Thursday, February 3, 2011

www.sapa-kawen-ni?.com

Jom baca drama minggu ini    kat blog GC nih

Macam yang aku komen dalam blog GC tu, aku pelik :

-sejak bila wujudnya peraturan/skema/protokol yang menetapkan bahawa kadar hantaran itu, mesti bergantung kepada tahap pendidikan si wanita?

-dan aku lagi pelik bin ajaib(maaf cakap, errr menulis sebenarnya), bila mana si bakal pengantin perempuan yang tidak berpendidikan tinggi, diletakkan 'harga' setanding dengan yang berpendidikan tinggi. Maksudnya, dah la tak mengaji tinggi, tapi nak pakai dan salahgunakan peraturan/skema/protokol itu.

Tapi dunia sekarang, semua benda pakai wang.
Mau kencing pun sudah kena 20sen.
Mungkin itu rational nya.

Maka, amat sedikitlah umat Islam, Melayu Islam di Malaysia yang betul betul nak mengangkat sunnah, mengangkat kata kata Rasul SAW dalam bab perkahwinan.

"Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Kahwinilah wanita yang baik penghayatan agamanya, sudah tentu engkau akan mendapat ketenteraman."


Itu tak masuk lagi bab belanja hantaran, dan lain lain perbelanjaan.
Jika mampu, tak mengapa nak buat majlis 3 hari tiga malam di Palace of Golden Horses.
Masalahnya tak ukur baju dibadan sendiri, dan pihak perempuan pun sama, ukur baju di badan lelaki lain.
Maka meranalah badan si lelaki nak kumpul duit.

Aku bersyukur kerana keluarga isteri ku dulu, tidak menjual anak. :)
Aku bersyukur dan bangga, kerana keluarga isteri ku menjunjung kepentingan agama dahulu dalam apa jua keadaan. 

Kepada yang belum berkahwin, andai ada rezeki, kahwinlah.
Dapat pahala Insya Allah, dan memang berbeza kehidupan anda!

Layarilah gambar-gambar kawen entah sapa ntah ni yang aku jumpa kat Google :P

40 comments:

  1. ukur baju di badan sendiri ni ada sikit susah .. takut tak tepat ukurannya. lebih baik minta orang lain tolong ukurkan !

    jangan ambil komen saya seriously ! hehe

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang material sudah menjadi suatu yang harus difikirkan secara serius...

    ReplyDelete
  3. yang mengangkat sunnah memang sedikit.

    ReplyDelete
  4. Benda yang wajib payah sangat nak ikut. Trend zaman sekarang berlumba-lumba nak menunjuk-nunjuk wang hantaran. Kalau yang mampu tak kisah, sebagai hadiah untuk isteri tersayang.Bagi yang tak mampu, tapi nak berlagak atau segan ngan orang, sanggup membuat pinjaman bank nak beri wang hantaran.contoh terdekat rakan makcik sendiri.

    ReplyDelete
  5. gua nengok gambo kete pun gua dah buleh agak gambo kawin saper.. hehehe.. nice photo..

    member gua pernah cakap kat gua bab pinjam duit kat bank kalau nak kawin.. dia kata kalau nak dapat anak biar hutang bank habis dulu.. kalau tidak susah nak letak bin.. sebab

    kalau kita hutang kereta kat bank, selagi tak abis bayar kereta tu milik siapa? kalau pulak kita hutang bank buat kawin, selagi tak abis bayar anak tu milik sape?

    kang jadi Ali bin CIMB

    hahahaha.. contoh tak bleh blah punya.. keh3x

    ReplyDelete
  6. 1st - mummy ziyyad sangattt sweet ok.. terserlah kelembutan diwajahnya..

