tak percaya dakwaan si presiden CAP ni. 
Siapa dia? Apa background dia?  Bukan niat aku untuk merendah rendahkan orang, tapi aku rasa aku berhak pertikaikan dakwaan sebegini yang memberi impak besar kepada masyarakat. Kajian yang dia dakwa CAP buat tu, ikut standard protocol punya kajian ke? Berapa sample yang dia ambil? Ada ke kajian dia tu di publish dalam mana mana journal perubatan?
Tu sebab aku percaya, dia ni bercakap tanpa fakta. Kajian macam main pondok pondok, kajian pokok ceri aku panggil. Ni bukan pertama kali CAP(melalui presiden nya) buat dakwaan yang lawak. Sebelum-sebelum ni pun ada dakwaan yang pada aku, sangat kartun. 

Yang aku sedih, sebab paper malaysia ni tahap sampah. Ketua editor pun sampah agaknya. Tak kaji sumber berita tu. Main publish aja. Kalau tak, takde lah jadi macam ni. Dan takdelah jadi macam kes si kartunis Zoy (yang dah tua bangka tau) buat lawak tsunami. Bukannya susah sangat nak tahu betul ke tidak dakwaan CAP ni. Google aja. Dan search la keyword kajian berkenaan. Paling busuk pun, telefon saja mana -mana pakar perubatan, dengar penjelasan mereka. Bila benda2 macam ni publish dalam paper, maka rakyat malaysia percaya. Rakyat malaysia yang tiada basic ilmu sains hidup hidup kena kencing, maaf cakap. Tu pasal aku sedih. Aku kaji komen komen bloggers dalam blog2 yang paparkan dakwaan presiden CAP ni, memang ramai yang percaya bulat-bulat! Dalam blog2 tersebut, aku dah bagi komen aku, bahawa CAP buat dakwaan tanpa asas.  

Anda nak tahu betapa meticulous dan rumitnya nak buat kajian? Pertama, yang paling penting 'number of sample'. Yakni bilangan responden kena besar. Bukan puluh-puluh..Bukan seratus dua. Kedua cara kajian dijalanakan. Double blind ke? Ketiga, random kah kajian itu? Ni baru mukaddimah. Kalau anda rajin nak membaca(dan supaya tidak mudah ditipu dengan dakwaan kononnya kajian telah dibuat..bla bla bla...) sila sila lah Google perkataan ini : randomized control trial, double blind study, prospective study, retrospective studies, meta -analysis.

Dan semalam, di ruangan Dalam Negeri , Utusan Malaysia, terpampang lah berita ini.

Aku senyum lagi..
Aku harap, andai CAP dan presiden nya ada integriti, sila jawab komen Datuk Dr.Prashant itu, tak payah jawab komen aku ini.

Aku memang suka jalankan misi percuma ini.
Misi membongkar perkara mistik/tahyul/mitos berkaitan dunia perubatan yang membelenggu bangsa aku.
Kalau banyak duit, mahu aja aku terbitkan satu rancangan ala ala Mythbuster tu, versi malaysia.
Biar rakyat malaysia, bangsa Melayu khususnya kembali ke ajaran Islam yang sebenar, dan tidak terus tertipu dan terjajah dengan mitos.

Moral of the story nya:

1- Banyakkan membaca, dan bertanya kepada yang pakar. Cari ilmu diluar bidang kita. Contohnya aku doktor, aku tak tahu sangat tentang ilmu andaman. Aku baca sini sana, dan tanya ramai orang, baru pilih tukang andam untuk mommyZiyyad masa kami nak kahwin dulu.

2- Sadly, akhbar di malaysia dah tahap sampah. Lebih mengejar rating, tanpa peduli tanggungjawab sosial mendidik masyarakat. Dan sangat sedih, kebanyakkan akhabr ini ialah akhbar berbahasa melayu. Maaf andai akhbar Tamil/Cina pun begini, aku tak boleh komen, sebab aku hanya baca akhbar melayu & inggeris sahaja.

3- Islam pun dah ajar. Beramal tanpa ilmu itu, sia sia. Boleh menjurus kepada kesesatan. Ingat ini.

4- Aku bukan anti adat. Adat itu penting sebagai jatidiri kita. Tapi mana mana adat yang langgar hukum syarak/syirik, dan adat yang menyusahkan/tidak terbukti secara saintifik, memang aku tolak.
5- Ada blogger yang tanya tentang hantu. Aku tak percaya hantu/langsuir/hantu kak limah tu semua. Aku percaya kepada syaitan/iblis dan jin yang mengganggu manusia.

6- Orang malaysia ni lawak, especially orang lelaki yang menjadi perokok tegar. Mereka ini kalut kononnya takut sperma tak sihat/mati pucuk kalau letak henfon dalam poket. Mereka percaya! Padahal kajian saintifik dah berpuluh tahun jelaskan merokok pun boleh merosakkan sperma dan mati pucuk, tapi ada ke mereka nak percaya? Lawak kan..



