Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010


Takde apa apa sangat yang aku nak tulis dalam entri kali ini.
Cuma mahu 'ada entri terakhir' buat tahun 2010...entri terakhir penghujung dekad pertama millenneum ini. :)

Ada beberapa pencapaian aku tahun 2010 ni, tapi aku list kan yang berkaitan dengan dunia siber aja lah kat sini..:)

1. akhirnya aku berjaya ada akaun Facebook sendiri. Aku malas sebenarnya nak ada FB. Malas nak upload gambo..Member2 dan sedara mara jenuh mintak FB aku, aku cakap "tak ada"..hahaha..Benda benda berkaitan dgn dunia IT nih, aku mengaku, memang aku lembab dan lambat ikut trend. Dulu zaman member2 aku start ada email, aku tak de lagi..hahahha...Tapi ..haaaa..zaman member2 aku masih takde henpon, aku lah orang paling awal ada henpon..riak sehhhhhh..wkakakaka...Nokia besar gedabak baling anjing pun boleh mati..:)

2. dan akhirnya, aku ada blog sendiri. Blog ni lah.... yang korang baca. Aku start bulan November, 2/11/10 to be exact. Selama ni jenuh membaca blog kawan2, blog entah sapa sapa entah...hahahha. Aku ber blog bukan pasal nak mengejar duit iklan seciput tuh..tu pasal aku malas nak letak segala macam Gugel Add lah..Nafnang entah ke hape nama ntah...Aku realise, blog ni boleh jadi diary aku..sort of..Dan sebab tiba2 minat photography aku muncul balik, so aku kenalah ada platform nak sumbat gambar2 kan...


Untuk 2011, aku harap sangat, impian aku(berkaitan cyber/IT) tercapai..:

1. untuk ada sebijik dslr. Target D7000. Masih gigih menabung...huhuhuhu..kalau aku kaya raya macam korang, dah lama aku rembat D7000 kat loyat tuh..

2. semoga blog aku ni terus bernyawa, sentiasa di update, dan tidak bersawang.

3. nak beli jugak sebijik aifon4.

Bye bye 2010..
Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2011 kawan kawan blogger ku sekalian...
Kita jumpa tahun hadapan esok daaa

Thursday, December 30, 2010

Luck ? Tuah ? Kebetulan ?

Apa komen korang?

Mau percaya? 
Luck semata mata?

Baca yang aku bold itu, paling best..
Apa apa pun, yang penting, bolasepak Malaysia sudah bangkit (dah harap terus bangkit).

Sumber: The Star online, 30 Dec 2010

The lucky jersey that never gives us the blues


PETALING JAYA: Malaysia’s blue jersey – touted by many as their “lucky” jersey – have once again brought luck to the national team.
Top scorer: Malaysia’s Mohd Safee Mohd Sali (right) celebrating with S.Kunalan after scoring Malaysia’s only goal against Indonesia during the AFF Suzuki Cup 2010 second-leg match in Jakarta Wednesday night. Mohd Safee was the tournament’s top scorer with five goals. — Reuters






The Tigers in blue managed to stem the advance of the Indonesian team in the AFF Suzuki Cup second leg final at the Gelora Bung Karno Stadium last night, restricting the red shirts to only two goals and hitting the back of the net once for a precious away goal.
The blue jersey had brought luck to the national team as well in all four of their previous games, including the semifinal first leg against Vietnam and Indonesia in the two-leg final.
The yellow jersey has traditionally been the first choice colour of the national team. However, the alternate blue kit has become their favourite choice since they won Malaysia’s first Sea Games gold medal in 20 years in Vientiane, Laos, last year, beating Vietnam 1-0.
AFF statistics show that Malaysia have been unbeaten in their blue kit but have yet to win any game in their yellow jersey, losing 5-1 to Indonesia in the opening group match on Dec 1 and drawing 0-0 with Vietnam.

