Friday, January 7, 2011

Dalil Kenapa Saya Anti Drama Melayu

Baca cerita Bujal  ni, menyebabkan saya terpanggil untuk menulis kenapa saya anti dengan drama dan filem Melayu.

1. Iklan kereta
-drama Melayu seolah olah menunjukkan betapa jakun nya masyarakat dengan kereta BMW, Mercedes, Fairlady dan lain lain. Dari saat pintu dibuka, gambar kereta bergerak dijalanraya, sampailah kereta tu berhenti masuk dalam pagar. Baik tunjukkan sekali adegan si pemandu pasal steering lock, at least boleh kasi iktibar.

2. Aksi makan
-Tentang ini, saya rasa semua kawan kawan & ahli keluarga saya bersetuju. Makan di dapur(kalau drama kampung,minum sirap, gaul nasik sampai kembang), atau di hotel/coffe house (kalau drama keparat korporat)

3. Keganasan rumahtangga
-Lelaki Melayu dipotray sebagai binatang buas, yang suka tampar bini, herdik bini. Yang si bini pula di potray bagai seorang isteri yang kayu, bendul, ikut sahaja dan terima tamparan/terajang si suami, tanpa sebarang protes. Yang ada hanyalah tangisan..uhuk uhuk uhuk.(sambil pose peluk anak kecik)

4. Suka mempersenda golongan OKU
-Perasan tak acap kali sangat drama Melayu, pasti ada scene orang yang suaranya sengau, ataupun orang gagap. Dan mereka yang gagap ni menjadi bahan ejeken. Perlu ke babak begini? Menjana mindakah?

5. Kekayaan tak logik/melampaui batas
-Kerja kilang aje, tapi duduk double story semi-D di Bangsar atau TTDI hokkeyyy...tak main lah duduk flat.
Ataupun kerja kilang, tapi pakai kereta yang doktor spital gomen pun tak mampu beli.Tak pulak ditunjuk dalam tu minah kilang ni buat MLM..:)

6. Cerita korporat/datuk/tan sri
-Entah kenapa, saya amat meluat dengan babak babak cerita korporat, yang tiap pagi digambarkan mesti minum fresh oren, anak perempuannya spoil, bapaknya teruk agama, bisnes jota jota...tak boleh ke gambarkan seorang tokoh korporat yang tawaduk? Bukan semua tokoh korporat diluar sana hampeh. Bukan semua anak jutawan spoiled.

Banyak lagi dalil..tapi cukup setakat ini...ada mood, saya tambah lagi..

Kawan kawan pun ada dalil tak?
Kalau kawan kawan suka drama Melayu..hehehe..maafkan saya..ngeeeeeeeeeee..

33 comments:

  1. saya minat drama venuezela.banyak nampak lurah.saya suka.

    haha~~

    ReplyDelete
  2. hehehe
    sebb tu salah pilih national geographic dikala lapang menonton TV
    ataupun menonton rancangan kartun.. xde la dia folo logik sgt

    ReplyDelete
  3. x baik ko, aku suka citer melayu tau...huhuhu...tapi kalau citer melayu kat panggung yg nan hado mmg x aku amek pot...buang duit jer..

    ReplyDelete
  4. ko perasan tak cite melayu ..kalau orang kaya jer. time makan mesti pakai sudu garfu.. orang kaya mmg tak makan pakai tangan yer ?

    ReplyDelete
  5. hhmmm, saya nak masuk ur club, tak suka tonton drama melayu... hahaha. sama dalil2nya... saya sokong jer ;)

    ReplyDelete
  6. saya tak nafikan dalil² kamu (tambah 1- makan roti mesti hidang atas pinggan, bukan dalam plastik)

    tapi saya tak anti semua drama melayu, ada juga yang ok

    bujal - dosaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  7. dan tak ketinggalan dapat kontrak 2 juta cash. ini dikesan dalam lagenda budak setan. takkan dalam kontrak tu dinyatakan payment 100% walau sebelum keje dimulakan? mongok.

    pepahal pun, saya tetap suka khabir bhatia dan allahyarham yasmin ahmad.

    ReplyDelete
  8. ahahah..kita xde la semua cerita x suka..ada jugak cerita yg saya suka.mcm arahan khabir bhatia tu.

    baru 2 hari lepas sy kutuk2 cite melayu ngan cite indon kat fb ngan member sekelas..ahahaha..antara point yg saya tulis tu

    1) cite melayu n cite indon almost SETIAP babak nak kena solek bagai..waktu tidoooo pon nk solek..eh,mmg macam tu realiti hidup eh??

