Monday, February 21, 2011

Polis kata "Jangan !"

Bila baca KISAH POLIS ni, teringat kisah aku & polis..he he he
Ni semua kisah benar, tak guna stuntman..


Kisah 1
-lepas beraya di rumah gf, aku balik. Biasalah, raya ke 4 kalau tak silap aku. Jalan area tu pun lengang.
-sebijik kereta dengan terkedek kedeknya jalan depan aku. Darah muda, aku tak sabar.
-aku potong kereta tu di jalan double line.Sekali 3 kereta aku potong.
-selesai aje memotong, tau tau ada sorang pakcik polis melompat keluar dari bus stand di tepi jalan, tahan aku.
- "ambo-amboi, dongan 3 biji kereta ekau sapu yo kek dabal line", kata pakcik polis org nogori tu.
- "saya nak cepat cik, mintak maaf. Ada panggilan emergency dari dewan bedah", kata aku mengatur temberang sambil menunjukkan kad kerja aku.
- " kalau doktor laju macam ni, doktor eksiden, nanti siapa nak ganti doktor? lain kali jangan laju-laju yo", nasihat pakcik polis tu termakan temberang aku( ataupun dia tau aku temberang, saja nak kasik lepas!)

Aku lepas !!

Kisah 2
- masa tu memang aku on the way nak ke spital. Aku bercakap kat telefon dgn ayah aku.
-entah dari mana polis ni skodeng ntah, tau2 aku kena tahan.
-"maaf cik, saya kena jawab panggilan dari hospital", sambil akun tunjukkan telefon aku dengan konpiden.

Aku lepas!!

Kisah 3
-aku bercakap kat henfon jugak, tanya kawan aku port makan best kat Penang (masa ni dah nak masuk jambatan Penang from Juru)
-tup tup kena tahan dengan polis. Aiyooo! Apa mau kelentong ni? nak pi makan angin, kena saman plak..
-"saya baru ditugaskan ke hospital Penang cik..tak tahu jalan..saya nak survey hospital tu", aku bercakap dgn penuh konfiden sambil bini aku tambah lauk jugak..hehe..
-polis tengok plet nombor kereta aku...nasib baik plet Johor!
-Siap dapat ucapan selamat datang bertugas lagi kat negeri Penang!

Aku lepas!!

Kisah 4
-lagi kisah cakap kat henfon. Kat federal highway menuju Klang. Aku ingat lagi lokasinya, dengan dgn roundabout Berkeley tu.
-tengah syok2 bercakap, sebijik kereta polis nyala lampu pintas kereta aku, suruh aku berhenti.
-modus operandi biasa " maaf cik, saya nak ke hospital Klang. Ada emergency, kena jawab panggilan ni"
-polis ni macam endah tak endah alasan aku..alamak! dia mintak juga lesen.
-"nasib baik ko satu kampung dgn aku..dah cepat gi hospital tu", kata polis tu.
-ada juga pekdahnya jadik orang Johor ni!

Aku lepas!!

Kisah 5
-ni kisah masa H1N1 tengah hot. Aku nak balik KL dari JB..bawak adik aku sekali.
-aku bawak 140 aje pun masa tu..he he..
-kena tahan, dalam operasi bersepadu speedtrap kat highway PLUS, area 90km/h (Ayer Keroh stretch).
-dalam hati, memang tak akan lepas ni, pasal penuh polis trafik.
-polis sampai kat kereta, tengok adik aku(duduk kat sebelah aku) pakai mask.
-adik aku masa tu aku diagnosed ILI (influenza like  illness), so aku suruh dia pakai aja mask.
-"maaf cik, saya nak cepat ke Hospital Melaka..nak screen adik saya kot kot dia H1N1..", aku cakap sambil menuding jari kat adik aku.

