Wednesday, January 12, 2011

Kerajaan Malaysia Takut Hantu Ke ?

Kira kira 8 hari nan lalu, saya ada menulis tentang hantu,  baca ni.
Nampaknya situasi masih sama, in fact rasanya, makin buruk.

Sahabat blogger saya, En. YB pun terkena penangan hantu, cerita hantu YB hari ini.
Hari Ahad lepas saya ke Tesco lagi untuk kesekian kalinya, mencari minyak, rak kosong.
Dan semalam petang, saya meredah ke mini-mini market yang ada, dan hasilnya, semua takde minyak.

Kerana nak diet, saya tak kisah takde minyak ni.
Olive oil melambak lagi di rumah. Ini option terakhir yang boleh diguna untuk menumis/menggoreng (pernah dicuba).
Tapi sebab mommy Ziyyad nak makan nasik, so saya gagahkan juga carik minyak sawit.
Hasilnya :


Pertama kali dalam hidup beli minyak peket macam tu. Tu aje yang tinggal kat kedai India tuh. Tu pun boleh ambik se peket saja. RM2.60.

Lepas tu try redah sebijik lagi mini market yang agak besar, as expected, rak kosong, dan surprisingly, ada 4 botol minyak masak 2kg, tapi jenama cap ayam lah.

Kalau kacang Ngan Yin cap tangan tu, pernah la dengar. Ni minyak Cap Tangan.
Beli aje lah.Minyak kat rumah pun dah licin.


Saya merayu kepada Kerajaan Malaysia, kalau tidak mampu menguatkuasakan undang-undang membendung kejahatan hantu hantu ni,dan saya dah muak jelik perkara sama berulang tiap kali tiba musim perayaan & bila harga petrol naik, maka ini cadangan saya:


-bina satu gudang besar, dan di dalamnya di simpan stok berjuta juta bahan keperluan asas seperti minyak, gula, tepung dan sebagainya.


-bila mana timbul isu hantu sorokkan barang, maka Rakyat boleh pergi beli barang2 ini di gudang milik Kerajaan. 


-saya pasti, kalau gudang raksaksa ini wujud, maka hantu hantu celaka ini pasti tidak akan menyorokkan lagi barangan keperluan harian Rakyat.


* cuma saya harap, tiadalah pula hantu di dalam gudang raksaksa itu.Alahai...

50 comments:

  1. Kat rumah kita ada otomen.
    nanti dia bole fire hantu.
    tapi takut tersalah fire kat gudang raksasa.
    sbb ada perkataan raksasa.

    nasib baik mereka tak sorok corn,canola or sunflower.=)

    kami cuba mengamalkan cara hidup sihat seperti saranan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. saya sokon cadangan ni. kalau ada juga hantu2 cenggini meh sini ramai2 kite bacakan ayat suci alQuran..semoga hangus terbakar depa sume! huh!

    ReplyDelete
  3. mari kita berangan gudang raksaksa tu wujud dan kita semua mengerumuninya...

    sedap sikit rasa ati..heheh

    ReplyDelete
  4. hairan bin ajaibkan
    mana pi minyak2 ni
    sedangkan malaysia pengeluar minyak

    nampak sangat depa ni sorok
    so gomen tolong batalkan
    lesen hantu yg sorok minyak
    dan tolong denda sekali

    ReplyDelete
  5. cik pah baru nak bertukar kerjaya jadi pemetik buah kelapa sawit.. sebab kt kg kawan punyalah banyak sawit. proses sendiri lagi senang.

    ReplyDelete
  6. buat masa ni MDT takde masalah minyak sbb jarang masak kat umah..kita main rebus2 jer..
    kat kg plak, stok minyak masih berlambak2 sebab baru lepas kenduri.. hehe!

    ReplyDelete
  7. hantu2 suh diet..sebab tu minyak takdek..

    ReplyDelete
  8. jadilah seorang pengundi berdaftar... ada kena mengena tak? heh ;)

    ReplyDelete
  9. Nanti dalam gudang tu penuh hantu toyol plak.. Baru aku tahu ada mcm2 jenama minyak ni.. yg aku tahu seri murni je.. he..he..he..

    ReplyDelete
  10. moh kita baca yasin ramai2 pakat halau hantu tue..kalau jumpe, kita pow je depa huhuhuhuh..suruh depa duk singaopre ke thailand..tak reti nak bersyukur duk malaysia nie huhuhuhuh

    ReplyDelete
  11. saya setuju cadangan ni!! setiap kali perayaan mcm ni lah...barangan terkawal dah x terkawal...huhuhu...

    ReplyDelete
  12. Kenapa tak cakap, tempat makcik banyak sri murni.bukan makcik sorok ye. kilang makcik kerja ni, jual sri murni gak. gomen selalu buat bodoh je, tak kan depa tak tahu. cadangan yg baik dari seorang doktor..

    ReplyDelete
  13. hehehhe..saya setuju..ape kata kite ikat hantu tu kat pokok buluh?hehhe

    ReplyDelete
  14. rasanya dalam gudang raksasa tu ada hantu ceplos jugak

    ReplyDelete
  15. amende la pakai minyak~~rebus2 kan bagus!!

    ReplyDelete
  16. Semalam kakcik pergi Tesco Ampang, memang penuh rak minyak masak tu - tapi dengan minyak jenama Tesco. Jenama lain hampir tiada!

