Tuesday, February 1, 2011

Sabarlah Maktih.

Banjir besar di Segamat, Disember 2006
Aku dedicate entri ini buat saudara mara aku yang berada di Segamat, Johor.
Mereka terlibat dalam banjir yang terkini melanda Johor.
Tahun 2006 dulu, banjir besar melanda Johor, termasuk daerah Segamat. Ketika itu, teruk rumah maktih tenggelam. Rumah sewa ayah aku pun tenggelam sama.

Untuk banjir kali ini, rumah maktih tenggelam sekali lagi.
Rumah adik ipar mak uda aku pun tenggelam sama. Dulu ketika banjir besar 2006, rumahnya hanya banjir setakat pagar saja. Kali ini, ayah aku beritahu bahawa habis seluruh tingkat satu rumahnya tenggelam, sampai ke siling!...bersama sama 2 biji kereta di porch yang tak sempat dialihkan. Mereka anak beranak terpaksa tunggu di tingkat dua rumah mereka, sampai bot penyelamat sampai! Adakah maksudnya banjir 2011 ni lagi besar dari 2006??

Dan ramai wartawan yang tersangkut di Labis, Segamat sebab banjir ini.
Mereka berada di sana sempena pilihanraya kecil Tenang tempohari, tak lepas balik sebab jalan keluar dinaiki air.

Aku berharap maktih bersabar dengan ujian ini.
Dan semoga adik ipar mak uda pun bertabah.
Juga semoga owner baru rumah sewa ayah aku bersabar! (selepas insiden banjir besar 2006, ayah aku jual aja rumah tu, sebab leceh nak maintain, setahun atau dua tahun sekali banjir..katanya tiada lagi banjir besar selepas 2006 sebab proses mendalamkan sungai dibuat. Ayah aku tak percaya. Dan Alhamdullilah, ayah aku tak silap)

Dan aku rasa amat, amat bersyukur kerana keluarga aku, rumah aku tak ditimpa ujian sebegini.
Tak pernah dalam umur rumah kami di JB banjir.
Rumah aku pun tak alami ujian ini.
Terbayang aku betapa susahnya nak bersihkan rumah, dengan kereta yang rosak..

Sesungguhnya, Allah tak akan menduga hambaNya andai Dia tahu hambaNya tak boleh /tak mampu atasi ujian itu. Sebab Dia tak pernah zalim ke atas hambaNya.
Moga mereka di Johor yang ditimpa musibah/ujian ini, ingat akan janji Allah ini.

39 comments:

  1. assalamualaikum Dr..

    dugaan ini memmang hebat.. sesekali kita pasti terkesima dibuatnya..kenapa kita yang dipilih..sesungguhnya kita adalah insan terpilih dari kalangan insan lain yg berhak terima dugaan ini

    ReplyDelete
  2. ini bukan cobaan..ini betul2 kejadian....
    hadapinye dgn tenang....insya'allah..(lagu maher zain)....

    ReplyDelete
  3. dugaan utk maktih and family..harap mereka semuanya selamat ..eh kamu org jb ya.. kita sekampung beb..

    ReplyDelete
  4. Sekarang tengah banjir lagi.maaf makcik dah terputus hubungan pada tv semenjak rosak dah hampir sebulan.harini pulak kebetulan tak beli paper.

    Cakap pasal banjir memang dugaan besar bagi setiap keluarga, sebab makcik pernah rasa dulu. harta benda semua rosak, tak pelah janji nyawa mereka selamat.

    Semoga pihak yang bertanggungjawab terutama kerajaan kena hulurkan bantuan.jangan hulurkan bantuan depan wartawan je.Lagi satu sikap kerjasama penduduk tempatan penting.pencuri tu diharap jangan nak menjadikan mangsa banjir sebagai mangsa pulak. panjang betul pulak komen.Harap mak tih terus sabar dalam menemupuh dugan banjir ni.

    ReplyDelete
  5. Salam Daddy Ziyyad,

    Sesungguhnya Allah maha tahu apa yg kita tak tahu. Kalau dulu 2006 Kota Tinggi yg paling teruk mungkin kali ini di Segamat. Kawan kakak hingga hari ini belum balik dari sana sejak tiba sana malam Jumaat yg lepas. Hari Ahad pagi konon nak balik JB tergendala sampai malam, lepas tu patah balik. Cuti emergency...