Selamat Hari Penghulu Segala Hari.



59 comments:

  1. akhbar tu yg best baca bhgian sukan je..
    lain2 tu drg suka sensasikan utk meningkatkan jualan..ceh~
    hilang erti "media" di mata aku

    ReplyDelete
  2. hehehe.. masa saya baca berita ni aritu saya dah tergelak.. nampak tak relevan tapi saya rase Presiden CAP ni memang suka glamer.. sebab muka die selalu kuar tv3 dengan isu yang entah apa2..

    ReplyDelete
  3. alien - haha..tapi kalau bahagian sukan, baik beli The Star.Berbaloi beb..

    ReplyDelete
  4. shaza - kalau saya politician/menteri, dah lama saya sound direct si S.M Mohamad ni

    ReplyDelete
  5. ada terbaca kat blog sape tah semalam..
    saya pun tak beli tabloid yg camtu..buang duit jek..tak habis2 citer pasal melalut tu..haihhh.

    yelah..beli the star je..

    ReplyDelete
  6. tulaaa den sendiri pun terpengaruh tauuu.. jahat itu presiden CAP.. jom kite bako dier.. :P eh mommy amek mak andam mana dolu?

    ReplyDelete
  7. sebelum ni, dh berapa lama letak henpon dalam poket, anak berderet, tetiba nak risau psl sperm mati lps paper kuar statement ni. haha. what the fish la

    ReplyDelete
  8. biasa la
    orang malaysia memang senang kena tipu
    cakap dengan gaya konfiden sket, terus diorg terima 300%

    ReplyDelete
  9. kalau nak percaya bulat2 semua dakwaan CAP ni alamat kita semua kene kembali ke zaman batu!!

    sebab semua benda dia kata tak elok.. baik dari segi gajet teknologi sampaila ke makanan.. semua ade je yang tak kena

    ReplyDelete
  10. saya setuju kecuali perkara 5 .. benda ni susah nak cakap sebab saya sendiri secara sedar telah beberapa kali kena. bahkan ada satu entri mengenainya pernah saya buat kat sini ..

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/12/kisah-pergi-langkawi-2-kena-kacau.html

    ReplyDelete
  11. memang susah nak percaya
    mana betui mana salah dah lani ..

    nasib baik paper yang hubby bw balik
    semuanya percuma saje

    yang beli hanya harakah...hihi

    ReplyDelete
  12. kite se padang la daddy.

    muak tgk org malaysia yang senang percaya bulat2 tanpa usul periksa. muak sungguh~

    ReplyDelete
  13. saya rasa mmg betullah yg CP tuh tak buat kajian yg mendalam pasal ini..

    sape yg sanggup jadi bahan kajian kan.. tapi kalau betul pun.. tak pasal pasal mati pucuk pulak org tuh sebab letak handphone dlm sluar.. semata mata sebab jadik bahan uji kaji..

    ReplyDelete
  14. Cantik N3 Dr. Semalam kami di ofis baru pertikai soal ini. Boss kakak (bukan melayu) kata sejak ada h/p di dunia berpa ramai yg ada kes tersebut? Sengih je.....

    ReplyDelete
  15. memang lawak..dr mula keluar statement tu dee x percaya..boss dee dulu mmg suka letak hp dlm poket seluar..10 anaknya..hahaha..betul ckp bro..jgn mudah percaya..buat kajian sendiri, selidik..xlah kena tipu hidup2..

    ReplyDelete
  16. Presiden CAP tu takde hp, tu sebab dia juga taknak org lain guna hp

    ReplyDelete
  17. saya suka presiden CAP tu~~amat peka!

    ReplyDelete
  18. yg isu botol susu BPA dulu tu CAP jugak ke yg mula² timbulkan isu?

    isu CAP ni kalau diikuti buat kita jd takut..baik dr segi makanan ataupun brg keperluan lain..

    bg sy senang jer..mana yg logik sy ambil mana yg agak susah atau x boleh elak penggunaannya sy abaikan sjlah apa yg CAP tu ckp..

    yp psl rokok tu SETUJU sgt..memang sengal sape suka isap rokok

    ReplyDelete
  19. nurkass - berita dlm HM tu makin lama makin merapek

    ReplyDelete
  20. Kaseh - mommy ambik Amy Janz ..kenai??

    ReplyDelete
  21. GC - what the fish kan..baik kita makan fish fillet..:P

    ReplyDelete
  22. Hani - aku kalau boleh nak suruh si S.M Mohamad tu baca buku fizik Form 5..pastu baca Bio bab human reproduction.

    ReplyDelete
  23. mrs azmi - itu lah...saya bukan anti Persatuan Pengguna ni..bagus niat mereka..tapi banyak sgt yang tanpa usul periksa/penyelidikan betul2, lepas tu terus keluar statement berani mati

    ReplyDelete
  24. daddy ziyyad..akak cuma dengar tajuk2 berita je..tak beli surat khabar pun..bila baca di blog doktor ni..baru tau kisah..