Julia Perez, Cameraman & Gagal Ke Panggung




Akhirnya, aku tak dapat ikuti jejak Bujal X untuk ke panggung semalam.
Plan semalam

Sebabnya:

1. Ziyyad meragam tak mau keluar rumah. Pukul 4.40pm, mummy nya call aku, kata Ziyyad tak nak keluar. Selalunya dia yang nombor 1 kalau ajak keluar, paling excited. So, bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini di dalam panggung sekiranya membawa a moody 2 years old boy, baik tak payah pergi.

2. Aku bersemangat balik nak tengok bola.

Untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, 1st time, aku teruja...adrenalin mencurah curah tengok bola Malaysia semalam. Keeper Kelantan tu memang bagus, walaupun aku akui sepakan penalti kapten Indon tu agak lemah.  Safee Sali pun bagus. Shahrulidlan pun bagus.

Puas tercari cari ke mana gerangan model lucah Indon yang khabarnya nak pakai coli berlaser iteww..:)


Yang aku perasan, cameraman Indon memang gile cewek..
Sebab apa aku cakap macam tu?



Sebab most of the time, kalau tak fokus kat game atau SBY, mereka akan usha awek2 dalam stadium.
Standard lah kan kalau tengok EPL, La Liga, even World Cup, memang awek penyeri stadium nak nak awek Brazil . Cameraman pasti akan tunjuk gelagat gedik manja mereka ini.
Tapi cameraman Indon nih terlalu banyak kali dok fokus kat awek. Aku kira lebih dari 8 kali. Dan siap mark awek2 yang sama ! Hahaha

Apa apa pun, tahniah Malaysia.
Semoga terus sukses, dan istiqomah. :)

Wednesday, December 29, 2010

Semoga Aku Boleh Follow Bujal X

Malam ni nak tengok wayang, setelah sekian lama tak tengok..
Prebiu aku nak tengok wayang(bukan prebiu filemnya..ahakss) aku dah buat Kat Sini

Harapnya, ada lah tiket utk citer Jack Black ini...

Selain aku, khabarnya Bujal X pun nak tunaikan impian 2010 dia, dengan marathon wayang..3 cerita.
Di sini kisahnya

Doakan semoga aku, Fiza & Ziyyad (plus si kecil di dalam Fiza) dapat tiket..Pukul 5 kang baru nak beli tiket.

Tuesday, December 28, 2010

Nasib Baik Kau Tak Payah Pakai Kasut




Nasib baik..
Kalau tak, jenuh la nak beli. Berapa pasang tu?

Aku suka macro photography.
Hasil makro gambar lipan di atas memang lah teruk, sebab:
-aku pakai kit lens D3000 makde aku aje..
-aku masih newbie, puas aku zoom sampai nak tercium lipan tu, tak bleh snap pulak..hahaha

Hahaha..

Kalau ada rejeki beli D7000, memang plan nak sambar macro lens.
Boleh tangkap gambar kuman, virus, makhluk halus tu semua..:)

Monday, December 27, 2010

Selkom Sucks ?

Aku tak tahulah samada aku aja yang kena spam, atau korang pun terkena jugak.

Last week dalam FB, kawan2 aku pun ada complaint benda yang sama.

Kalau setakat satu dua iklan, ok lah.

Tapi kalau selang 3-4 jam sekali SMS masuk...tengah2 malam SMS masuk...kan ke SPAM namanya tu..

Tu tak kira lagi dengan SMS dari syarikat hartanah yang tiap tiap minggu suruh aku beli properties mereka yang baru...ingat aku cop duit ke hape?

Aku berkira kira nak tukar service provider..tapi aku sayang nombor fon aku...

Korang yang pakai line service provider ni, kena tak masalah yang aku lalui ni?

Makan makan Bagan Lalang



Ni entri pasal makanan.
Tiada niat nak mengatasi kehebatan blog KOG. :)
Cumanya aku takde idea & bahan untuk blog hari ni.
Letih lagi, sebab 25-26hb busy, adik aku tunang. Semalam baru balik dari JB.


