Monday, January 10, 2011

Nilai Budaya Yang Semakin Pupus


Semalam masa kat rumah in law, saya terperasan menu lama ini, yang ditampal di dinding kitchen.
Menu makanan semasa majlis akad nikah saya, kira kira 4.5 tahun yang lepas.
Tak ditanggalkan lagi menu ini, walaupun dah jelas ada banyak tompokan air atasnya :)
Menu masa majlis bersanding saya tak jumpa pulak...:)


Suatu yang menarik di kampung in law saya ialah semangat gotong royong/rewang nya masih kuat.
Sedangkan di kawasan parents saya di JB, amat amat susah nak lihat masyarakat setempat merewang, majoritinya semua dah ber-katering.
Majlis saya di JB dulu pun, di buat di hotel sahaja.


Segala adik beradik dan ipar duai in law saya, semuanya amat ringan tulang membantu, siap pakai uniform khas lagi sebagai tanda kesepakatan. Thumbs up, terima kasih semua.

In return, saya akan pastikan tulang saya betul betul ringan apabila adik ipar saya berkahwin nanti, unless dia nak buat di dewan/hotel, makanya kami lenggang kangkung lah semasa majlis itu..Hehehe..

24 comments:

  1. ko dulu kawen kat hotel? perrrgghhh, giler gempak!!

    ReplyDelete
  2. pakcik kaya.gile ah~~

    2nd??

    saya rasa terhina~

    haha~~

    ReplyDelete
  3. pastikan minum anlene banyak2 supaya tulang menjadi serba boleh sewaktu kenduri nanti.

    kamu buat kat hotel. kaya tau! huhuhu~

    ReplyDelete
  4. saya suka majlis rewang kat johor..especially Muar!!!

    saya sukaaaa serom 3..sekian..jgn rasa undermined ye..

    ade crush ckit ngan org2 Johor nieh..err...Eh?

    ReplyDelete
  5. wahida - biasa aja kawin di hotel tu. takde apa yg gempak pun

    ReplyDelete
  6. Bujal X - ya, anda gagal meneruskan prestasi '1st' anda. Anda gagal ! ..:)

    Kalau aku buat kat Hotel di Kepulauan Maldives, ye, aku kaya..miahahaha

    ReplyDelete
  7. GB - kamu boleh saja buat di hotel, dan jangan lupa jemput saya & Bujal..:)

    ReplyDelete
  8. Zie - orang Johor memang best..hensem..baik....silakan bernikah dgn lelaki Johor...miahaha

    ReplyDelete
  9. Itulah bila makcik cakap ngan kawan pasal tu, dorang ketawakan makcik, dia kata makcik old fashion. Tak kan semangat gotong royong hilang terus ditelan arus kemodenan. Meriah dia lain sangat.

    ReplyDelete
  10. Kat mana kampung in law doktor?

    Kat kg mertua saya di Tg Karang mmg masih diamalkan bergotong royong. Semasa adik2 ipar saya kahwin dulu, saya ambil cuti dekat seminggu hehehe

    ReplyDelete
  11. cik ina - kenduri kahwin secara rewang ni, best sebab meriah..hiruk pikuk kaum kerabat dan jiran2 menolong memasak, mengemas, menghidang..cumanya yang tak best ialah PENAT. Hehehhe

    ReplyDelete
  12. YB - kampung in law saya di Nilai, N9.
    Saya merasa lah kawin tanpa rewang(di JB) dan rewang(di Nilai)..hehehe

    ReplyDelete
  13. hebat la bro..owg kaya tue..buat kat hotel tue huhuhhuh

    ReplyDelete
  14. wah

    kawin hotel

    best aaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  15. saya prefer kat hotel/dewan juga..rumah tak berkecah.. tak payah susah susah berkemas

    ReplyDelete
  16. Plg seronok bila basuh periuk yg hitam..he..he..he..

    ReplyDelete
  17. sahromnasrudin - mana ada kaya bro..majlis biasa aje

    ReplyDelete
  18. Myaby - cepat tunaikan impian dream wedding you :)

    ReplyDelete
  19. Cik Pah - yep, tak penat badan nak berkemas, boleh dressing cantik2 bagi kaum family(sebab semua kerja org lain buat).

    ReplyDelete
  20. Gismo - sental periuk tu selalunya diserahkan kpd pengantin..hahaha

    ReplyDelete
  21. salam ziarah..

    orang kampung masih kuat lagi gotong-royong ni.. kalau kat bandar susah nak jumpa sekarang.. saya kawen kat jb dulu pun guna katering jer..

    ReplyDelete
  22. shaza - thanks sudi ziarah...
    yer, adik saya tunang 25 Dec lepas pun, katering..padahal majlis kecil aja

    ReplyDelete
  23. apesal nama ko hilang 'IE' kat belakang??

    ReplyDelete
  24. Hani -- sibuk lah ko ....IE tu dah jadik Internet Explorer..miahahahaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...