Aku lepas!! (this time aku tak guna alasan as a doktor tauuu)

Kisah 6
-kat traffic light pintu belakang UiTM Shah Alam, menuju ke federal highway.
-aku langgar traffic light.
-masa tu Ziyyad baru dilahirkan ~ sejam. Aku balik ke rumah kejap lepas azankan dia(sebab letih duduk KPJ Shah Alam dari malam sebelumnya), aku rest, mandi.
-adrenalin tengah tinggi, baru bergelar daddy lah katakan. Tak sabar nak tengok newborn yang baru ditinggalkan tadi, nak lihat keadaan mommyZiyyad yang baru lepas emergency caesar.Tu pasal aku langgar traffic light merah.
-polis tahan, aku cakap " maaf cik, isteri saya sedang bersiap sedia nak operate..utk lahirkan baby, saya kena cepat nak temankan dia" (padahal masa tu mommyziyyad dah terlena tido kepenatan dgn Ziyyad di sisi, di hospital.
-aku tunjukkan keretan parking KPJ Shah Alam yang aku bayar tadi. Nasib baik aku simpan kertas parking tu.

Aku lepas!!

Kisah 7
-yang ni aku kena tahan dekat simpang UTM Skudai. Aku bercakap kat henfon jugak.
-"maaf cik, ada kecemasan, atuk saya sakit tenat" (padahal atuk aku dah lama meninggal!
-polis tu tengok2 dalam kereta aku. MommyZiyyad tengah breastfeedingkan Ziyyad, yang masa tu kalau tak silap aku 7-8 bulan usianya. (tu pasal aku tak boleh guna alasan nak gi hospital, sebab aku bawak famili! ha ha ha)
-mungkin polis tu simpati.

Aku lepas !!





-- ada lagi beberapa insiden aku kena tahan sebab speeding, tapi lepas.
--dan sebenarnya dulu aku selalu jugak kena saman sebab speeding.

Moral of the story:
- aku dah insaf, selagi boleh tak mau bawak keta laju2, tak mau potong double line..ingatlah org yang tersayang. Rasanya dah dua tahun lebih aku tak kena saman.
- aku takmau tipu polis lagi :P
- kalau kena tahan, minta maaf, dan admit kesalahan kita. Jangan ego, sebab polis memang meluat dgn orang spesis ni. Dah la salah, berlagak pulak. Ni polis sendiri yang bagitau aku.
-jangan rasuah. Kalau lepas di dunia pun, kat akhirat tak lepas, itu pasti.

75 comments:

  1. kenapa tak guna alat bebas tgn??

    masak en. polis kene auta.
    errrr..
    lps ni apa kar DZ cer citer dktr kene goreng dek pesakit pulak..hihihi!!

    ReplyDelete
  2. erk, saya tak pandai goreng... saya bayar aje tapi buat muka kesian, mintak kurang, hehehehe

    ReplyDelete
  3. heheheh...

    emmm...semua asyik lepas aje..bile nak kene sangkut ni..pasni nak repot kat polis..dedi ziyyad main tipu2..heheheeh

    ReplyDelete
  4. saya tak pandai kelentong polis... lalala saya ngorat je kalau kena tahan ahaks...:P

    ReplyDelete
  5. sebijik cam en. abah, slalu sgt ckp tipon sambil bwk keta, bila kena tahan ngan polis mcm2 alasan dia bagi....heheheeh

    ReplyDelete
  6. dia cuma mintak lesen kan? dia tak mintak any ID dokter ke apa kan?

    yey, nak pinjam alasans! :D

    ReplyDelete
  7. cerita best lagi tak best, on the way nak bayar saman, dgn slumber langgar traffic light merah, dan dgn slumber kereta kena tahan dgn JPJ. dapat saman lagi. cilakssss btoiiiii

    ReplyDelete
  8. handal jugak
    beberapa kali lepas ye~

    ReplyDelete
  9. agak2 polis tu bace tak blog daddy ziyyad ni? hehe.. mesti terror berlakon ni sebab kalau saya bagi reason macam kat atas tu mesti nak tergelak..

    ReplyDelete
  10. tak pernah kene dengan polis lagi..

    tapi.. pernah terkena dgn en. suami .. sebab masa tu sy tengah bawa laju.. tetiba en. suami ada kat belakang.. rupanya dia follow sy masa tu.. kebetulan terserempak kat jalan otw balik kerja.. huhuhu.. jenuh kena bebel..

    ReplyDelete
  11. Boleh tahan juga kelentong seorg doktor. Hehehe.... Tak apa yg lepas jadikan taudalan dan dah insaf tak akan mengulangi lagi. Ziyyad merubah menjadi lebih baik dan akan lebih lagi bila another one is waiting now.