Kat bawah ni gambar2 makan aku kat Bagan Lalang Khamis lepas.
Port biasa aku makan seafood, sebab murah & sedap.
Kali ni, aku tak ambik pari, tak ambik kembung, tak ambik ketam/pepahat/lala.
Ada tak port2 lain dalam radius 100km sekitar Klang Valley? Kalau Tanjung Harapan kat Klang tuh, sorry lah ya, memang aku tak minat.

Abaikan kualiti gambar. 
Nak beli D7000, aku masih menabung.
Entah bila cukup duit dalam tabung ayam aku tuh..huhuhu..
Nasi lemak
  
Sotong goreng tepung

Siakap 3 rasa

Saturday, December 25, 2010

Apa Ini ?


Aku kat JB ni.
Adik aku akan bertunang esok pagi, 25 Dec.

So tak banyak masa nak menulis blog.

Cuba teka apa itu?
Hadiah pertama: Pakej melancong ke Bangladesh.

Thursday, December 23, 2010

Harap Anda Tidak SePOYO ini.



Gambar ni memang aku kasik besar besar, nak suruh korang tengok betul-betul.
Apa yang tergantung di cermin pandang belakang di dalam kereta itu.

Memang style MALAYSIANS agaknya suka gantung benda-benda kat situ. Sepanjang aku di negara orang, amat susah nak tengok fenomena ini. Benda-benda yang selalu sarat digantung:

-nametag
-potpori
-dadu besar
-pink panther
-pen

Aku hanya mampu tergelak bila tengok ada orang yang suka gantung dadu sebesar besar alam(kalah saiz dadu Ibrahim Pendek dalam cerita Ali Baba tu).Lantak ko lah..kereta ko..hahaha

Namun, sedarkah anda benda-benda yang anda gantung di situ, boleh menjadi potential hazards dalam kes kes emergency brake? Pernahkah anda terfikir?
Anda beria ia mahukan dual SRS Airbag demi keselamatan anda, tapi potential hazard itu lah yang anda secara sukarela gantung di situ. Ironi bukan..

Itu dari segi keselamatan....

Tapi aku terasa bahawa agak POYO bila gantung satu alat yang dinamakan stetoskop kat situ.
Sebabnya, aku pun ada alat tu.
Dan aku tak nampak rasional nak gantung benda yang dangling, besar kat situ, selain dari niat nak menunjuk-nunjuk, perhaps.
Untuk pengetahuan anda yang bukan doctor/nurse/MA, hatta dalam ambulans pun, mereka tak gantung alat itu di situ.

Aku hanya mampu berharap bahawa kawan2 blogger aku yang ada alat itu, dan membaca entri ini, tidak terjebak sama dalam aktiviti penuh ke-poyo-an ini. Maaf ya.

Wednesday, December 22, 2010

Ziyyad Bakal Ke Panggung Lagi?

Aku dah lama tak tengok wayang.
Filem paling last aku tengok wayang ialah Transformer.
Dulu aku kaki wayang, especially time student. Sebulan paling kurang 2 kali mesti gi TGV/GSC.
Agak-agaknya kalau kumpul duit2 aku tgk wayang tu, dah boleh beli sebijik Viva cash.
Punca aku lama tak tengok wayang ialah bila Ziyyad hadir dalam hidup kami.
Ziyyad at 9 months--aktif breastfeeding lagi.

Jangan salah faham ye Ziyyad, bukan salah Ziyyad.
Sepanjang ada Ziyyad, 2 kali aje kami bawak dia masuk panggung. Masa tu senang, dia meragam aja, mummynya sumbat susu. Susu yang fresh, ready made, terbaik--susu ibu.
Ziyyad dah 2 tahun 2 bulan- dah almost 2 bulan kami start him on formula milk.
Sebab mummy Ziyyad pregnant. Kalau mummy Ziyyad tak pregnant, dia pun nak susukan Ziyyad lagi 5-6 bulan, katanya..heheheh..

