Friday, February 25, 2011

Rendang Kangaroo

2005.
Tahun yang hampir - hampir merubah hidup aku.
Aku hampir -hampir berhijrah ke Australia. Migrate kata orang Kampung Pisang.
Tapi atas sebab-sebab tertentu, akhirnya aku mengalah.
Aku memilih untuk duduk di bumi Malaysia ni aja.

2011.
Seminggu dua ni mood aku utk migrate datang kembali.

Aku bosan.

-bosan dengan suasana politik malaysia yang tak habis habis...kerja takdak, cakap aja lebih. And it applies to both the govt & opposition. Aku tak nampak bagaimana nasib anak-anak aku dalam 10-15 tahun akan datang.

-bosan dengan sikap malaysian. Digambarkan sebagai peramah, baik, sopan santun, tapi ramai yang keji.
Ya, keji.
Makan rasuah, waima anda menanggung tanggungjawab menjaga dana orang nak tunaikan rukun Islam.
Syiling berterabur dikaut tanpa segan silu, beras berterabur dan driver lori dah nazak, sibuk pungut beras haram.
Aku tak ingat kat mana aku baca/dengar "anda boleh lihat praktikal Islam itu sendiri di bumi kafir, and vice versa"
Aku pernah duduk di Sydney, so aku akui kata kata tersebut.

-bosan  dengan infrastruktur untuk rakyat yang amat menyedihkan. Sedih sebab aku letak harapan malaysia menuju negara maju.
Kalau nak dibanggakan infrastuktur yang ada dengan negara macam Indon, Vietnam, Bangladesh, baik tak payah.
Dari aku kecik, bawak lah dah tua bangka ni, macam tu lah sistem public transport.
Jalan pecah sana sini. Sebab rasuah. Sebab kontraktor tak ikhlas buat kerja.
Nak berurusan di pejabat gomen, lebih banyak pengalaman yang buruk dari yang baik.

-bosan dengan hidup di sini yang betul-betul Rat Race.
Semua orang sibuk dengan kerja. Carik duit. Pagi-pagi buta jem sana sini. Petang pun sama. Dan salahnya, tertuding jugak ke masalah public transport.
Kehidupan petang yang santai, berehat, bersenam yang aku lalui di Sydney..tiada di sini.
Majoritinya hidup ala Rat Race.


Kalau aku nak senaraikan segala benda yang aku tak puas hati..bunyinya macam tak bersyukur.
Tapi aku percaya bumi Allah ni luas.
Allah suruh kita menjadi khalifah dan amalkan suruhanNya bukan hanya tertakluk di Malaysia.
Apa guna duduk di negara yang gah dikatakan negara Islam contoh, tapi rasuah di dalamnya bagai kanser stage 3?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum tersebut tidak mengubah nasibnya sendiri.
Ini yang aku pegang.

Buat masa sekarang, halangan terbesar untuk aku migrate ialah:
1) keluarga -mak ayah.
2) makanan. Ya, nampak remeh, tapi bila duduk di negara orang, tak boleh tipu selera ini. Tapi aku rasa dulu di sana aku sebagai orang bujang yang tak memasak. MommyZiyyad sendiri kata aku akan experience the difference...sebab kalau aku berpindah, aku berpindah sebagai orang yang dah kawin. Ada tukang masaknya.
Jadi, aku mungkin tak akan miss sangat makanan malaysia yang pelbagai, yang boleh dibuat blog penceritaan tentangnya..ekekeke..

Aku sayangkan Malaysia.
Cuma aku tak tahan dengan unsur-unsur yang menyebabkan Malaysia bukan tempat yang best dimata aku, dan tidak baik untuk perkembangan anak anak aku nanti.

Tak tahu lah berapa lama aku boleh bertahan.
Doakan aku.

66 comments:

  1. Jujurnya.. budi bahasa tidak lagi menjadi budaya kita. :(

    ReplyDelete
  2. weh! weh! ni apa tetiba keluor gambor gua ni? haha. haih. buat orang rindu balik kat header ni je tau! :)

    ReplyDelete
  3. kakcik - mat saleh yang kafir, lebih bermoral dari orang melayu yang Islam, percaya tak?

    ReplyDelete
  4. KOG - hahaha..saya rindu kucing gemok yang kekenyangan memegang sepanduk "feed me plz' itu..

    ReplyDelete
  5. sampai hati tak letak header sy. eh, tetiba plak. blog pun takdak header. haha.

    Malaysia?? hmmm... politik kotoq, orang kedah kata.

