Friday, February 18, 2011

Surah Ibrahim, Ayat Ke-7

Tadi on the way nak ke masjid semayang Jemaat, haku nampak segerombolan mamat Bangla ni berjalan tengah terik panas..nak haku tumpangkan, di sebelah jalan yang bertentangan lah pulak.
Haku terfikir, banyaknya nikmat yang haku perolehi..naik kereta sejuk ber-ekon gi masjid.Tu pun selalu culas, kufur nikmatNya. Amalan masih compang camping. Kematian makin hampir setiap detik.Malunya haku!Takutnya aku!

Cuba lah haku kena jalan kaki macam mat Bangla nih, konfom haku purak2 buat darurat tak leh solat Jemaat menjejeh peluh haku.
 Dan minda haku pun melayang, menerobos teringat balik kisah-kisah kehidupan yang haku baca di blog korang 




-serius, terkedu haku baca cerita ni. Haku even zaman belajar pun dah pakai keta..tapi bagi wanita kental ni, pregnant 6 bulan pun boleh naik beskal lagi. Dan haku komplen kereta haku tak cukup besar(kekonon haku bakal dapat anak kedua), hakak yang ini relax aje naik moto..aku assume zaman awal-awal perkahwinan beliau, hanya guna motor aja, walaupun anak masih kecil.

-haku pakai motor Modenas Kriss sebelum pakai keta masa belajar dulu. Tapi sepanjang haku guna motor, tak pernah Allah uji haku dengan motor haku tetiba mati & rosak tengah jalan. Motor pancit pun tak pernah! Dan haku komplen lagi, kereta haku dah tak se pick up dulu(ye lah, keta dah bertahun pakai, dah habis bayar pun). Padahal haku alpa dengan nikmat yang selama ni aku perolehi!

-haku selalu jumpa foreign workers kat klinik. Begitu juga dgn bro Zul ni.  Kadangkala haku stress sebab haku rasa kerja haku tak mendatangkan pendapatan lumayan macam Mark Zuckerberg. Haku nak kaya, dan kaya, dan kaya lagi...nak bawak harta masuk kubur gamaknya..Dan haku komplen lagi tentang ekonomi..padahal haku tak diuji dengan musibah/penyakit yang teruk. Bayangkan kalau haku seorang buruh, kerja di negara orang, kena situasi macam patient Dr Zul ini. Apa perasaan anak bini haku di Malaysia?

Rumah Jiran Dr Singa Terbakar
-haku nak rumah besar..nak ada private pool with jacuzzi..nak siapkan laman ala Bali..kalau boleh nak pasang helipad sekali kat atas bumbung, biar helikopter aku boleh landing..hahaha...Tapi..kalau masuk kubur, lebar atau sempitnya ikut amalan kita...tinggallah rumah yang tersergam indah tu. Haku komplen, tak puas lagi dengan rumah yang ada sekarang..nak luxury lagi...padahal Allah tak uji pun rumah aku dengan kebarakan...or dimasuki pencuri....rumah yang dah dibeli ni dipandang enteng sahaja...seolah olah tak mensyukuri nikmatNya..tak perlu menyewa sekian bagai..



ps: Haku lemah...terlalu banyak nikmatNya yang haku tak hargai...dan banyak lagi amalan yang perlu dipertingkatkan....Kesyukuran itu tidak cukup sekadar di bibir. Amalan itulah penentu segalanya. Moga-moga entri ini membawa manfaat untuk rakan rakan semua...~ selamat berhari minggu ~

27 comments:

  1. a very gud reminder.. ikut macam drsinga.. terkedu seketika..

    ReplyDelete
  2. MDT penah mase mengandung dah sarat nak bersalin..jalan kaki pegi keja sbb takde sape nak anto..tsk! [bukan nak mintak simpati..cuma berkongsi perasaan]

    ReplyDelete
  3. salam daddy ziyyad.
    itulah yg dikatakan manusia takde yg sempurna..
    bukannya kita tak pernah bersyukur tapi kdg2 pemikiran tu lebih menguasai diri..

    alhamdulillah..sekurang-kurangnya entry ini membuka mata dan fikiran kita semua..terima kasih atas perkongsian ni..

