Friday, February 11, 2011

Semoga Puan Ati Masrif cepat sembuh.

Assalamualaikum kawan -kawan..

Entri ini saya tujukan buat rakan blogger saya, Puan Ati Masrif yang kerisauan 2 -3 hari apabila timbulnya satu bengkak bernanah di breast beliau. Baca cerita lanjut beliau disini.

Dan saya rasa, sebab majoriti rakan rakan blogger saya ialah kaum hawa, maka saya harap sedikit info ini boleh memberi manfaat buat anda semua.

-yang dihidapi oleh Ati ialah acute infection of breast tissue, yakni jangkitan tissue buah dada.
-sebagaimana  mana mana jangkitan tissue, tisu di kawasan breast pun boleh dijangkiti kuman.
-layman term(bahasa biasanya) boleh dipanggil bisul lah.

- simptom awalnya, sama macam mana-mana  infection, ialah bengkak, kulit warna kemerah merahan, sakit bila ditekan, kawasan terlibat panas suhu nya bila dirasa..dan  mungkin adanya nanah.
-juga mungkin menyebabkan demam, rasa sakit berdenyut, bengkak pada kelenjar bawah ketiak
-jangkitan ini selalunya diakibatkan oleh bacteria, paling biasa oleh bacteria bernama Staphylococcus aureus.

-bagaimana bacteria ini boleh masuk? selalunya melalui crack(rekahan) pada kulit....sebab itu selalunya ianya berlaku di kawasan nipple ibu ibu menyusukan baby. Jangkitan ini akan merebak dari nipple, masuk ke milk duct(no.6, rujuk rajah) , dan kadangkala boleh established di tissue lemak dalam breast(fatty tissue).Bila jadi begini, jangkitan ini dipanggil mastitis. Saya tak pasti samada Puan Ati sedang breastfeeding atau tidak.
* ada juga keadaan dimana mastitis bukan akibat jangkitan, tetapi disebabkan oleh saluran susu(milk duct) itu yang tersumbat dengan susu(milk stasis)

-Untuk kes kes bengkak bernanah bagi yang bukan menyusu badan, memang perlu dipastikan ianya bukan breast cancer. Jangkitan yang berlaku bukan kerana breastfeeding dipanggil spontaneous breast infection/inflammation. Ini juga selalunya berlaku dikawasan nipple, melibatkan duct tersebut.

-Ada kes kes yang hanya melibatkan kulit sahaja, tidak melibatkan  duct & tissue lemak. Ini selalu terjadi dikalangan wanita yang mempunyai saiz breast yang besar/berbadan besar. Ini kerana, kulit dikawasan itu akan mudah lembab akibat peluh, dan hasilnya akan ada jangkitan kulit, sebagaimana kita dapat bisul di bahagian lain.


-Untuk kepastian, sample tissue boleh diambil utk kajian di microscopic.
-Rawatannya ialah dengan makan antibiotic.
-Andaikata jangkitan itu tidak surut juga(dgn antibiotic), dan nanah telah banyak berkumpul membentuk pocket(dipanggil breast abscess), ia mungkin memerlukan pembedahan kecil dipanggil incision & drainage , yakni potongan kecil sahaja untuk mengeluarkan nanah. Selepas itu, luka pembedahan kecil itu perlu di cuci setiap hari(dressings) sehingga luka sembuh & kering.


So kawan kawan, saya faham perasaan anda semua kalau ditimpa ujian sebegini.
Don't panic. Don't hide.
It's normal to be a lil bit panic, depressed....but u have to be brave..seek medical advice, bukannya dengar cakap-cakap orang/jumpa bomoh.

Saya harap Puan Ati Masrif akan sembuh..saya doakan speedy recovery buat beliau.
Jangan ponteng makan antibiotic.
Andai dalam tempoh dua minggu ini(sebelum next appoinment nak jumpa doc di hospital) ada sebarang masalah berbangkit, jumpa aja mana mana doc. DrSinga pun boleh, DrHani pun boleh. Saya doc lelaki..maybe malu nanti :P

50 comments:

  1. Tumpang baca untuk menambahkan pengetahuan. :)

    ReplyDelete
  2. eh 1st la.
    kalau kat area situ mcm ada jerawat kecil bole merebak jadi bisul tak?