    ReplyDelete
  6. Memang besar dugaan..

    Diharap semua mangsa banjir bersabar..

    ReplyDelete
  7. diharap maktih menghadapi dugaan ini dengan TENANG.

    ReplyDelete
  8. Sahrom - wa'alaikum salam...Setiap dugaan tu, ada hikmahnya yang tersendiri.

    ReplyDelete
  9. Hantu Kak Limah --heheh..yerrrr..ini butul butul kejadian..

    ReplyDelete
  10. Kaseh - ya, saya asal JB...sekampunglah kita ek !..:)

    ReplyDelete
  11. Cik Ina - ohhh..makcik pernah ada pengalaman rumah kebanjiran..mesti penat kan nak mengemas....

    ReplyDelete
  12. alien - ko bayankan lah kalau air sampai siling!

    ReplyDelete
  13. KakZakie - tahun 2006 dulu, Kota Tinggi pun dah tak tinggi..hehhe

    ReplyDelete
  14. RatuKebaya - saya membayangkan bagaimana saya bertindak kalau rumah saya yg banjir

    ReplyDelete
  15. Pencacai Alim - at least 3-4 hari baru surut air

    ReplyDelete
  16. SyidaGorjes - kesian kat maktih..dah la dia ibu tunggal

    ReplyDelete
  17. nasib baik parents aku dah jual rumah kat taman segar tu
    kalau tak, sure kitorg pun sama kena duduk kat dewan sekolah jugak!
    huhu

    ReplyDelete
  18. semoga semuanya selamat dan keadaan kembali pulih secepatnya

    ReplyDelete
  19. saya duduk atas pokok~buat masa ni alhamdulillah~~

    he~~sebab tu sekarang ni kalau najk beli rumah kena amik kira tempat tu tinggi atau rendah~~

    ReplyDelete
  20. mungkin dugaan ni Allah turunkan sebab kejahatan manusia sendiri. wallahualam.

    ReplyDelete
  21. Tumpang simpati. Wpun Kak Azie sangat minat nak main ujan, mandi ujan, tetapi bila banjir yg terjadi, amat simpati dan kesian pada mangsa.

    Semoga bersabar dan tabah.

    ReplyDelete
  22. Simpati pada maktih. Semoga cepat surut bahnya.





    doc, kali kelima saya cuba post komen dari di ofis siang tadi. akhirnya nak kena pc di rumah baru boleh komen kat sini lah ... huhu...

    ReplyDelete
  23. Salam ...
    Lama tinggal nihhhh ...
    apa pun ... CA pun terputus hubungan gak ..... harini baru tau kata Johor banjir.... setiap musibah ada hikmatnya ....
    Semoga kita diberi kesabaran yang tinggi

    ReplyDelete
  24. salam kenal...

    betul3x...sabarlah menghadapi dugaan dariNya...

    ReplyDelete
  25. salam daddy ziyad - kesiannya kat mereka yg terlobat
    harap bersabar lah ye...

    ReplyDelete
  26. Bujal - kalau banjir teruk, pokok pun boleh tumbang tau...:P

    ReplyDelete
  27. GC - yup...manusia yang merosakkan dunia ni sendiri

    ReplyDelete
  28. azieazah - main hujan memang best kak..:)

    ReplyDelete
  29. azrina0307 - adakah blog saya di block di ofis anda???? jeng jeng jeng....:)

    ReplyDelete
  30. Chik Att - bila bersabar, tuhan kata akan dinaikkan darjat.

    ReplyDelete
  31. Sham - salam kenal Sham...tq sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  32. miloais - maktih saya tu bukanlah org kaya..so mmg saya amat kesiankan nasib nya...Insya Allah ada masa nanti saya akan turun ke Segamat menjeguk beliau.

    ReplyDelete
  33. arap org2 di segamat bersabau ye..ujian ni..

    moga banjir akan cepat surut..

    ReplyDelete
  34. banjir kembali lagi tahun ni kan... semoga terus tabah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...