    ReplyDelete
  17. NAMPAT GAYA .... REBUS... KUKUS .. REBUS ...KUKUS ...STEAM ,,,,

    ReplyDelete
  18. muger2 negara akan tetap aman damai sentosa senantiasa.. aminn

    ReplyDelete
  19. nasik tambah: psl soklan doc kt blog me: me pergi tak shoot kat penghujung benua Asia tu(kat Kukup)?

    yep, me ada citer dlm blog lamer:
    http://memanglumayan6.wordpress.com/2009/05/26/monkey-on/

    masjid abu bakar:
    http://memanglumayan6.wordpress.com/2009/12/28/tak-suker-masjid/

    sorila doc, kita baru kenal kanns..

    ReplyDelete
  20. " Banjir besar yg melanda Australia dan musim sejuk melampau di negara2 Eropah menyebabkan stok minyak masak negara berkurangan secara mendadak"

    " Ramai warga Indonesia yang sepatutnya memetik tandan kelapa sawit mogok dan enggan ke kebun kerana pasukan bola sepak mereka kalah teruk dalam Piala AFF tempohari"

    " Ramai rakyat Malaysia membeli secara berlebihan menyebabkan bekalan semakin berkurangan"

    ReplyDelete
  21. Syida G - mereka tak sorok corn oil/sunflower tu semua, sebab mereka tau org tak ramai yang nak beli.

    ReplyDelete
  22. GB - doa kita boleh tak dianggap sebagai doa org teraniaya..ngeeeee

    ReplyDelete
  23. Zie - saya bayangkan gudang tu sebesar stadium shah alam :)

    ReplyDelete
  24. Ati Masrif - penguatkuasaan AMAT lemah. Plus RASUAH.

    ReplyDelete
  25. Cik Pah -nak proses buah sawit tu amat amat rumit..hehheee

    ReplyDelete
  26. MDT - boleh share resepi rebus2 tu tak?

    ReplyDelete
  27. Kaseh - ni pandai buat duit punya hantu

    ReplyDelete
  28. Gismo - lahhhh..ko tak pernah beli minyak ka??..hahaha

    ReplyDelete
  29. sahrom - yang merisaukan kita ialah, byk dakwaan mengatakan ada pihak tertentu membela hantu2 ni

    ReplyDelete
  30. wahida - jom simpan stok barang utk AidilFitri 2011...voleyyy?? :)

    ReplyDelete
  31. Cik Ina - makcik kerja kat PORIM ka?

    ReplyDelete
  32. CCC - hantu ni tak takut buluh..huhu

    ReplyDelete
  33. GC - kena letak ghostbuster dalam gudang tu

    ReplyDelete
  34. Bujal X - sila baca betul2. Minyak itu untuk mommy Ziyyad...muakakakkaa

    ReplyDelete
  35. kakcik - saya pergi ke Tesco Shah Alam & Setia Alam. Brand Tesco pun ilek...huhu

    ReplyDelete
  36. Chik Att - dan kena selalu guna olive oils

    ReplyDelete
  37. en_me - oohhh..dah ada entries tu semua..sorry ya..yup, kita kan baru kenal kannnnsss

    ReplyDelete
  38. DrZul --
    " Ramai warga Indonesia yang sepatutnya memetik tandan kelapa sawit mogok dan enggan ke kebun kerana pasukan bola sepak mereka kalah teruk dalam Piala AFF tempohari"

    I like!!!

    hehehe

    ReplyDelete
  39. sikap bertangguh tangguh kerajaan dalam membuat keputusan yang membuatkan barangan tu disorok hantu hantu..

    kalau nak buat keputusan harga naik.. sain cepat cepat pastu besok naikkan jer harga barangan tu.. abis cerita..

    nak tak nak harga barangan tu tetap akan dinaikkan juga. keputusan yang bertangguh tangguh nie yang buatkan rakyat tersepit..


    p/s: rasa macam tak percaya je gua tulis komen nie.. keh3x

    ReplyDelete
  40. ardzman - wauuuuu...gua pun mcm tak percaya komen lu..hehehheee

    ReplyDelete
  41. Cik Ina lagi - FFM tu ape makcik??????

    ReplyDelete
  42. Cik Ina - Ohhhh..okeyyyy..thanks ya

    ReplyDelete
  43. Saya tak pernah beli minyak dalam bungkusan plastik tu sbb ada org kata itu minyak kitar semula selepas digunakan utk menggoreng makanan ringan. Entah betul entah tidak.

    Tapi kalau sekilo berharga RM2.60 maknanya lebih murah dari minyak dlm botol 5kg. Harga kawalan utk 5kg ialah RM13.35 tak kira jenama apa. Ini bererti sekilo berharga RM2.67.

    ReplyDelete
  44. Cadangan buat gudang raksasa tu ada baik dan ada buruknya. Baiknya ia mungkin dapat mengelak hantu2 dari menyorok barang.

    Kurang baiknya, bila hantu dah takut nak sorok, barang dlm kilang raksasa tu expired begitu saja.

    ReplyDelete
  45. YB - saya pun ada dengar pasal minyak peket tu katanya minyak recycle. Tu pasal tak pernah beli sebelum ni. Tapi sebab dah terdesak, beli lah jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aslkum Daddy Ziyyad
      maaf saya mencelah. Kurang tepat jika persepsi tn ttg myk paket 1kg adalah minyak recycle..
      Apa buktinya? ada tn bawa pergi ke makmal? kenapa tak di report shj peniaga yang jual myk paket 1kg yang ada dalam pasaran ni claim mrk jual myk recycle?
      sekarang sy cabar tuan buat report pasar mini yang jual myk 1kg, mrk ibarat jual myk recycle..sila kan report pada kpdnkk

      terima kasih

      Delete
  46. aslkum admin..
    boleh saya tanya ada masalah ke dengan minyak paket 1kg Warisan di atas?
    admin tak pernah pakai minyak paket 1kg ke sebelum ini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...