Monday, January 24, 2011

Berapa Anak Anda ?

Hari Sabtu yang lepas, ketika keluar, saya mendapat SMS ini, dari mommy Ziyyad, yang kini sudah 20 minggu mengandung.

(For the record, Ziyyad lah anak sulung kami, kini berusia 2 tahun 3 bulan, dilahirkan menerusi emergency LSCS kerana bukaan cervix mommy hanya 3-4 cm, walhal sudah in labour ~ 14 jam! Alhamdullilah, tiada langsung fetal distress ketika itu, tetapi kasihankan keadaan mommy, saya & obstetrician nya bersetuju untuk LSCS. Ketika mengandung, mommy Ziyyad memang sihat,boleh melancong-lancong lagi.. tiada komplikasi. Even langsung tiada mabuk mengandung)

mommy : Mabuk i truk btl ari ni, dgn muntah, pening, perut x selesa.huhuhu..rs serik nak pregnant pasni.if pempuan kali ni, i nak ttp kilang la.

Saya membalas balik SMS itu.

daddy : Jgn la tutup kilang.kesian pekerja2 kena berhenti.

Selang 10 minit barangkali, ini balasan mommy Ziyyad.

mommy : Kilang tutup xpe. makmal buka.boleh wat xperiment hr2. xperlu pakai safety officer. xde a tkt tbabas ke apa ke.
Duggar family- 19 Kids and Counting




Saya tidak membalas SMS itu. Senyum, dan terus pulang ke rumah.

Saya tertanya tanya, dan kagum (dan pasti tidak akan dapat mencontohi keluarga Duggar itu) :

-bagaimana mereka yang beranak sorang satu, anak berderet sampai 10.
-bagaimana mereka yang take home income less 5000/month, duduk di bandar besar, dengan anak 5-6 orang, boleh survive ?
-saya kagum dan berterima kasih dengan isteri saya, yang perlu melalui all the ordeals, demi kelangsungan zuriat kami.

Bagaimana dengan anda?
Sudah cukuplah keluarga anda? Mahu tambah lagi?
Sebarang nasihat, cadangan, saya amat amat hargai, wahai kawan kawan alam maya ku....:)

53 comments:

  1. saya cuma ada 1 anak.

    1?

    eh 1st lah!!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..semua rezeki Allah yang beri..kite terima denga redha je...

    ReplyDelete
  3. Kakcik dah tutup kilang - lagipun anak2 dah besar, kalau melahirkan lagi - bila bawa jalan2 mesti orang ingat itu cucu! :)

    ReplyDelete
  4. lupa nak cakap tahniah~~

    tahniah pakcik~~

    ReplyDelete
  5. tahniah daddy ziyyad..

    anak tu harta paling bernilai..xkisahla brp pon..tu anugerah tuhan..

    heheh..sy blum beranak lagi..tp kalo bleh nak anak ramai...tapi..xtau la kannss...heheh...

    ReplyDelete
  6. lahai ckp kat mommy ziyad takperla anak ramai2..sok da besar tak sunyi..kalau 2 org je nati dah tua2..sorang study kat london sorang lagi study kat mesir..bih camner.. mommy ngan daddy je berdua kat umah.. hehehe..kalau kaseh nak sgt anak ramai..tapi bila dgr citer kawan2 yg bersalin tu sakit ..terus pk 2-3 kali..
    congrats to both of u... andaikata kalau dpt gegirl..tak salah kan preggy lagi..hehe

    ReplyDelete
  7. Mula2 CA , ucapkan tahniah ....
    CA dah tutup production , cukuplah 3 tu . Dah tak sanggup diri menggenangkan diri tika sampai saatnya ditolak masuk ke operation teater . Macamm nak pegi matii ja hahahah ....

    ReplyDelete
  8. saya pun preggy jugak, 22wks, anak yg ke2.saya pun rasa mcm nak tutup kilang macam mommy ziyyad.
    sebab utama:saya ni penakut kalau pegi checkup sbb Hb mesti low,kalau pegi sepital lagi 100kali ganda takut.

    ReplyDelete
  9. makcik 4 orang cukuplah.2 lelaki 2 perempuan.duit tak jadi masaalah. banyak atau sikit sama je, yang penting kita pandai dan tahu nak guna duit.kalau duit kita banyak , kalau tak pandai cara yg betul nak gunakan , susah gak.