    ReplyDelete
  3. seram sejuk bc entri mcm ni~sbb kesakitan tu terasa jgk kt bdn sendiri..eeeee
    semoga kak ati cpt sembuh~~hebat la blog ni..pasni skt tnya sni~hehe

    ReplyDelete
  4. No harap puan ati tetap sabar dan tabah..

    tima kasih atas info ni ya..bagus tu kaum hawa nih..

    ReplyDelete
  5. tenkiu doc.
    info yang sangat berguna.
    ber-ulang kali baca nak bagi faham.

    ReplyDelete
  6. SyidaGorjes - jerawat kecil kat kulit, termasuk di kulit breast selalunya jarang merebak menjadi bisul. Tapi kalau dibiarkan, ya, dalam minoriti kes, boleh jadi bisul.

    ReplyDelete
  7. kakcik - bila last akak buat mammogram?

    ReplyDelete
  8. atie - yang mana boleh dibantu, saya bantu. Ni semua ilmu Allah. Sharing is caring...:)

    ReplyDelete
  9. Norhafiza - dah belajar teknik 'self breast examination" ?

    ReplyDelete
  10. azrina - pelan pelan baca...sebenarnya, saya tak geti sangat nak bercerita dalam bahasa melayu yg simple...kalau ada yg tak faham, sila tanya ya. Sebabnya, kami belajar medic in English..dan semua term2 itu, kadangkala rasa mcm pelik bila di translate :)

    ReplyDelete
  11. very good info DZ..
    thanks...
    tambah ilmu di petang hari :D

    ReplyDelete
  12. waaa..sharing is caring..doktor ni mmg caring la..sesuai jd doktor..kalau ada doktor mcm ni, biarpun lelaki atau perempuan..suka sgt jumpa..tak sakit pun wat2 sakit..haha~(^_^)

    ReplyDelete
  13. memang takut bila dengar atau baca cerita sebegini.. terus diri ini terpanggil untuk buat check-up kat ampang puteri tu..

    ReplyDelete
  14. hm..nak cari asben dokter lah! heheh~

    to kak ati, kami semua mendoakan yg terbaik utk kesihatan kamu. amin...~

    ReplyDelete
  15. thanx for the info..really helpful...mana tau kot2 in future terkena ke..tapi mintak2 takde la..

    ReplyDelete
  16. GB - rajin rajinlah jumpa doktor yang bujang...ngeeeeeeeee :P

    ReplyDelete
  17. uih~~bisul~~takut~~

    cepat baik kak ati masrif~~

    ReplyDelete
  18. bujal - kena bisul kat bontot, memang menyeksakan..kamu tahu! hahaha

    ReplyDelete
  19. kene sentiasa pastikan kawasan tersebut kering & bebas dari peluh
    :)

    ReplyDelete
  20. salam dr..satu entri yang sangat berguna untuk kaum hawa..manalah tahu berhadapan dgn situasi camni..kurang2 tak perlu panik pk (mintak jauh) kanserkan..
    ..nanti dr ada masa bincang boleh tolong bincang pasal berpeluh kaki n tangan walau dalam ekon ya :-)..sy ada google..tp tak banayk membantu..tq

    ReplyDelete
  21. saya adalah manusia yg super panic bab health ini.. jgn risau, kalau masalah pompuan, saya akan terus jumpa GP and Gynae saya, bukann jumpa bomoh, hehehehe

    ReplyDelete
  22. doktor daddy ziyyad!!!!

    first time panggil doktor ni tau...

    kak ati tahu doktor ni memang jenis suka membantu orang
    bertuah sungguh rasanya dapat sahabat macam doktor
    ni walau hanya dalam maya...hanya Allah saja yang dapat
    balas segala budi baik mu doc...sayanggg doc..
    hehe mcm adik...kak ati tak ada adik tau!

    suka buat suprise lah dan n3 ni sangat2 suprise
    buat kak ati tau..tak sangka doc yg bz sanggup ni
    buat segala gambar rajah tu utk kak ati...

    thanks alot ye tok dukun...berguna untuk semua wanita juga ^_______^

    ReplyDelete
  23. as salam Daddy Ziyyad ..
    semoga ati masrif cepat sembuh..
    dan terima kasih jugak buat doc yang telah beri penerangan
    sebenarnya akak pernah juga menanggug sakit yang amat sangat..tapi bila pi klinik tak dapat dr perempuan..akak tak cerita..malu..dah tua pun malu jugak..
    alhamdulillah..3 minggu sakit sampai tak boleh angkat tangan..sekarang dah lega..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  24. Ma kasih doktor ... org pompuan ni kenkadang malu ... takut ..... mcm2 lah ....
    info yang berguna .....