    ReplyDelete
  12. sila bertaubat juga, sebab nampaknya agak rajin membohong kat abang polis, heh heh

    ReplyDelete
  13. salam kenal..rakan baru no 91! ada masa jemput la singgah sinar raudah..

    ReplyDelete
  14. kena taubat ni DZ.
    mck pun pernah kena tahan, tapi tak tipulah....dan selalunya lepas....
    kadang tu polis pon tau yg kita kelentong....alahhhhmacam lah juga Dr tau org2 yg kelentong mintak MC hari isnin kannnn.

    ReplyDelete
  15. x baik tipu!! bagus ko dah berubah...

    ReplyDelete
  16. cik pah pun tak pernah kn saman.. yelah bile drive pun terkedek kedek..

    ReplyDelete
  17. kesimpulannya, jadilah seorang doktor..selain boleh mambantu org, boleh lepas dari polis hehehehehe..betul ke Dr???

    ReplyDelete
  18. salam daddy ziyyad..
    huhhh..dahsyat tul kes penipuan ni..
    sib baik dah insaf..:)

    ReplyDelete
  19. Adess byknya nak kena saman tapi byk yg terlepas yer.. kalau tak beribu2 le abis nak bayar saman.. :)

    ReplyDelete
  20. habistu kalau cikgu, nak kelentong apa?aiiyyaaaa

    ReplyDelete
  21. Rugilah saya tak jadi doktor. Banyak alasan yg doc gunakan tak relevan utk saya huhuhu

    ReplyDelete
  22. kena tak guna handsfree???
    bahaya hoccay!

    ReplyDelete
  23. Saya linkkan n3 ke n3 saya hari ini. Boleh kan?

    Maaf tak minta izin terlebih dulu.

    ReplyDelete
  24. tuan doktor kena buat surat maaf kat PDRM secara terbuka sb dah kelentong ramai polis....hehehe..
    suami akak penah gempaq sorg chinese guy tgh guna phone masa driving...dia bawa motor rapat2 dgn kereta tu..terus ja cina tu campak tepon dia kat sit sebelah...suami akak bukan polis pun..

    ReplyDelete
  25. aduhai.. tergelak2 baca kisah ni.. bila dah kena tahan tu bijak betul cari alasan yer..

    ReplyDelete
  26. Akhir doktor kembali kepangkal jalan.Amin .keluarga saya banyak polis, kurang takut.

    ReplyDelete
  27. Doktor , jangan cakap ngan sesiapa tau, saya tak suka polis ngan kastam.hua hua

    ReplyDelete
  28. folo & BW..

    mehla jenguk belog ai..

    nice to know u!(^_^)

    ReplyDelete
  29. Bujal - syukur mak kamu susah sihat

    ReplyDelete
  30. kakngah - Hari Senin ialah hari biasa saya digoreng oleh patient..hahahha..

    Entah la yer..saya tak berapa minat guna handfree tuh

    ReplyDelete
  31. DLL - buat muka sedih, admit our fault, minta maaf, dan cuba mintak lepas. Insya Allah lepas :P

    ReplyDelete
  32. CCC - jangan reportttttttttttt..saya takut masuk jel..~huhu :P

    ReplyDelete
  33. Kaseh - jgn termengorat polis yg dah kawin !

    ReplyDelete
  34. mamasyaza - kadangkala tu, bukan sengaja tak guna handsfree..tapi nak cepat jawab fon kann :P

    ReplyDelete
  35. GB - tak pernah plak dia mintak ID doktor..maybe sebab kat cermin keta saya ada pelekat hopsital kot :)

    ReplyDelete
  36. GC - hahaha...tu namanya tak insap ...tengah on the way nak bayar saman pun, langgar traffic light!

    ReplyDelete
  37. alien - tapi..ko mesti pernah dgr perumpamaan"sepandai pandai tupai melompat" kan...aku tak mau lah jatuh ke tanah...insaffff..insaffff :)

    ReplyDelete
  38. shaza - nak menipu, kena pro ! ~haha
    kalau polis2 tu baca blog saya, saya mintak maaf byk sebab kelentong anda semua!!