Okeh, bebalik pasal wayang, kali ini, walau apa jua rintangan, akan kugagahi ke panggung juga.
Sebab pelakonnya, idola aku. Movie baru : Gulliver's Travel

Selain Johnny Depp & John Travolta, Jack Black ni memang aku minat habis.
Antara lakonan beliau yang aku paling suka, ialah cerita ini:


Aku still akan ketawa terbahak bahak tengok lawak spontan dia ni jadik penggusti di Mexico.
Hollywood telah membuktikan bahawa, walaupun kau tak hensem, tapi kalau kau berbakat besar, kau akan meletop.Kalau nak harap industri filem Melayu, nak harap muka aja. Berlakon macam kayu. Tu pasal dalam 10 tahun ni, satu satunya cerita Melayu yang aku tengok wayang ialah Puteri Gunung Ledang, tu pun pasal ada M.Nasir.

Bila dah ada anak kecik ni, aku kena jadik selective bila nak ke panggung.
Cerita2 yang wajib tonton, aku akan pergi.
For the 1st time juga, Insya Allah, Ziyyad akan masuk panggung ditemani botol susu. Hahaha..

Tuesday, December 21, 2010

Family Day 2010 - Entri Bergambar

Ni entry bergambar. Tentang aktiviti di A Famosa. Layankan aje lah...hehehe


Ahli keluarga di bahagi 3, so ada 3 team untuk Games.
Game baling belon berisi air

Game masukkan gelung dalam kon

Game yang setiap tahun ada, Lari Bawak Bola PingPong Dalam Sudu

Ni pun game yang tiap tahun ada
Kepit bola..hahaha

Lumba berenang
Game best tiap2 tahun, sebab muka macam tepung gomak lepas tu...
Woiitt..tak aci cari pakai tangan
Finally, Nikon berjaya memenangi secara keseluruhan acara sukaneka ini..Tahun depan ada pasukan Canon pulak..hahaha

Family Day 2010

18, 19 & 20th Dec berlangsunglah Family Day 2010 keluarga wife aku.
Bertempat di A Famosa Resort, kali ini hanya sebuah banglo aja yang di sewa. Tahun 2008 dulu sewa sampai dua, tapi last-last semua dok berkumpul ramai-ramai dalam sebuah rumah, buat rugi aja sewa sampai dua.


Selain makan,makan dan makan....pada jam 12 malam juga di adakan sambutan Besday bagi semua orang. Tu sebab ada dua bijik kek. :)

Gambar-gambar makanan yang lain, aku malas nak tepek. Banyak sangat makanan.Hahaha..

Aku rasa naik sekilo badan aku lepas gi family day nih.
Makan, tido, borak.

Yang muda, Ziyyad.

Yang paling senior..cayalah wan..comel gitu :)

Monday, December 20, 2010

Postponed pulak.

Bukan di Stadium Bukit Jalil


Jenuh aku menunggu..
Rupa rupanya post poned..
Sebab salji tebal di kota London.

Kalau tak mesti samada aku kena kutuk di FB, atau aku mengutuk geng2 Chelskis Chelsea kat FB.

ps: Dapat ku rasakan geng2 Indon akan buat hal kat Bkt Jalil Ahad ni (Malaysia VS Indonesia Final Piala Suzuki).

Friday, December 17, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Lokasi: Jaya Jusco, Midvalley Megamall


Aku bukan pakar bahasa Inggeris.
Jauh sekali nak memahami sastera Shakespeare ...
Tapi aku pasti, bahawa nota di atas meja juruwang ini, adalah salah.
Memalukan.
Kalau tidak tahu, dan untuk mengelakkan memalukan diri sendiri, elakkan buat benda yang anda tak tahu itu.

Lokasi : Tanah Lot


Tirulah semangat bahasa kebangsaan seperti negara di atas.
Seperti Perancis, seperti Jepun, seperti Jerman.

Tapi macam mana bahasa Kebangsaan nak dimartabatkan kalau:

-pemimpin sendiri terlebih urban(konon), bila di soal dalam bahasa Melayu, balasnya English(kalau full English, dan tiada kesalahan grammar, boleh diterima lagi)

-drama Melayu yang memualkan, penuh dengan dialog2 ayam-itik. Hari2 ditayang ke TV, agak agak boleh tak men-psycho minda masyarakat?

