Tuesday, February 22, 2011

Serba Boleh

Anda percaya pada bakat/talent/skill yang ada sejak azali?
Bakat sebegini, hanya perlu di asah sikit, maka menyinarlah ia bak pinggan berkilat selepas disental Axion.

Tapi ada juga yang dipanggil acquired skill, yakni kebolehan/kemahiran yang dilatih.
Anda tidak dilahirkan ada bakat tersebut, tapi dek kerana anda belajar & praktis, anda mahir.
Contoh:
-Saya tidak dilahirkan pandai menjahit orang.
-Berkat kesabaran belajar, akhirnya saya boleh menjahit kepala orang.
-Namun, kerana saya malas belajar menjahit baju, maka saya tak boleh menjahit baju melayu, maka saya perlu juga hantar ke tailor.
Saya tiada bakat menggunting rambut

Saya percaya, acquired skill ini kalau tidak di asah/dipraktikkan, maka ia akan tumpul.
Berkarat..dan mungkin terus hilang dari diri. Alangkah ruginya, bukan?
Contoh:
-Saya belajar di sekolah agama dari Form 1 - Form 3.
-Saya boleh bercakap bahasa Arab, dan boleh memahami sedikit sebanyak maksud ayat Al-Quran.
-Namun selepas PMR, saya dah tak praktikkan bahasa itu.
-Hasilnya? Sekarang hanya simple vocab arab yang saya faham/ingat seperti bahagian tubuh badan, kaifa ha luka dan syukran jazilan...teruknyaa..haisshhhhh

Usia ini pendek.
Jadi kita mesti optimumkan diri dengan pelbagai kemahiran yang baru.
Maknanya, tambah acquired skill kita.
Rasanya agak hambar hidup ini kalau kita tak cabar diri kita dengan sesuatu yang baru.
Asyik dengan putaran rutin kehidupan , tahu tahu dah masuk kubur.

Saya mahu belajar banyak kemahiran selepas ini.
Ya, itu benar.

-saya mahu belajar hingga mampu mengambil fotografi bertahap dewa.
-saya mahu belajar memancing, supaya saya boleh ke laut lepas, memancing pari dan mengambil gambar2 cantik di sana, dengan skill fotografi tahap dewa saya.
-saya mahu mula belajar memasak, supaya di atas bot nanti, saya boleh memasak ikan pari bakar, kalau tak lagi baik, at least on par dengan pari bakar Bagan Lalang tu.

Saya ingin ke sini lagi dan mengambil foto bertahap dewa


Tapi....

-macam mana mau dapat skill fotografi tahap dewa, kalau saya masih tak beli lagi dslr saya..
-macam mana nak hebat memancing di laut lepas, kalau memancing di kolam memancing pakcik wife saya tu pun saya tak mahu..padahal boleh saja saya memancing sepuasnya di sana secara percuma.
-macam mana saya nak jadi sehebat Jamie Oliver, kalau daun sup & daun ketumbar pun saya masih confuse?

Maka..
Saya perlu bertindak.
Tak boleh bertangguh lagi.
Hidup ini bukan hanya untuk menghadap orang sakit dan menyain surat MC.

Nantikan kemunculan saya!!






ps: ~ abaikan entry poyo saya ini.  kui kui kui

57 comments:

  1. saya pun takde dslr. heheheh~

    memancing pun baru tadika.

    masak, boleh la. terer. (Poyo! hahaha)

    tapi kite semua kene improve diri sendiri baru best kan? :D

    ReplyDelete
  2. saya serba serbi tidak pandai.tapi saya redha~yay~~~

    *eh kamu bulat juga ya pakcik??

    ReplyDelete
  3. saya suka N3 ni..

    saya pun dah byk tertinggal skill bakery saya..nak kena asah balik parang yg dah tumpul..sob..sob..sob..

    ReplyDelete
  4. kau koyakkan sikit daun tu.. cium..kalau wangi.. daun sup.
    kalau bau lipas.. daun ketumbar
    (kucing oren ajar aku !)

    ReplyDelete
  5. dulu waktu cik pah blajar kat uitm .. subjek wajib adalah mandarin.. selama 3 sem..kira ok lah.. tapi biler masuk bekerja .. mmg tak praktis lagi dah.. boleh paham ..tapi takleh nak cakap balik .. mmg rugi kan..

    lagi satu..itu gambar dr taun biler nampak berisi sket lah ?