    ReplyDelete
  39. RatuKebaya - wahhhh..kena follow dek husband sendiri..hihihi

    ReplyDelete
  40. KakZakie - betul tu kak..bila dah ada anak ni, nafsu nak bawak laju tu dah berkurang(bukan takde!) :P

    ReplyDelete
  41. huhuhu

    lepas aje daddy ziyad neh..

    lenkali tak bleh buat lagi tau!

    ReplyDelete
  42. doktor je bole pakai alasan macam tu.
    engineer nak bagi alasan apa? nak pegi site tuang concrete?langsung tak bole pakai.

    ReplyDelete
  43. KOG - ya..ya..saya bertahubuat ~huhu

    ReplyDelete
  44. makcikkantin - betul tu..saya rasa dalam 7- 8 kali saya kelentong tu, maybe 4-5 polis tu tau saya tipu! ~hahaha

    ReplyDelete
  45. wahida - ko pernah menipu polis tak?

    ReplyDelete
  46. cik pah - driving terlalu slow pun bahaya tauuu

    ReplyDelete
  47. ish..ish... untungnya jadi doktor yek? hehehe

    tapi sib baik kat bawah sekali tu.. kat nota kaki tu.. ada moral of the story..

    so..bawak2ler beringat ye semua pemandu2 di negara ini..

    ingatlah yg tersayang!

    ReplyDelete
  48. Rinna - a'ahhh..agak2nya kalau dikumpulkan jumlah saman terlepas tu, mau beribu

    ReplyDelete
  49. Zie "maaf cik, mata saya kabur masuk habuk kapur..saya ingat lampu hijo..rupa rupanya merah"...ngeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  50. YB - dipersilakan link kan entri saya :)
    YB manyak duit, takyah bagi alasan, sign aje...ngeee

    ReplyDelete
  51. miloais - baiklah hakak milo..lepas ni saya gunakan handsfree :P

    ReplyDelete
  52. ieda - saya harap tiadalah polis yg baca entri saya ni..hik hik hik...:)

    ReplyDelete
  53. Hanis Azla - anugerah tuhan kott...bila dah kena tahan, 1001 alasan muncul..~haha

    ReplyDelete
  54. CikIna -baiklah makcik. Saya rahsiakan....~kua kua kua

    ReplyDelete
  55. MasZuber - saya harap pun begitu...:P

    ReplyDelete
  56. SyidaGorjes - "kunci steamroll tertinggal, saya kena cepat hantar ni" - bolehh alasan mcm ni? :P

    ReplyDelete
  57. PB - antara hikmah menjadi ayah..saya makin kurang merempit dijalanraya...~ha ha

    ReplyDelete
  58. hahahah.....baik punye kelentong

    ReplyDelete
  59. jedi - bukan kelentong lah....baik punya cilok!...:P

    ReplyDelete
  60. hampeh.. menyalahgunakan kuasa
    nasib baik ko dah insap
    kalau tak, aku report kat SPRM!
    (hahahahh.. ada kena mengena???)

    ReplyDelete
  61. apa no plet kete ni?... hahaha nanti jgn ajar ziyyad kelentong banyak2 tau, bahaya tu..

    ReplyDelete
  62. aduyai....sib baik dh insaf kalo idoooook....aduyai hihi (nak ketawa pon ada)...

    ReplyDelete
  63. Hani - aku tau lah ayah mertua kau ex sprm...~haha

    ReplyDelete
  64. ibuintan - bahayaaaaa publish no plet keta kat blog..nanti ada polis siasat lepas baca entri ni..hihhihi

    ReplyDelete
  65. pernah kena tahan sekali.
    alasan tetap ada tapi alasan betul.
    agaknya perempuan~ polis kesian sebab dah malam.

    hehe.

    ReplyDelete
  66. ada abang polis tak yang baca blog ni???!!!!
    .
    .
    bang polis oiiiii !!!!!!!!
    tolongggg lah baca !!

    ReplyDelete
  67. wah2.. senang btul terlepas. hehe. best gile kalo jd doc. haha. Btw, dpt link dr Uncle YB. best2.. hehe..

    ReplyDelete
  68. dr blog roy.. nice entry la!!! btol roy ckp!

    ReplyDelete
  69. hahahahahaha!!!!!!!!!!
    perghh...alasan gile tak boley blah!
    XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...