    ReplyDelete
  10. Bujal - aku set autopublish pukul 7.49am pun, kau masih boleh 1st...hebat!!! hahaha..
    -bila mahu tambah lagi Bujal? Ainul boring kesorangan kamu tahu..

    ReplyDelete
  11. sahromnasrudin - wa'alaikumsalam. Ya, rezeki Allah, yang baik kita terima, yang penuh ranjau tu, kita bersabar.

    ReplyDelete
  12. CCC- anak ialah rezeki, anak ialah ujian buat ibu bapanya..

    ReplyDelete
  13. Kaseh - kami plan maksimum pun 3 orang. Rasanya kalau dpt gegerl pun, mommy akan still nak pregnant lagi lepas ni :)

    ReplyDelete
  14. Chik Att - utk kali ni pun, kami dah fikirkan, maybe mahu proceed with elective caesarean.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..trime kasih kerana sdra berminat untuk mengetahui kesan resdung tersebut setelah saya menjalani rawatan bekam itu..akan saya tulis mengenainya di layangan minda seterusnya sama ada petang ini atau esok pagi..trime kasih sekali lagi ya

    ReplyDelete
  16. salam

    selalunya kita dengar mak cakap... anak2 tu ada rezeki mereka masing2... orang yang anak ramai ni pon bukannya calang2 nak menjaga makan pakai...

    kena kuat tabah... tapi tu la, keadaan ekonomi sekarang, bagi kita lah 3 dah memadai... tak sikit tak ramai sangat kan... ~

    ReplyDelete
  17. ehem....for me 2 just a nice number .. cukuplah 2 saje.. if 3 dah handfull takut tak terhandle nnt..

    ReplyDelete
  18. Salam Daddy Ziyyad,

    Sungguh menarik jawapan Mommy Ziyyad. Nasib baik awak tak balas nak buka kilang kat tempat lain! hahaha

    ReplyDelete
  19. tahniah! bakal menimang cahaya mata ke 2!
    wish mommy Ziyyad akan terus sihat walafiat...

    anak iols 2 orang jahhh!
    sepasang gitu...
    nope... walopun teringin nak tambah
    tapi tak bleh... my health tak berapa nak ok..

    apa2 pun... iols bersyukur... dapat 2 orang anak...!
    rezeki tu!

    ReplyDelete
  20. Anak saya dan emak Adam 6 org tak termasuk abg kpd Adam yg gugur ketika berusia 3 bulan.

    Dulu selepas ada 5 org anak, kami rasa dah cukup. Tapi bila Allah beri lagi arwah abg kpd Adam dan 2 tahun kemudian Adam pula kami terima dgn penuh kesyukuran. Masa mengandungkan Adam, emak Adam dah 40+ tapi alhamdulillah selamat.

    Kalau Mommy Ziyyad setuju, cubalah tambah lagi. 2 org anak bila dah besar, ibubapa akan rasa sunyi dan masa itu berharap kalau ada anak2 lain.

    ReplyDelete
  21. errrrr...err....xleh komen lah, xretiiii

    ReplyDelete
  22. saya memahami keadaan mommy ziyyad sebab saya dah mengalaminya.. kedua-dua proses kehamilan, saya mengalami mabuk yang teruk.. 3 bulan yang pertama hanya terbaring dia atas katil di dalam bilik yang gelap.. bila makan, minum keluar balik segala isi sampai kena tahan wad masuk drip.. 6 bulan sudah terasa contraction sampai doktor tahan wad jugak.. pengakhirannya, terpaksa LSCS sebab bukaan serviks hanya 1.5 cm sedangkan heartbeat baby susah semakin slow..

    masa tu pun saya macam dah serik nak mengandung.. rasa nak tutup kilang bila terfikirkan kepayahan yang di alami.. tapi lama-kelamaan rasa perit tu mula hilang bila tengok keletah anak2.. cuma kuota hanya tinggal lagi 2 sahaja.

    p/s- good luck to mummy ziyyad.. 4 months to go..

    ReplyDelete
  23. sahromnasrudin - ya, thanks.Saya baca nanti cerita anda, Insya Allah

    ReplyDelete
  24. manje - kami pun plan 3 aje...hehe

    ReplyDelete
  25. Cik Pah- tu pasal saya wonder, org anak sampai 7-8 orang tu, mcm mana dia handle...:)

    ReplyDelete
  26. sekarang baru dua.. ingat nak tambah lagi.. tapi mungkin next year..

