Thursday, January 6, 2011

Saya Sebuah Jentera



Bulan Feb ni, genap lah usia jentera saya 7 tahun bersama saya.
Susah senang, dikongsi bersama.
Sama sama tidor dengan saya di hospital, sama sama mendaki rumah mayat..setia betul jentera saya.

Sama sama panjat Genting, daki Cameron, meredah jalan berliku di Balik Pulau & Bukit Putus.
Semuanya dia tetap setia.

Andai punya jambatan, pasti dia akan temani saya ke Sabah Sarawak.

Tiada masalah besar sepanjang dia bersama saya.
Rasa sungguh berbaloi memiliki dia.
Sedar tak sedar, sudah lebih 280 ribu km dia berkhidmat untuk saya..
Gila kan saya membawa dia berjalan jalan?
Sebab saya kaki jalan. Isteri saya pun kaki jalan.
Agak agaknya kalau dia boleh terbang, mau bacaan dia jejak 3 juta km. :)

Saya sayang jentera saya.
Saya akan cuba simpan jentera saya selama mana yang mungkin.
Dia pernah merajuk 2 -3 kali bila saya dengan bodohnya bercakap dalam perutnya, bahawa mungkin saya tak perlukannya lagi.

19 comments:

  1. tukar baru la~~apedehal duit banyak~~haha~~

    ReplyDelete
  2. Yeahhh tukar baru lah. Atau pun beli jer lagi satu yang baru.

    Apedehal duit banyak > copy paste ayat si abang BUJAI

    ReplyDelete
  3. Yeahhh tukar baru lah. Atau pun beli jer lagi satu yang baru.

    Apedehal duit banyak > copy paste ayat si abang BUJAI -----------> kopipes sejibik2 dari ayat kak azie. mueheheh!!!

    ReplyDelete
  4. Apedehal duit banyak > copy paste ayat si abang BUJAI -----------> kopipes sejibik2 dari ayat kak azie. mueheheh!!!yang ni saya kopipasta statement GB plak.

    ReplyDelete
  5. Bujal X, GB & azieazah -- Saya tiada punya banyak duit dan tidak bekerja mengecop duit.Maka saya pakai sahajalah jentera saya itu...:)

    ReplyDelete
  6. tunjuk ckit rupa jentera itu?

    mane tahu kot2 terserempak dekat tesco ke..:D

    ReplyDelete
  7. beli baru..kasi teman dia

    sian dia nak rehat gak..tuan dia
    tak agak2 berjalan tu

    hehe..lawaklah..3 budak nakal di atas tu...^_^

    ReplyDelete
  8. kete saya baru 5 taun tapi dah 200000 lebih km jugak. banyak berjalan! ehehehe

    ReplyDelete
  9. kalau dalam kondisi yg baik, buat apa membazir tukar. tapi anak makcik pesan, kalau kereta dia , akan tukar setiap 4 tahun pakai.dia cakap harga kereta makin lama makin jatuh.baik tukar selang 4 tahun.

    ReplyDelete
  10. daddyziyyad..akak dah sembilan tahun..baru terjadi kes dilanggar tu..sedih je kan..dah sembilan tahun berkhidmat..kena la akak hantar kedai bagi elok balik..cuma tengah fikir..kalau hantar kedai..camana nak pi kerja..tak kan nak naik motor musim hujan ni..

    ReplyDelete
  11. Wah..sama usia dgn ferari merah aku ni... mesti dah habis hutang loan ni... he..he..he..

    ReplyDelete
  12. err.. kete aku, average tiap2 hari jalan dlm 10km jer... miahahaha

    ReplyDelete
  13. Zie - ada masa nanti Insya Allah saya tunjuk rupa jentera itu..:)

    ReplyDelete
  14. Ati - itulah pasal...kesian kan dia, teruk bekerja..ingat nak kasik dia rehat tahun 2011 ni

    ReplyDelete
  15. Myaby - berbaloi kan rasanya bila pakai kereta macam tu...tak rugi bayar, puas melenjan...hahaha

    ReplyDelete
  16. cik ina - betul, kereta bukan asset, ianya liabiliti.

    ReplyDelete
  17. kak erna - akak patut beli aja sebijik alpard, senang nak angkut semua orang.:)

    ReplyDelete
  18. gismo - tu lah, sebab dah abes loan lah tu aku terfikir nak beli ferrari hijau..miahahaha

    ReplyDelete
  19. Hani - kesian kat kereta kau, tak cukup exercise tuh 10km...nanti dia kena angina..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...