Friday, January 28, 2011

Malaysia Airlines

Aku pergi ke KLIA malam tadi.
Ada lah buat sesi menembak dengan pistol cap ayam aku.
Bila aku belek-belek gambar yang aku tembak, aku terasa ada ironi nya dengan entri  Cik Ina Minat Do Do Cheng ini.

Kita gah berbicara tentang sikap rakyat Malaysia yang kononnya peramah dengan pelancong, mudah membantu, suka menderma.
Tapi realitinya? Kalau dengan jiran sekeliling pun kita bermasalah? Kalau hal hal kecil pun kita sentiasa nak bertelagah? Hospitality apa nya tu? Hospital sakit jiwa kah? Aku ingat lagi kes 2 orang ustazah terkenal, yan duduk berjiran, ada konflik, sampai mahu saman menyaman. Apa ini? Kenapa hanya dengan pelancong luar kita boleh berbuat baik, tetapi dengan sesama jiran, rakyat Malaysia, kita berubah? Hipokrit kah kita?

Lebih sedih bila jiran itu ialah saudara seagama, sebangsa dengan kita. Aku faham luahan makcik Ina tu. 
Sedangkan Rasul SAW sendiri pernah bersabda;

“Jibril masih berpesan kepadaku tentang jiran hingga aku menyangka mereka akan mewarisinya”.

Begitu pentingnya kita menjaga hati jiran, menolong jiran.
Kita mengaku kita beriman, tapi apa bukti iman itu? Ialah dengan amalan. Dan antara amalan nya, selaian patuh dengan suruhan tuhan, ialah menjunjung sunnah nabi.


Layanlah tetamu, layanlah jiran...
Di alam maya ini, aku harap, kawan kawan yang bertandang, akan pulang sebagai tetamu khas.

~Selamat Hari Jumaat, Penghulu Segala Hari. Kawan kawan yang lelaki, cepat cepat kita ke masjid. Yang perempuan, jangan leka sangat bershopping(kalau ada), sampai melewat lewatkan Zohor ~

53 comments:

  1. jarang dapat bercakap dengan jiran sebelah-menyebelah sebab diaorang kuar pagi balik malam.. tapi ade jugak jiran saye yang baik.. jiran depan umah.. kalau saya kuar antar anak sekolah, tiba2 ari hujan.. die tolong angkatkan kain kat ampaian.. baik kan??

    ReplyDelete
  2. saya ramah,saya okay.

    saya 1st,saya lagi okay.

    ReplyDelete
  3. ermm saya rasa sebagai tetamu yg dihargai sgt bila masuk blog ni.. siyesss...

    ReplyDelete
  4. saya mmg ramah ..tapi jiran ada sket sombong. yelah ..kita orang kebanyakan.. dia orang ada ada..hehehe

    ReplyDelete
  5. satu lagi,kepada para muslimin, selipar itu pakai buruk2 aje..jgn dok pakai kasut mahal segala..hehe

    eleh, jiran saya yg india tu pun curik selipar saya..xdenya nk tolong pulangkan balik..itu jiran makan jiran..

    ReplyDelete
  6. kes ustazah itu sangat memalukan... dari awal saya tak berapa minat, lepas kes, kensel nama kedua² :|

    ReplyDelete
  7. so far.... iols ngan jiran2 ok jer... walopon berlaian agama dan bangsa...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. kita kamceng dengan jiran tetangga

    kalau kemana2 mesti beli ole2 utk meraka gak

    eemm..nk jadi jiran kita tak ^_~

    ReplyDelete
  10. ku akan layan dengan berhemah ......

    ReplyDelete
  11. ehehehe...abah sy selalu pesan...hablu minnaallah..hablu minanas..:)

    ReplyDelete
  12. kakak rehat duduk ofis je. makan pun dlm ofis. tak keluar pun. masuk waktu solat pun kat ofis juga. malas nak keluar. hehehe....

    ReplyDelete
  13. rumah kos murah ngan sederhana kat taman makcik banyak yg bermusuhan, waima surau pun ada berpuak-puak.