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Daddy Ziyyad,

    Salute for the N3. Kakak suka N3 yg memberi health knowledge. Bagus juga ada doktor yg ada blog. Kami tumpang tanya sebelum jumpa doktor yg terdekat di klinik:-)

    ReplyDelete
  27. as salam tok dukun,

    kita minta izin copy paste sikit n3 ni ye..

    sudi2lah dtg nanti wokey ^_~


    Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!

    ReplyDelete
  28. doc..

    yes..kita masih breast feed syahmi!

    ReplyDelete
  29. samalah ngan kak ati ..cik pah pun masih lagi bgf kan cik meen ..

    tapi cik pah dgr biler kita bf kan anak.. percentage nak dapat breast cancer adalah rendah ..betul tak doc ?

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum Dr..

    ohh..begitu penerangannya..trime kasih atas penerangan ini, Dr.. ia sungguh bermanfaat

    ReplyDelete
  31. assalamualaikum daddy ziyyad...

    baru tahu bahawasanya tuan empunya blog ni sorang doktor..huhu..kene panggil dr laa ni...hehe

    buat kak ati...semoga cepat sembuh...dugaan Allah untuk menduga kita...cubaan dalam hidup..sabar ye..

    terima kasih dr atas infonya...

    ReplyDelete
  32. Salam Daddy Ziyyad.

    Terima kasih berkongsi pengetahuan. Emak Adam kadang2 crack juga puting susunya sebab Adam yg dah 2 tahun lebih dan dah penuh gigi tu masih menyusu. Kadang2 dia gigit susu emak dia (bukan ayah dia ya yg buat hehehe).

    Harap2 dah jadi bisul.

    ReplyDelete
  33. Info yang dah banyak melegakan kerisuaan ramai orang

    ReplyDelete
  34. doc..kalo bisul tu surut sndri tp nti die naek lg tmpt yg sm berkali2 mcm mane ek?ade kbrgkalian bole effect jd benda lain x?

    ReplyDelete
  35. Tumpang baca. ALHAMDULLILAH bertambah ilmu..

    ReplyDelete
  36. orang rumah saya selalu mengadu sakit kat nipple sebab kena gigit dengan iffahani...saya nak cakap ape...tumpang simpati jela...;)

    ReplyDelete
  37. prkongsian yg mnarik..
    sbb tu bila ade tnda2 awal...kne rujuk cpat2. Tkut nt mrebak lbih truk...

    ReplyDelete
  38. Surisolehah - nanti ada masa saya buat entri pasal berpeluh tangan tu

    ReplyDelete
  39. Ati - harap entri ni dapat membantu :)

    ReplyDelete
  40. Cik Pah - ya..b/feeding kurangkan risk of having breast cancer

    ReplyDelete
  41. Semarak Api - kebarangkalian bisul ni utk keluar balik(selepas sembuh) tu ada. Tu sebab kadangkala, jalan terbaik ialah dgn buat pembedahan kecil(incision & drainage tu), kalau multiple abscess formed(ada bisul banyak mata)

    ReplyDelete
  42. Sham - sebenarnya bagi breastfeeding women, boleh aja pakai nipple protector kalau baby jenis yg suka menggigit..:P

    ReplyDelete
  43. Thanks for the info doc. Did my mammo yearly, ultra S 6 mthly. But still trembling when appointment date approaches.....

    ReplyDelete
  44. Semoga tidak ada apa2 yg buruk..
    Insyaallah.

    ReplyDelete
  45. thanx dedi ziyyad..moga cepat sembuh kak ati..

    dokter..saya nak tanye..kalo mcm daging terlebih tu..mcm kutil2 tu..kolestrol ke?

    ReplyDelete
  46. Salam Dr,
    Saya sekarang sedang berpantang hari ke-31 slps bersalin dan baru menjalani pembedahan I&D lima hari yg lepas. Sekarang melakukan daily dressing di hospital. Ingin bertanya kepada Dr;
    1) Berapa lama saya perlu menjalani 'daily dressing'?
    2) Saya difahamkan luka tersebut tak akan dijahit, adakah payudara saya akan kekal berlubang akibat kesan pembedahan tersebut?
    Terima kasih Dr kerana berkongsi ilmu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...