    ReplyDelete
  6. part beras bertabur di kutip mcm
    tak pernah jumpa beras dan orang yg
    sedang sakit di biarkan tu...

    memanggg memaluuu kann....
    eeee...jijik sejijik nya perangai tu !!!

    doc..janganlah berhijrah...
    doktor tak cukup kat masia ni
    nanti syahmi nak sunat dgn doc gak tau ...

    Jom baca: WATERLILY DARI GB

    ReplyDelete
  7. setuju sesangat!


    sebenarnya kaklong tak suka ckp pasal politik,tapi kaklong betul2 tetarik apa yg doc tulis...!

    ReplyDelete
  8. iol setuju banget ngan entry uols neh...
    baca sampai dua kali - nak kasi faham keseluruhan
    maklum le... sekolah tak tinggi nok

    well... dulu pun iols ada gak buat citer pasal rakyat malaysia ni...
    tho tak semua - tapi adalah puak2 yang tak paham bahasa - tak paham hidup bermasyarakat nehh!

    penat gak kan layan isu2 camni semua
    sebb yang duduk kat kerusi empuk tu semua
    banyak sangat sandiwara - mengkaya diri sendiri - adik-beradik-pakcik-makcik segala!

    kita yang tak de kaitan - tak de kabel kata orang sekarang
    nasib lahhhh.... tanggung segala macam masalah

    really suck mate!

    ReplyDelete
  9. saya yang berada di dalam sektor kerajaan pun sudah letih daddy ziyad.

    sakit hati juga apabila politician begitu mempengaruhi sesuatu keputusan dalam pentadbiran dan pembangunan.
    pembangunan diutamakan di kawasan asal menteri masing2. padahal ada tempat lain yang lebih memerlukan. itu yang banyak bangunan gajah putih kat Malaysia neh.

    tgk sahaja cadangan laluan MRT yang baru di suggest oleh SPAD.marilah kita renung2kan.

    saya pernah terdetik utk migrate juga tahun lepas :),
    tp saya sayang dengan bumi emas Malaysia. bilalah mau berubah. transformasi kerajaan yg dilaung2kan x nampak hasilnya lagi.

    ReplyDelete
  10. Kawan Ate dari Indonesia yg puas melancong dan kerja di merata dunia, kata bebanyak negara dia pergi orang Melayu M'sia adalah antara org yang paling tak friendly dan sombong. Mat Saleh yg tak Soleh pun lebih baik dari sikap orang Melayu M'sia (Mujur Ate bukan org Melayu Msia tapi org Islam Msia. Hehehe). Pedih juga dengar tapi memang ada benarnya. Ate pun kadang teringin nak hijrah tapi takut rindu kat KOG plak..Meoww.

    ReplyDelete
  11. eh header lama KOG sungguh nostalgik la~~

    ReplyDelete
  12. pentadbir Islam yg mentadbir negara Islam dengan menipu rakyat bleh masuk nerake...

    ReplyDelete
  13. kalau nak cakap pasal politik kat malaysia ni, memang takkan abes..
    nak nak skrg ni.. bukannya rakyat didahulukan.. tapi.. rakyat kena dulu! so kalau sengsara pun, memang rakyat dululah yg sengsara

    aku nak suruh laki aku cepat2 apply keje kat vienna.. biar aku dok sana jual kuih jer! hahaha

    ReplyDelete
  14. saya pun hsmpir2 nak migrate jugak.. dapat keje kat negara yang takde tax tapi sama macam daddy ziyyad, penghalang terbesar ialah terpaksa meninggalkan mak & abah untuk tempoh yang lama.. balik setahun sekali tak sama macam balik 2-3 bulan sekali..

    ReplyDelete
  15. saya ada setahun lebih utk enjoy hidup di sini.. lepas tu kena join masuk rat race, ke driving range sebulan sekali sebab mahal kannn...

    kalau ikutkan mmg tak nak balik, tapi macam shaza kata, balik setahun sekali tak sama dgn 2-3 bulan sekali...

    ReplyDelete
  16. saya setuju sebijik2 dgn entry ni. saya penah cakap nak hijrah ke brunei, tapi mak tak bagi. dia kata, kawin dulu! huwaaaa!!!!!

    ReplyDelete
  17. terpk nak migrate too.. :(
    dulu nyesal balik mesia awal.. gatal sgt nak kawen..bf kat mesia.. now.. siyess nyesall..