    ReplyDelete
  4. tq daddy ziyyad di atas nota itu.. hmm, pernah juga sesekali terlintas di hati.. bestnye hidup si polan tu... bestnye kalau jadi macam si polan ni.. lepas tu, cepat2 beristighfar.. sedangkan setiap orang itu sudah ade bahagian masing2 yang mana hanya Allah sahaja yang tahu ape yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. bagus.. kak ina mmg orang yg simple.. tak peduli apa orang nak kata.. dia cara dia je..

    suka dengan n3 kali ni.. banyak maksudnya.. tq

    ReplyDelete
  7. kalau nak buat landscape yg ada pool n jacuzzi tu nanti jgn lupa roger GB.

    miahahahaha!!!!

    ReplyDelete
  8. bila aku rasa aku susah AKA tak berapa nak kaya.. aku selalu fikir.. pasti ada org lain yg lagi susah dari aku..

    ReplyDelete
  9. marilah kita bersyukur.kita dpt apa yg kita usahakan.kat negara berperang tu, entah2 diorg mkn ke tidak mcm kita makan kat mesia ni..

    ReplyDelete
  10. Salam Daddy Ziyyad,

    Peringatan yg sungguh baik utk kita semua.
    Mmg kalau difikirkan nikmat yg diberikan kpd kita, kita akan rasa malu kerana nikmat Allah terlalu banyak tapi kesyukuran kita terlalu sikit. Semoga Allah mengampunkan kita.

    ReplyDelete
  11. Bila kita sedar akan nikmat yang Allah berikan dan sebahagian itu ada hak org lain segeralah kita tunaikan apa yg termampu. Insya-Allah kita tak akan rugi dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  12. samalah kita doc...
    bila terlihat atau terjadi sesuatu perkara
    pada diri sendiri ..
    masa tu ..segala harta benda sudah tidak
    bererti lagi..
    kesihatan diri dan amalan yang utama!!

    syahdu...DZ bagi tazkirah lagi

    ReplyDelete
  13. Sebelum ni, saya pikir saya tak puas, saya nak membership golf club, nak rumah besar, nak anak masuk sekolah bagus. Satu hari, SIL saya kata saya selalu dilimpahi rezeki. Saya terdiam. Saya mmg insaf.

    ReplyDelete
  14. daddyziyyad...

    sama-samalah kita menghargai nikmatNya....kesyukuran dalam kenikmatan..

    ReplyDelete
  15. makcik dah biasa susah, biarlah anak rasa senang, makcik rasa suka je tengok orang yang mampu mengunakan kemampuan dia untuk membahagiakan keluarga.apa salah, itu rezeki dari Allah SWT. Yang makcik tak suka , orang yang tak mampu nak ikut cara orang yang berkemampuan hingga menyusahkan keluarga.terima kasih , makcik ni pun hamba Allah SWT yang masih lalai.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum Dr,

    minda saya pun melayang dan mengucapkan terima kasih atas entri doktor ini..ia memberi kesedaran kepada sy..

    ReplyDelete
  17. sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tiade berguna...selalu terpikir ayat ni bile dah terbabas....sentiase bersyukur....

    ReplyDelete
  18. salam daddy ziyyad..

    terima kasih byk2 atas n3 ni...peringatan utk kite juga..

    setiap org diuji mengikut kemampuan masing2..

    al baqarah ayat 286

    ReplyDelete
  19. Thx for the reminder. Kita selalu nampak 'padang org lain lebih hijau....'

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah...itula sebaik2nya..hubby No sll pesan bersyukur la apa yang kita ada..kerana bila2 masa ALLAH SWT akan tarik balik...semoga sama2 la kita menuju kejalan yang diredhai ALLAH SWT...amin..

    ReplyDelete
  21. kita suka entry ni..
    insaf..insaf..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...