    ReplyDelete
  6. betul.. kalau dah tak buat selalu
    kemahiran tu boleh kureeng..

    kita ni dah nak dekat setahun cuti menjahit
    eerr..boleh ke memotong kain org lagi...
    rasa takut lak...

    nak belajar cara2 berniaga online pula ^__^


    Jom baca: Inilah Puncanya…

    ReplyDelete
  7. ada dslr tapi tak pandai mengunakannua lagi.. en. suami je yg teroor.. cuma lebih suka amik gambar guna henpon.. senang..

    ReplyDelete
  8. gambar yg first tu.. jgn ckp ko snap sndr eh...

    ReplyDelete
  9. No pun tak mahir gak klo nak beli dn sup/ketumbar..tapi cara No adalah tanpa segan silu No p cium bau daun2 tersebut ...settle! hahahaha...

    ReplyDelete
  10. ASSALAMUALAIKUM...

    Doktor nak tukar kerjaya ke???

    kawan saya pernah kata..dia kjer bank..

    " hidup ini bukan sekadar nak proses loan orang" lama kelamaan dia tersedar, dia dilahirkan untuk memproses loan org kerana dengan loan yang diprosesnya itu dia telah melahirkan seorang usahawan, usahawan itu berjaya dan mampu memberi pekerjaan kpd ramai org..bile dia ke kedai usahawan itu, dia terkejut....usahawan itu mengucapkan trime kasih padanya

    ReplyDelete
  11. saya pun ade dslr tapi tapi belum mahir tahap dewa lagi.. belajar guna manual je.. banyak gune menu auto jer.. nak masuk kelas fotografi, saya nak cari cikgu pompuan yang ajar..

    ReplyDelete
  12. ehheh..saya pon banyak yg kene belajar..banyak yg kene improve..

    xpe..lama2 pandai la nanti kan..hehhe

    ReplyDelete
  13. selagi boleh belajar kita belajar kan..

    p/s : ngeri plak tgk gunting tu..penah exp kena jahit kaki..jatuh bilik air hehe

    ReplyDelete
  14. kadang2 kita belajar dari kesilapan...

    ReplyDelete
  15. Kaifahaluka ya Akhi,

    Amboi banyaknya hasrat seorg doktor ini. Oklah ilmu jahit kepala org tu. Bagilah ruang utk tukang jahit baju Melayu nak cari makan.

    ReplyDelete
  16. di mana kolam mancing tu?
    boleh riki2 ngn mmbe
    hehehe
    saya baru kanak2 dalam bidang mancing2 nie

    ReplyDelete
  17. As Salam kenal Doc..

    Selamat betindak!
    bertindak mengikut arahan..hehehe
    gud luck Daddy Ziyad

    ReplyDelete
  18. ada kemahiran yang boleh dipelajari- contoh masak cup cakes.

    sebab dipaksa.....contoh, byk mak bapak yg sebok minta anaknya jd artis wapun sah anaknya tak der bakat pun.....

    ReplyDelete
  19. aku nak try skill mengurut..nak urut hubby aku satu badan...supaya dia lg bertambah sayang kat aku...ahaks...

    ReplyDelete
  20. GB - seriously awak tiada dslr?
    Walaupun memancing tahap tadika, tapi awak dah berjaya tangkap ikan kan tempohari? :P

    ReplyDelete
  21. Bujal - jom kita tubuhkan Kelab Bulat. ~hahaha

    ReplyDelete
  22. MDT - gi asah skill bakery..boleh buat macaroon yang tengah glamer sekarang ni

    ReplyDelete
  23. DrSinga - takut pak gad kat Tesco tangkap saya sebab rosakkan sayuran..~haha

    ReplyDelete
  24. Cik Pah - gambar yg mana nampak berisi? ~hahahaha..badan saya macam yoyo..kadang2 berisi..kadang2 kurus(sikit ajerrr) ;P

    ReplyDelete
  25. Zie - nantikan saya di Astro Ceria...hahaha

    ReplyDelete
  26. Ati - rugi tu...asah balik skil menjahit...time nak raya mmg mahsyuk buat duit tawww

    ReplyDelete
  27. RatuKebaya - takpe..belajar shoot banyak2...dan tak perlu risau sebab tak payah cuci gambar!