Aku akui, aku sendiri menulis dan bercakap, kadangkala bercampur aduk. Tapi dalam kebanyakkan masa, aku cuba elakkan. Kalau aku menulis/bercakap dalam bahasa Inggeris, aku cuba gunakan ia sepenuhnya, bukan jadi rojak campur. Tu pasal kalau ada pesakit yang poyo sangat konon2 nak 'speaking London' dengan, aku terus kan komunikasi aku dengannya 'in full English'. Ternganga lah kau lepas tu tanya staf aku ...Muahahaha..

Thursday, December 16, 2010

Family Day




Gambar ape tuh?
Tu la antara gambar2 masa family day(family sebelah wife aku) tahun lepas, buat kat PD.

Lusa, akan berlangsung family day 2010.
Venue: A Famosa Resort
Sat 18th - Mon 20th.

Ni kali kedua A Famosa di pilih sebagai venue.
1st time dulu, aku tak join, bizi keja.
This time, aku akan datang.

Eloklah tu..asyik kerja, kerja kerja...
Selagi belum tutup mata, asyik kerja..hehehe..
Dah hampir 6 bulan aku tak cuti rehat2..(exclude cuti Raya lah seminggu..hehehe)
Selalunya, every 3 months mesti aku bercuti..kalau tak ke luar, dalam negara pun layan.

Aktiviti biasa family day:
-makan, makan & makan..
-swiming, swiming & berendam...:)
-sukaneka
-anyam ketupat..:)

So, rasanya weekend nih aku tak sentuh computer rasanya..

Wednesday, December 15, 2010

Sila Pilih A, B atau C.




Jewish Doctor Refuses to treat Nazi Tatoo Patient



A 46 year old Jewish doctor from Paderborn, Germany abandoned a patient and refused to perform surgery on him after he saw a tattoo with the Nazi Party Symbol in the patient’s arm. The Jewish Chronicle, which exposed the affair, claims that when the 38 year old patient arrived for surgery, the doctor saw thet symbol on his arm, the same symbol that the Nazi Party adopted during World War II.
It was also reported that the doctor told the patient’s wife that he was Jewish and that his conscience forbade him from performing surgery on the patient. When a different doctor arrived, the surgery was performed and the patient was transferred to the recovery room.
It should be noted that throughout the affair, the patient’s life was not in imminent danger. The incident nevertheless spawned a heated debate amongst the German medical community. Some doctors who expressed their opinion held that the doctor violated the Hippocratic Oath through his actions, an oath that requires every doctor to give medical treatment to everyone regardless of religion, race, or sex.
On the other hand, some voices were heard in support of the doctor’s actions, and claimed that since the doctor had a moral, conscientious objection to the tattoo, that prevented him from granting the appropriate medical treatment to the patient. More than that, they also emphasized that it was the doctor’s right not to treat him and that he did the right thing by leaving the room.
One way or the other, the tattooed patient will be put on trial as according to German law, it is forbidden to tattoo Nazi symbols on one’s body. The punishment for such a crime is three years.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;
- Subject of an intense debate.

Hippocratic Oath VS Morality & To Do No Harm.


Kalau anda ditempat pakar bedah itu, apa yang anda akan lakukan?


a) Terus lakukan pembedahan itu dengan se professional mungkin, sambil menolak pelbagai andaian dan idea idea jahat yang bermain di dalam minda.


b) Menolak untuk lakukan pembedahan ini, dengan alasan yang sama seperti pakar bedah Jerman ini berikan, dikhuatiri akan memberi kesan buruk terhadap pesakit(kerana minda asyik terganggu semasa membedah).


c) Terus melakukan pembedahan ini, dengan niat utk datangkan kesengsaraan/membalas dendam  kepada pesakit Nazi itu, secara terselindung,yakni contohnya dengan sengaja men-sub standardkan mutu pembedahan anda.
Sila pilih, A, B, atau C ?

Tuesday, December 14, 2010

Manchester United 1 Arsenal 0

Alhamdulillah...

Puas hati...ngeh ngeh ngeh...