    ReplyDelete
  14. betul tu...penduduk kat tmn umah parent aku harap je dah tua2..kalau cerita agama semua teror..semua sembahyang sampai hitam2 dahi..tp berpuak2 dan bergaduh nak rebut jawatan kat surau..apa kes????

    ReplyDelete
  15. selamat hari jumaat..

    sebab dengan bangsa sendiri sepanjang hidup boleh tunjuk kerek.. bak kata abah aku saja nak tunjuk KAHA(baca : kuat) diala tu

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum Dr..

    kita terlalu menghormati org luar sehingga selalu mengalah...

    ReplyDelete
  17. aku x pernah musuh ngan jiran...aku sayang depa lg ada..siap bg lauk pauk bagai...sampai tahap jiran aku x nak pulang pinggan2 aku dah lebih 2 tahun...huh!!! salah siapa kah itu?

    ReplyDelete
  18. jiran sebelah tak suka kucing saya.

    asyik cr pasal je. heheheheheh

    ReplyDelete
  19. ko bawak ziyyad main2 kat kapalterbang kecik tu eh Bro?

    ReplyDelete
  20. selamat petang tok dukun..

    jemput dtg blog kita ..

    sila..

    sila..

    ReplyDelete
  21. shaza - jenis jiran yang baik, yg sudi angkatkan baju kalau hujan, memang susah nak jumpa..alhamdulllah, saya ada jiran mcm ni

    ReplyDelete
  22. jom jadi jiran mekchu jugak.. nnti kalau ada masak lebih, boleh pass kat rumah jiran sebelah... hehehehe... eh, boleh tolong siram bunga jugak...

    ReplyDelete
  23. kakcik - janganlah terasa...kita saling ingat mengingati..:)

    ReplyDelete
  24. Zie - slipar saya tak hilang hari ni...hihihi....pergi silambam jiran zie yg curik slipar tu

    ReplyDelete
  25. Ati - saya kena pindah ke Sepang lah macam ni :)

    ReplyDelete
  26. CCC - ya, kdg kala kita terlupa part habluminannas tu

    ReplyDelete
  27. kakzakie - jimat masa, jimat tenaga, jimat belanja..ye tak..heheh

    ReplyDelete
  28. Cik Ina - itulah pasal makcik..bukan nak mengata, tapi benda mcm ni lagi parah di kawasan perumahan kos murah..

    ReplyDelete
  29. gismo82 - tu tak campur lagi berpuak puak dlm suray sebab politik..aiyoooo

    ReplyDelete
  30. sahrom - wa'alaikumsalam..itulah, saya rasa, kdg kala kita ni terlalu melayan orang luar

    ReplyDelete
  31. wahida - kui kui kui...lain kali ko kasik lauk pauk guna polisterin aja..

    ReplyDelete
  32. Myaby - kucing you pi ngurat kucing dia kot..ngeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  33. Hani - family ko conquer taman perumahan kah? hahah

    ReplyDelete
  34. DrSinga - saya tunjukkan Ziyyad kapalterbang besar tu, suruh dia jadi pilot, jgn jadik doktor!! :)

    ReplyDelete
  35. mekchu - kasi alamat, saya pindah sebelah rumah mekchu..~hihi

    ReplyDelete
  36. huhu, kiri kanan rumah blom ada org. bila nak ada jiran nih.

    ReplyDelete
  37. saya baik sebenarnya. tapi kalau kebaikan itu membawa kepada persangkaan buruk, maka saya tarik diri daripada berlaku baik. mereka la yg rugi. (sila muntah sekarang!)

    ngeee~

    ReplyDelete
  38. KAHA tu maksudnya KUAT.. macam dah hebat sangatlah boleh mengalahkan hukum tuhan..

    ReplyDelete
  39. GC - u duduk kat kawasan perumahan baru ke? ambil masa nak established tu

    ReplyDelete
  40. GB - sedang membayangkan kamu jiran di sebelah kiri, Bujal jiran sebelah kanan, KOG jiran depan...~ngeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  41. oh..saya pun peramah..d
    dan saya byk kawan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...