    ReplyDelete
  18. Dady ziyyad..
    aak pun tak tau nak kata apa..
    dokotr fikir apa nyang terbaik untuk anak2 dan isteri..
    apa pun keputusan doktor..semoga didalam peliharaan allah..

    ReplyDelete
  19. Doc, boss saya pun nak migrate kat sana.Betul ke anak kata nak jadi warga dia murah je berapa ribu saya dah lupa.Malaysia tak cam dulu yang makcik kenal.Banyak benda yang tak menyenangkan hati.

    ReplyDelete
  20. walau sampai jauh mana pun kita melangkah...malaysia tetap di hati kan....

    ReplyDelete
  21. kunjungan perdana
    salam hangat dari blue

    ReplyDelete
  22. perasaan yang sama, impian yang sama, halangan yang sama, doakan juga ya

    ReplyDelete
  23. ada benarnya kata2 DD..kita hanya mentimun..

    ReplyDelete
  24. GC - cepat letak header..nanti lain2 entri saya boleh promote header awak..:P

    ReplyDelete
  25. Ati Masrif - entahlah..rasanya dalam masa terdekat ni tak lah migrate..syahmi nak sunat cara tradisonal ke guna smartklamp?

    ReplyDelete
  26. kaklong - politik malaysia sekarang ditahap memualkan

    ReplyDelete
  27. miloais - jom jadi kroni saya..hahaha

    ReplyDelete
  28. MasZuber - saya faham. Dulu saya kerja gomen juga. Pihak atasan/politican hanya pandai buat dasar yg berubah ubah, ikut kepentingan mereka. Bukan nak dengar pendapat professional yg kerja di jabatan. Tu pasal Malaysia mengalami brain drain..ramai pro yg malas balik sini/migrate ke luar, sebab kepakaran mereka tidak dihargai

    ReplyDelete
  29. Ann Huda - itulah realitinya. Sebenarnya 'ramah' rakyat malaysia ni 'ramah terpilih'. Hanya dgn mat saleh kita beria ia jadi hipokrit ramah.

    ReplyDelete
  30. Bujal - nostalgik kan gambar kucing gemuk tu tersandar kekenyangan..:P

    ReplyDelete
  31. Zie - semoga kata kata Zie ni mereka dengar/fahami

    ReplyDelete
  32. Hani - kalau aku jadik ko, alang2 laki ko ada peluang keja kat sana, baik cuba mintak. Keje ari2 ngadap urti bosannnnn ~hahaha

    ReplyDelete
  33. shaza - bagi saya, itulah pengorbanan yang perlu kita lakukan. Samada kita sanggup atau tidak. Kalau kita tak sanggup, maka kita kena berkorban pula menghadapi semua benda yg tak best itu di malaysia ni! :)

    ReplyDelete
  34. DLL - seriously, enjoy yourself while u are there...hehe

    ReplyDelete
  35. GB - apa susah, get married, then fly off to Brunei!! ngeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  36. KakErna - dilema....dilema nak membuat keputusan....

    ReplyDelete
  37. Cik Ina - kalau nak migrate ke Australia as a businessman, deposit 100,000 Aud dah bleh dapat PR status. Akak sendiri dah rasai perubahan di malaysia ni kan, selama kehidupan akak...saya risaukan masa depan saya, isteri & anak anak

    ReplyDelete
  38. Adinda Amy Sensei - itu sudah semestinya..walaupun migrate, malaysia tetap dihati

    ReplyDelete
  39. Ajib - wakakaka...weh bro..good luck ExploreRace...hope one day I may join u buat benda2 mcm tu :P

    ReplyDelete
  40. bluethunder- selamat berkunjung ! dan rajin2 lah berkunjung!

    ReplyDelete
  41. Norhafiza - di negara maju, amat amat kurang konsep mentimun VS durian ni..siapa berusaha, dia dapat.

    ReplyDelete
  42. Daddy ziyyad, terbaca pasal komen sunat kat atas tu.. mane satu lebih praktikal, tradisional atau smartclamp??

    ReplyDelete
  43. Saya tak sampai hati nak tinggalkan mak.

    ReplyDelete
  44. shaza - ini pendapat peribadi saya, yang mana hasil pemerhatian saya ke atas budak2 yang sunat guna dua dua method ni. Sunat cara clamp ni, memudahkan kerja doktor sebenarnya, tapi budak kena 2 kali kerja. Satu masa sunat tu, kedua, masa nak bukak clamp tu. Dan amat ramai sekali budak yg saya lihat lambat sembuh dgn teknik clamp. bengkaknya lambat surut. Average 2 minggu baru sembuh/kering. Bagi yang sunat cara tradisional(potong dgn blade, jahit), kadar sembuhnya cepat. Average 4-7 hari dah kering, tak bengkak.
    Kalau anak saya, saya prefer sunat cara lama.