Walaupun Runi terlepas penalty, cukuplah mamat Korea Selatan ni menjadi hero Man U, again.
We love you JS Park.....
Miahahaha...

Goalllllllllllll.

Tak sia sia pelombong Chile yang terperangkap tu dulu, dibawa ke Old Trafford.
Tanpa perlu menurun otai Giggsy & Berbatov, and also Hernandez, dah cukup untuk mengajar Arsenal.

Best..best..hehehe..
Mu goes top of the league, 2 points ahead of second place Arsenal, with one game in hand.

Cant wait next match against Chelsea...

Sunday, December 12, 2010

Bentan? Bengkak?

 Ini entri pesanan khidmat masyarakat.
Cuti sekolah, musim budak lelaki bersunat.

Pesanan pertama:
Mau pakai clamp? Mau sunat cara lama/old skool?

Terpulang..

Tapi sebab ramai sangat patient aku punya anak2/kaum keluarga yang komplen masalah bengkak/bentan yang lambat gile nak susut lepas guna clamp, so nasihat aku, kalau nak anak anda atau anda sendiri cepat sembuh, silalah pilih cara sunat old skool.

Sunat guna clamp ni, menyenangkan kerja doktor aja sebenarnya.  30 minit siap semua.Macam motto nya lah, it's faster, smarter way----iyolah, utk doktor.
Budak la yang menanggungnya.

Banyak claim dari pengeluar clamp ni kata , secara kosmetiknya, hasilnya lebih cantik. Aku kurang setuju.
Kalau sunat cara lama,dan tukang jahit tu jahit cantik, lagi cantik hasilnya.

Selain dari masalah bengkak/bentan lambat nak susut ni, sakit lepas sunat cara clamp ni ialah sakit dua kali.
1st, sakit masa sunat. Kedua, sakit masa nak bukak sarung clamp tu lepas 4-5 hari berkhatan.

Aku tak kata guna clamp tu memang tak bagus.
Cuma aku nak kasik info lah, supaya anda tak mengalami nasib yang sama macam ramai parents yang mengadu kat aku selama ni.
Nasihat aku ni maybe tak betul, maybe ada aja budak yang sunat guna kaedah clamp OK aje.

Pesanan kedua:

Masing masing ambil peluang sunat free, macam macam badan yang sponsor. Parti politik lah, bank lah..
Kat kampung wife aku dua minggu lepas, pun ada acara sunat ramai ramai ni, boleh baca kat sini:

Bagi aku, kalau ratio tukang sunat & peserta sunat tu just nice, ok lah. Macam kat kampung wife aku tu, 50 budak, ada 5 table. So, satu table attend 10 orang budak. Tak lah stress si tukang potong & pembantunya kan? Tapi macam kes sunat ramai-ramai satu badan ni, minggu lepas, ada 130 peserta. Dan cuma ada 3 meja. So, satu meja kena potong 40 orang, lebih kurang ! Tak ke stress namanya tu? Dan dek kerana ramai sangat, mesti nak kejar masa. So, jadilah cerita (based on parents yang komplen)ubat bius tak jalan, dah kena potong. Budak menjerit sakit, disuruh diam. Katanya manjalah, mengada ngada lah..padahal ubat bius tak jalan lagi. Si tukang potong tak tunggu pun barang 5 minit, tak uli uli pun alat si budak kasi ubat bius cepat menyerap...sebab nak kejar time, zassssss..terus potong right after bius.

So, kalau anda nak hantar anak anda bersunat beramai ramai, boleh saja. Ianya free.
Tapi buat sedikit homework, tengok siapa tukang sunatnya, berapa table, berapa orang tenaga tukang sunatnya.

Saturday, December 11, 2010

Rancangan Cemolot dan Workout

Setelah sekian lama aku manjakan diri dengan nasik minyak, nasik beriani, char koey tiau, maka for the first time in 3 weeks plus aku menjejakkan kaki balik kat gym. Rugi aja bayar tapi tak datang kan.Ini semua penangan musim kawin. Nak jog outdoor pulak manjangggggggg hujan. Alahai..alasan, alasan.....hehehe..