    2) cite hantu melayu, setiap kali babak waktu malam je, WAJIB ke pintu tingkap bilik terbuka?? asyik2 hantu masuk ikut situ.adakah itu je laluan hantu masuk dan menakutkan isi rumah? wakakaka..

    3) babak tidur dlm bilik (especially cite indon, cite melayu ade jugak kadang2) mesti nak nyalakan lampu, tido mlm nyala lampu, bangun pepagi pon still berlampu..hahaha..fake sangat..orang mesia x tido dalam cerah la..xtau la negara dia manusia tido dalam cahaya semua..alah, setakat tutup lampu atau kasi samar2 cahaya xde undang benda x senonoh laa..x yah la buat aksi2 tersebut..hehehe

    saya lebih suka layan national geographic n dokumentari2 seumpamanya..at least berfakta lah jugak..mega fix ke, saluran history ke..

    ReplyDelete
  9. saya suka entri ini
    antara sebab saya tidak menonton tv
    adalah ini

    bukan setakat drama melayu yg 'cetek'
    malah iklan-iklan sekarang juga makin dangkal

    tuntasnya
    kita ketandusan ilmuan dalam bidang ini
    semuanya sekadar mencari publisiti dan untung
    seni sudah tiada nilai

    namun begitu
    saya menggemari karya yasmin ahmad, khabir batia, afdlin shauki dan mamat khalid
    realiti kehidupan dipaparkan dengan jelas

    maaf
    panjang pulak komen

    hihihi

    ReplyDelete
  10. salam ziarah 2011,
    ada dalil tuh..cayalah..
    pada bujal.. x senonoh kamu nih tau..

    ReplyDelete
  11. salam ceria..
    heheheh..sy belasah aje..tgk cite ape2 pon ok..1Malaysia kannss...heehe

    ReplyDelete
  12. saya takde la anti sgt, tapi semua cite melayu tipikal je.

    ReplyDelete
  13. Salam.

    saya pun tak suka tengok cerita melayu dan indon.
    skema. dan boleh di ramalkan jalan ceritanya. kalau dah namanya drama bersiri.. bersiri-siri-siri. tak berhenti-henti. berbulan-bulan ada yang makan tahun.- yg ini untuk drama indon la..

    (duh .. kutuk tak ingat ni, marah mummy saya kalau baca. huhuhu)

    saya lebih suka tengok citer komedi P ramlee, biarlah berulang. still otak saya mampu layan..

    :)

    ReplyDelete
  14. Bujal - takyah tgk drama venezuela, majalah Mangga/URTV melambak melayu unconscious tunjuk lurah.

    ReplyDelete
  15. alien - nat geo kat TV1 kalau tgk, rasa kelakar tau

    ReplyDelete
  16. Cik Pah - orang kaya kalau makan pakai tangan, tak urban la...:)

    ReplyDelete
  17. Mak Su - jommmmmm join the club..ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  18. KOG - memang ada drama Melayu yang bagus, tetapi nisbahnya terlalu sikit.

    ReplyDelete
  19. GB - the good dies young!
    Yasmin Ahmad, P.Ramlee, Sudirman...

    ReplyDelete
  20. Zie - semoga cikgu Zie boleh mendidik minda anak anak murid nanti yer..:)

    ReplyDelete
  21. boneka dalam cermin - saya harap afdlin shauki umurnya panjang..yasmin dah tiada.

    ReplyDelete
  22. Fatin mraz - terima kasih sudi ziarah..:)

    ReplyDelete
  23. makdara TERdiva - cerita cina most of the time lebih menghiburkan...saya ingat lagi cerita FeMau..

    ReplyDelete
  24. cikceriacorner - awak layan tak cerita Tamil ? hihihi

    ReplyDelete
  25. syidaGorjes - tipikal, semestinya!

    ReplyDelete
  26. Effa Sahat - setuju dgn anda. Cerita P.Ramlee, walaupun dah berpuluh kali tengok, dah hafal skrip nya, masih mampu membuat kita ketawa, terhibur.

    ReplyDelete
  27. pasai tu gak kita ni malas dah nak tgk
    kalau ada pilihan lain ...

    tapi kalau cite shiela rosly ke..

    cite lawak ke..

    kalau nasha aziz belakon ke..

    harus tgk ooo...i like ^_^

    ReplyDelete
  28. Ati - cerita lawak musim Raya selalunya saya boleh layan

    ReplyDelete
  29. Yesss, fakta yang benar , dan tak de yang benar melainkan benar-benar belaka.Makcik suka tengok buletin utama, tapi itu pun dah banyak karut.khe khe

    ReplyDelete
  30. Cik Ina - buletin utama tu, patutnya 1/2 jam aja dah cukup kan...bila nak jadik sejam, tu yg start merapek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...