    ReplyDelete
  28. Norhafiza - saya cium jugak..tapi mungkin deria hidu saya rosak! ~hahah

    ReplyDelete
  29. sahrom - entahla sahrom...saya tak tahu sampai bila saya boleh setia dengan kerja saya ni.:)

    ReplyDelete
  30. shaza - rasanya tak ramai sifu photography yg pompuan...

    ReplyDelete
  31. Kaseh - takyah ngeri..bukannya dijahit hidup2..kena bius kannn..:P

    ReplyDelete
  32. kaklong - kesilapan ialah guru terbaik

    ReplyDelete
  33. Masih belum terlambat untuk mencuba semua benda. Makcik suka, ada semangat. Cuba jangan tak cuba , semua benda tak salah kalau kita tahu, tak payah nak mengharapkan orang lain kalau terjadi sesuatu. makcik boleh tukar fius plak.Doc boleh? Dah berblog jumpa doktor, makcik dapat belajar satu benda. Doktor ni tak de lah serius macam makcik jumpa kat hospital.Banyak pekerjaan kat dunia ni, yang makcik respek adalah doktor.tak tahu kenapa? makcik kalau boleh suka anak makcik jadi doktor.

    Sup ikan tadi letak tomato.

    ReplyDelete
  34. Kakzakie - ana bi khair...:)
    Mahal tau tempah baju melayu sekarang ni..

    ReplyDelete
  35. alien - Kolam Melintang, dekat dalam Kampung Batang Benar Dalam, Mantin, N9.

    ReplyDelete
  36. ikan emas - pelikkan dgn ibu bapa zaman sekarang..dunia sudah terbalik..dulu mak bapak beria ia tak bagi anak jadi artis..:)

    ReplyDelete
  37. wahida - hahahha...bagus tu...bagus...untk permulaan, ko belajar ilmu Cakar Rimau...auummmmmmmm...

    ReplyDelete
  38. Cik Ina - makcik...doktor ni pun manusia..tapi masa saya keja spital, saya suka aje berlawak dgn staf2 dan patient..dan mereka happy...hidup tak guna stress2...semoga firdaus jadi doctor..saya doakan.

    ReplyDelete
  39. hi doc ittewww.. salam selasa.. ihiks

    ReplyDelete
  40. gamba yg 1st tu snap sendiri?

    saya tau bahasa arab, addarojah = basikal.tu je.

    ReplyDelete
  41. hidup ini sebenarnya satu pembelajaran!
    dari saat kita dilahirkan... sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir... setiap apa yg kita lakukan adalah pembelajaran
    pengalaman yang kita kutip sepanjangan hidup kita - adalah satu ilmu yang tak ada nilainya...

    ReplyDelete
  42. en _me - hai me itewww...salam selasa juga :P

    ReplyDelete
  43. akak suka comfort zone.. tp slps baca entry ini terasa ingin mencabar diri dgn sesuatu yg baru juga.. hmm nak belajar buat apa yer??? he..he. baru nak pilih dah serabut..

    ReplyDelete
  44. SyidaGorjes - saya snap sendiri, tapi lepas 10 saat baru gambar ditangkap ~ haha..

    ReplyDelete
  45. miloais - yup..belajar dari baby, sampailah ke liang lahad

    ReplyDelete
  46. Hanis Azla - cuba akak belajar memanah...atau menembak...best..boleh lepas geram hujung minggu..:P

    ReplyDelete
  47. wah wah...azam baru di bulan february yek? hehehe

    ReplyDelete
  48. Dulu saya taktau saya boleh buat kek, sekarang saya tau, kek saya sedap (ewaahhh!!)

    kalau nak lagi sedap, kena ada tools yg best.. bile nak dpt hadiah KitchenAid ni!! heheheh

    ReplyDelete
  49. apa kata sekali-sekala tengok AFC ~
    kita suka Anna Olson !

    ReplyDelete
  50. DLL - u sebijik macam my wife..nak kitchen aid! ~haha

    ReplyDelete
  51. azrina 307 - saya suka chef at home

    ReplyDelete
  52. Saya warga baru kat blog Dr. hehe. Dpt ni pun dr blog YB. btw, sy akui hidup ni perlukan satu cabaran. sbb bila kta xmencabar diri kita, hdup kta ni seolah2 xde erti.. meaningles. pe slhnya mencuba sumenya slg dlm batasan syarak n ttp xmudah berputus asa. experience is the best teacher.!;) kagum la ngn doc, xsangka blog ni best gak sbb sy jrg dpt jumpa doc yg happening. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...