    2nd - sy pun pelik gak tau dgn kadar hantaran budak2 skang ni..macam baru2 ni kaseh g meminang utk adik kaseh.. tapi b4 kitaorg pegi dah tanya dia brapa dak pmpuan tu nak..nak tau baper dia nak konon2nya? RM22,222,22, terkejut la kitaorng... pastu after nego(bising2 kat adik kaseh).. baru la dapat turunkan ke 15k, pastu bila time hari meminang tuh, bila tnya family pmpuan, dorang kata `tak kisah bgla brapa pun dgn ikhlas` so macam yg dah kitaorg diskas b4 g meminang tu la kan.. 15k..
    padahal awal2 dah bgtau kat anak dia nak 22k tuh.. haishh.. pelik la..
    ye fhm harga barang dah naik skang.. mmg takat 15k tu tak cukup nak buat kenduri... dorang kena pk la pas kawen nati jgn lak menyusahkan bakal menantu tu...sebb bakal menantu tu la nak jaga anak dorang.. so kalau dah dibebankan dgn hutang kawen.. tak ke susah..

    ada kawen kaseh kan.. sampai anak dah 3 masih berhutang ngan bank pasal kawen... haishh..

    ReplyDelete
  7. hm. abis tu aku nak kawen dgn sapa? atau...sapa yg nak kawen dgn aku? kenapa takdak sapa angkat tgn pun?

    nak kata tak cantik...cantik ja aku tgk kat cermin. nak kata tak kaya, aku ada sebijik kuda kaki empat jugak walau cinonet je. nak kata jahat, aku mana penah cubit sesapa pun member2 blog ni..nak kata tak beragama...aku reti baca al fatihah. yg lain2 tu aku belajar la selow2. hihiks..

    alamak.. teremo di sini.

    sorry daddy. ngeee....~

    ReplyDelete
  8. al-lavendari - hihi, ada betulnya jugak apa yg uncle cakap tu...kadang2 tak sedar diri/tersalah ukur badan sendiri! Baik org lain tolong confirm kan ukuran...

    ReplyDelete
  9. azieazah - saya wish saya hidup zaman 60an dulu..semuanya murah..dan zaman tu P.Ramlee pun ada lagik ! :P

    ReplyDelete
  10. Ismi - ya, betul tu. Sama sama kita ingati baginda, dan amalkan sunah2 nya

    ReplyDelete
  11. Cik Ina - kadangkala saya pelik dgn manusia ni kan makcik..bersusah payah nak menunjuk nunjuk, padahal benda tu benda yang boleh mendatangkan dosa..(dosa riak). bersusah payah nak dpt dosa! Minta kita semua dijauhkan dari sifat mazmumah ini.

    ReplyDelete
  12. Ardzmarn - walaupun contoh yang lu bagi tu pelik, tapi ada benerrrr nya. :) janganlah berhutang kalau nak kawin..ni nasihat gue lah...errr..lu dah kawin ke blom bro?

    ReplyDelete
  13. Kaseh -

    1- tq..tq :P

    2- 22K ? sangat2 mahal..even 15K tu pun mahal buat seorang lelaki yg fresh grad(unless dia anak jutawan! hehe). Duit LEPAS KAHWIN lagi byk nak pakai...itu yg patut diberi keutamaan. Majlis kawin ni paling lama 2-3 hari, abis la..

    ReplyDelete
  14. GB - hehehe...sabar...sabar :)
    Ada jodohnya, ada lah nanti..GB, nasihat saya, pilih lelaki yg baik akhlaknya, walaupun kurang berharta(duit tu penting zaman ni,bukan tak penting langsung).
    Saya doakan GB cepat naik pelamin ya..nanti nak gi majlis GB dgn geng2 bloggers..:)

    ReplyDelete
  15. tak kawen lagi....no komennnn...hi hi

    tapi...tapi...kalau tak ada atau tak cukup duit..x yah berangan la nak kawen..sebab zaman sekarang ni semuanya nak kena pakai duit....huk huk..~

    ReplyDelete
  16. heheheh..

    sama mcm CE xkawen lagi..so no komen..:)

    ReplyDelete
  17. salahkan mereka mereka yang menaikkan harga barang sesuka hati!

    salahkan mereka mereka yang hanya tahu bercakap berdegar-degar di atas sana tapi tidak mahu turun padang mengawal harga pasaran!

    salahkan mereka mereka yang kononnya SANGAT arif tentang ekonomi negara!

    salahkan mereka mereka yang berkata kononnya 'rakyat didahulukan'

    salahkan mereka mereka yang menanam semangat cintakan harta dunia ke dalam diri mereka dan keluarga mereka!


    errr.. macam politician pulak eh? ;p

    ReplyDelete
  18. Duit hantaran tu kite nak buat belanja kawin kan? Maybe 1-2k utk mulakan hidup baru selepas kawin.. bukannye nak repair rumah atau nak buat plaster ceiling bilik pengantin, betol tak?