    ReplyDelete
  27. Dalam ramai-ramai pengomen hanya YB sahaja yang anak ramai. (Bagi di KL, anak 6 memang ramai).

    Yeah... Kak Azie pun sama. Anak Kak Azie 6 orang, 4 perempuan 2 lelaki.

    Syukur... sangat bersyukur. I like kids. Suka layan budak, suka berkawan dgn anak-anak. Macam geng.

    Pasal income? DIA Maha Tahu, Rezeki DIA yang beri...

    ReplyDelete
  28. YB - hahahha...kalau saya cakap nak bukak kilang lain...confirm perang dunia ke 3!

    ReplyDelete
  29. Zie - kahwin cepat, nanti reti komen..ngeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  30. daddy ziyad : ye..
    yg sulung perempuan
    yg bongsu lelaki

    ReplyDelete
  31. aku tinggal 1 jer kuota
    2014 punye projek pulak lah!
    hahaha

    ReplyDelete
  32. saya dah 3 orang.... tunggu diaorag sihat dulu.... heheheh... baru fikir mau tambah atau tidak..... pejam celik pejam celik... dah masuk 50 , baru nak planning? hehehe dah terlambat...

    ReplyDelete
  33. Shaza - mesti pengalaman tu akan di ingat sampai bila2 kan...

    ReplyDelete
  34. Azieazah - wauuuu..6 orang anak yaaa....sudilah berkongsi rahsia utk org mcm saya yg baru nak bina keluarga ni...hihi

    ReplyDelete
  35. alamak

    nak komen
    tapi tatau nak komen apa

    hahaha

    selamatla daddy jadi daddy yg baik!

    ReplyDelete
  36. congrats ye..!
    bestnya nak dapat baby lagi..

    kita ni..anak 4 org..
    lelaki..pompuan..lelaki...pompuan

    duduk bandar besar...gaji ciput..

    terima seadanya..dugaan di mana2..
    hanya Allahlah tempat mengadu..!

    ReplyDelete
  37. saya nak beranak pada 11/11/11. tapi untuk itu kene la saya lalui proses itu terlebih dahulu.

    hmm..rumit ni...

    huuu~

    ReplyDelete
  38. Saya anak baru sorang. 2 tahun. Ni tgh tunggu lagi sorang, dlm kandungan. Dua2 isteri yang minta, sebenarnya. Sy tak kisah sgt anak berapa, asalkan terdidik dgn agama dan akhlak. Heee...

    ReplyDelete
  39. Saya sama dgn Mommy Ziyyad.. masa first pregnancy, takde morning sickness.. cuma sembelit masa 12 weeks till 20 weeks pregnancy.. yg lain ok! boleh jalan2 dan boleh makan2.. tetapi disebabkan distress, terpaksa la c-sect kan..

    erk, cukup ke 2 aje? saya setuju kalau dikatakan kita perlu memikirkan dari segi ekonomi apabila buat decision utk menambahkan zuriat.. semua parents nak yg the best for their kids, lahir je anak, insurans/savings anak mesti disediakan, ye tak?

    ReplyDelete
  40. BDC - kena join the club, baru tau nak komen nanti..hihi

    ReplyDelete
  41. PB - cantik tu, 2 lelaki, 2 pompuan..

    ReplyDelete
  42. GB - target utk 11/11/11 tu masih realistik...berusaha lahhhhhhhh..ngeeeee

    ReplyDelete
  43. DrSatrian - it must be really challenging for both of u, since u guys are quite busy at the hospital...

    ReplyDelete
  44. DeLancrettLurpak - sincerely, I think 2 is not enough, hehehe..3 is ideal.:)

    ReplyDelete
  45. Anak ramai dah tua seronok nanti...

    ReplyDelete
  46. salam tok dukun,

    terima kasih yer

    dah tutup kilang!

    ReplyDelete
  47. zaman sekarang ni paling ramai pon 5 je kot. paling skit sorg. hhehehehe

    kalo sy. sy nak 3 la kot. da tua anak boleh gilir2 jaga sy. ahahahhaha

    ReplyDelete
  48. gismo - kadangkala, bila dah tua, hati lagi sedih walaupun anak ramai.......bila anak2 tak boleh pakai...hihi

    ReplyDelete
  49. ati - oooooo..dah shut down operation :)

    ReplyDelete
  50. Myaby - ya, zaman sekarang ni, 5 tu rasanya dah ramaiii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...