    ReplyDelete
  25. al-lavendari - saya dah baca crita uncle tu..hmmmm...tapi kan, saya gelak tau baca petua Haji ARM tu...

    ReplyDelete
  26. Ati - pada saya, penting baca kedua dua sumber ...hmmmm...senang ke cari Harakah tu?

    ReplyDelete
  27. GB - ada tak mitos berkaitan architecture?

    ReplyDelete
  28. Cik Pah - see? CikPah yang bukan saintis pun boleh fikir benda ni...

    ReplyDelete
  29. Kakzakie - betul tak kak? bangsa Melayu ni mudah sangat percaya/kena tipu...suruh bos akak baca entri saya ni..ekekekekee

    ReplyDelete
  30. Dee - hambek kau!...hahaha...10 orang anak ! super subur kan...:P

    ReplyDelete
  31. ibuintan - ahahaha..saya suka komen akak!

    ReplyDelete
  32. Bujal - kalau S.M Mohamad baca blog kamu, dia kata blog kamu beracun!!!..~miahahaha

    ReplyDelete
  33. Rina AVAIL - itu lah yg sebaiknya.

    ReplyDelete
  34. kak Erna - masa berita ni keluar 2 hari lepas, kecoh la kejap satu malaya...~haha..sebab org melayu ni bab bab mati pucuk mmg sensitif!

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum Dr..

    saya pun tak tahu kerana tak pernah belajar mengenai bidang ini..apepun, trime kasih beri info ini...

    ReplyDelete
  36. sahrom - sama sama kita berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  37. kannnn? patutnya editor paper kat malaysia kena masuk sekolah balik la wehh.. belajar science balik, belajar sivik balik.. kannn?

    ReplyDelete
  38. isu ntah apa2 pun nak dikepohkan.. tolong bangkitkan isu yg relevan sikit..

    ReplyDelete
  39. Ha tu dia doc dah naik minyak! Betul kita baca paper tak boleh telan bulat bulat....nak makcik pi sekeh kepala dia ke?

    ReplyDelete
  40. ::selalu roy baca paper bahagian belakang je.. bahagian sports.. tp skrg byk lak sports toto.. aduyai..

    ::harian metrosex = hilarious.. haha

    ::thanks doctor.. nasihat doctor tentang rokok telah menyedarkan sy..

    ReplyDelete
  41. makcik dari dulu memang anti CAP ni.Suka keluar ntah apa-apa punya isu tak boleh itu tak boleh ini. lepas tu senyap. Selang beberapa bulan nanti datang balik isu baru. meluatlah ngan dorang ni

    ReplyDelete
  42. buat tanpa ilmu adalah sia2..heheh

    ReplyDelete
  43. rasanya citte ni dah lama kan DD..tapi dorang keluarkan balik kot..maklumlah skang kan kecoh tentang radiasi di jepun..alhamdulillah setakat ni ALLAH SWT masih kurniakan 4org zuriat dan takde pula tanda2 sume tu..

    No pun percaya syaitan dan iblis wujud..jd No sll terangkan pd anak2 jangan percaya pada hantu..

    ReplyDelete
  44. DLL - I dont thinks so editor paper di malaysia ni tak beljar tentang etika kewartawanan...tapi itulah yg berlaku

    ReplyDelete
  45. mekchu - pelik kan..isu ntah apa apa lah yg selalu kepoh kat malaysia ni

    ReplyDelete
  46. makcikkantin - hahaha..pi sekeh..biar dia sedar

    ReplyDelete
  47. Ann Huda - lawak yang benar2 berlaku ~huhu

    ReplyDelete
  48. Azroy - saya harap Roy berjaya berhenti merokok..saya doakan!

    ReplyDelete
  49. Cik Ina - kita tunggu lepas ni lawak apa pulak CAP nak buat

    ReplyDelete
  50. CCC - betul! tu pasal kena belajar dan belajar selagi masih ada nyawa. Berhenti belajar bila dah mati aja

    ReplyDelete
  51. Norhafiza - betul jugak..rasanya CAP ambil kesempatan sempena kebocoran radiasi kat Jepun tu

    ReplyDelete
  52. Adinda Amy Sensei - itulah yg sebaiknya

    ReplyDelete
  53. setuju bro...bongkar jangan tak bongkar...

    ReplyDelete
  54. Paper malaysia ni tahap sampah...

    Correction: Sampah-sarap!

    ReplyDelete
  55. ingatkan abg doc dulu tanya ramai orang, baru pilih mommyZiyyad jadik isteri.. ihiks

    ReplyDelete
  56. Satu kupasan yg bernas. Dah banyak kali CAP buat gempar mcm ni tapi masih juga ramai yg layan.

    ReplyDelete
  57. bila dokter dah cakap camni. saye percaya yang cerita itu tak betul.

    kehkeh.

    ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...