    ReplyDelete
  19. betol kata doc Hanie tu..menda sume barang mahal.kita yg x kawen lg ni pon terasa takut nk kawen

    ReplyDelete
  20. tambah kertas:

    x lepas SPM nak letak mahal..hahaha..

    bukan merendah-rendahkan mereka yg x masuk U, x masuk poli semua tu..bila terkenangkan mula2 nak sambung U lepas SPM atau matrik tu, seksa sgt.mak bapak gadai tanah, gdai emas nk bg duit pendahuluan..susahhh...so padan lah letak mahal ckit dr mreka yg tahap spm x lulus tu.tapi mahal biarlah berpadanan ngan status.sbb ijazah dipakai sepanjang hayat selagi terdaya..life long investment tuh..

    ReplyDelete
  21. Daddy Ziyyad...awal tahun 2007..baru2 pindah kepejabat sekarang..bukan curi dengar..tapi memang dua orang insan(perempuan) bercerita depan akak..
    yang seorang berkata pada yang sorang lagi..kau ada diploma..mesti la hantaran paling sikit 7000..
    yang lawannya ada ijazah..kena lagi tinggi la katanya..
    masa tu..akak terkedu..eh..sejak bila pulak hantaran berdasarkan kelulusan..tapi tak pernah bercerita pada sesiapa pun sampai la..doktor bangkitkan isu ini..
    yang dua2 insan tu pun dah berkahwin..dan akak tak ambik tau pun pasal hantaranya..

    ReplyDelete
  22. salam daddy...

    singgah mlm jejak blog ni..
    apa khabar?
    moga selalu bahagia yee..
    :)

    ReplyDelete
  23. kawen sonok doc kanns.. ekeke

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum..

    betul apa yg Dr cakap tue..semoga masyarakat kita ada kesedaran agar perkara ini tidak jadi trend huhuhuh

    ReplyDelete
  25. sori lambat sampai

    alamak

    panas isu ni..
    huhuhu

    rata rata masyarakat sekarang,
    bila satu satu benda dah jadi amalan
    maka dgn sendirinya keluar fatwa baru

    sebab?

    alah. suma org pun buat apa.

    .

    ReplyDelete
  26. nanti kejap. nak tambah nasik.

    gambar kawen sangat sweet la dedi...suka tgk mummy ziyyad...sangat keibuan.... :)

    ReplyDelete
  27. cik emymilia - walaupun u belum kawen, tapi dah kena start pikir benda2 ni..:P

    ReplyDelete
  28. CCC - nanti bila tiba masanya(nak kawin), benda2 mcm ni lah ujiannya :)

    ReplyDelete
  29. Hani - jangan lupa buat perubahan next PRU :P

    ReplyDelete
  30. DLL - zaman sekarang, kamera DSLR pun jadik barang hantaran..canggihhhhhh:)

    ReplyDelete
  31. Zie - bila saya nak merasa nasi minyak Zie ngan En Zahir nih?

    ReplyDelete
  32. kak Erna - aka dah kawin lama kan? zaman2 akak dulu, ada ke trend mcm ni?

    ReplyDelete
  33. ooo, baru perasan kete kuning kat dalam gambar kawen tu..

    ReplyDelete
  34. shaza - kereta kuning bumble bee klasik..:P

    ReplyDelete
  35. saya tak setuju letak ikut taraf pendidikan... tapi kalau letak murah sangat pun saya tak setuju.. barang dan service semakin mahal...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...