    ReplyDelete
  45. syida - ya...bila kita kenangkan mak ayah, itu 'halangan' terbesar nya

    ReplyDelete
  46. heheheh... meronta saya nak baca komen shaza kata atas sebab, naper plak DaddyZiyyad tetiba citer pasal sunat nih... hehehe

    yer, betul, kalau saya nak migrate pun saya akan pilih australia... berbanding negara mat salleh yang lain... heheheh.. mungkin family kita boleh berjiran nanti... sapa tau kan?? :)

    ReplyDelete
  47. Ayin - yeapp mate! :P

    Kita bleh berjiran..hihi

    ReplyDelete
  48. dok terai nak letak komen dari semalam...... manjang failure huhuhu..... sy nak kabo, dengarnya nak migrate kena ada org rekomen ek.... hhmmm, kalu mcm tu, sy ni malaysian maintain ler. tak dak kuarga kat luar negara sanun tu

    ReplyDelete
  49. Bak kata pepatah....sayangkan m'sia tinggal tinggalkan'. Tepuk dada tanyalah hati kan sayangkan lembu ke...teringatkan koala ke.

    ReplyDelete
  50. Salam,

    Saya yang baru duduk kat NZ ni 2 tahun dah rasa macam taknak balik Malayisa sahaja. Dekat sini terlampau baik berbanding Malaysia. Dari budi bahasa, kemudahan awam etc semuanya bagus. Bayangkan sepanjang saya duduk di sini, tak pernah saya jumpa toilet awam yang kotor. Masjid penuh setiap waktu solat. Islam di amalkan dengan bersungguh.

    Saya setuju dengan perkara yang menghalang saya untuk kekal di sini iaitu Ibu bapa yang masih ada di Malaysia, makanan (walaupun isteri boleh masak tapi masih rindu dengan KFC dan McD) dan saya masih ada kontrak dengan kerjaan Malaysia beserta duit rakyat yang tanggung saya belajar di sini.

    Tapi saya ada juga jumpa keluarga yang migrate ke sini demi anak anak. Bila semua dah habis belajar mereka akan balik ke Malaysia.

    ReplyDelete
  51. salam perkenalan,

    suami saya pun dari dulu ajak migrate ke sydney, tak pun mintak PR sana (masa zaman dok samung blajar). Tapi sebab dok teringat family kat msia, susah jugak. Bila dah balik sini, rasa menyesal pulak. hehehe
    but mmg seronok kat sydney, tambah2 bila kat msia ni mcm makin hampeh je! haishhh...

    ReplyDelete
  52. ko pergi dulu..
    cari tapak best..
    nanti aku ikut...
    (aku mata duitan...)
    heh heh hehhhhh.....

    ReplyDelete
  53. makcikkantin - lembu VS koala..hmmmmmm :)

    ReplyDelete
  54. Ismail Fitry - atas dasar pengalaman yg awak ceritakan tu lah, menyebabkan saya berkira kira mahu migrate

    ReplyDelete
  55. Elyn - salam perkenalan..oohh..awak belajar dimana dulu? dulu saya praktikal di Concorde Repatriate Hospital, Sydney.

    ReplyDelete
  56. saya sekapal dgn h4ni3. buatan msia je :)
    suami yg further study kat sana, saya pun tumpang dua kaki. rindu sydney!

    ReplyDelete
  57. DrSinga - kita bukak restoren kat Sydney..lagi best dari bukak klinik kat malaysia tau...~haha

    ReplyDelete
  58. Berhijrah itu baik.
    Tapi tempat penghijrahan itu tidak baik, di mana pula yang baiknya berhijrah itu, kan?

    ReplyDelete
  59. kalau saya nak hijrah sbb suke2 bole x? heheheheheheh

    ReplyDelete
  60. salam kenal...

    sy pon nak migrate nanti doc.. politik kat mesia tak habis2..sy nak pegi arab dulu, then baru pegi nz...

    ReplyDelete
  61. well-said,dr. dh kalo takdek dh integriti, apa lg yg ado? maruah dh lamo takdo...

    ReplyDelete
  62. Doc..sementara menanti nak berhijrah...apa apa pun masokkanlah anak anak ke sekolah ugama sedari kecil lagi..insyaallah itu antara ikhtiar kita untuk menghadapi dunia di luar sana...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...