Gym aku ni ialah penaja utama rancangan orang gemuk gila gila gemok nak jadik kurus.Yang bestnya rancangan ni, dah la kurus, boleh dapat hadiah pulak.

Sambil lari, sambil tgk TV. Kalau rancangan astro tu hampeh, boleh la layan tengok amoi amoi 2-piece yang tengah lari/cycling tu..layan mp3 ajalah.Tiba tiba aku tertengok rancangan The Bachelor ni. Teringat entry Miss B ni myaby said
Syok la jadi jantan ni, macam macam perasa dia rasa :)

Kalau tak kerana gym aku bukak cerita ni, jgn harap aku nak layan cerita penuh cemolot ni. Maksiat tuh..maksiat...miahahaha..
Yang aku peliknya, awat la awek awek tu desperado sangat nak berebut sorang jantan. Macamlah kat bumi Amrika tu dah takde jantan lain yang hot. 
Bila dah bosan layan rancangan cemolot ni, aku layanlah EPL..

Hasil almost sebulan tak work out, mampu lari 1.5 km aja. Hampeh.
Target upper body aja hari ni, buat shoulder press + low row. Macam nak mati rasa guna dumbbell.Tak bleh nak layan banyak rep.Last2 aku opt to machine aja. 
Kena start all over again nampaknya lepas ni.

lebih kurang macam ni kot wajah pancit aku work out tadi..:)

Inilah akibatnya bila tak istiqomah workout.
Sempena tahun baru hijrah + tahun baru masehi akan datang, aku taknak malas malas workout lagi..ngeh ngeh ngeh..

Friday, December 10, 2010

Hari Pisang Free


Hari ni hari Jumaat.
Hari boleh makan pisang free kat kebanyakkan masjid di Malaysia.

Pisang atau nama saintifiknya Musa acuminata berasal dari Southeast Asia & Australia.
Sebab pisang ni sentiasa berbuah sepanjang tahun, tu pasal agaknya pisang jadi buah pilihan untuk disedekahkan setiap hari Jumaat di masjid.

Kenapa tak buah lain?
Epal ke, tembikai ke.
Buatlah kelainan sikit. Asyik asyik pisang aja. Kalau tengok di kaki kaki lima masjid, kadangkala ada hamba Allah yang makan pisang free ni sambil mencangkung. Dah macam monyet pun ada.
Beradab lah ketika makan, waima ia makanan free sekalipun.

Masjid yang paling best sedekah hari Jumaatnya yang pernah aku rasa ialah di Masjid Jamek Subang Jaya, yang dekat dengan Subang Parade tu. Tapi dah lebih 7 tahun agaknya aku tak ke masjid ni.Dulu dulu lah(tak tau sekarang ada ke lagi), ada dihidangkan nasik lemak, ada burger/kebab sebagai sedekah kepada jemaah yang datang. Best kan..dah la masa tu zaman student, so amat amat sesuai makan free di tengahari Jumaat.

Yang pastinya, masjid yang akan aku kunjungi sebentar nanti, pasti menyediakan pisang juga, as usual.
Jom pegi masjid.

Thursday, December 9, 2010

Tepeng Oh Tepeng



Ini entry mengenang kenangan lampau.
Aku suka Tepeng.
Sebab Tepeng sejukkkkkk..selalu hujan. Masalah bila hujan satu aja, basuh baju, selalu tak kering. Lembabbbbb aja. Penyudahnya, baju mereput di ampaian...hahahaha tak masuk kes baju seluar kena rembat di ampai lagi
Bila musim2 hujan ni, aku teringat zaman duduk Tepeng dulu.


selalu kena isi buku guard kat sini, sebab balik lambat dari cuti.
Aku duduk Tepeng dua tahun, sebab sekolah kat sini.
Aku amat amat amat pasti sekarang bahawa salah seorang rakan blogger aku, ialah budak Tepeng jugak.

Ni dia blog budak ex-Tepen
Kecik betoll dunia blog kann...:)


Sebab sebab aku suka Tepeng, selain dari musim salji hujannya yang heavy :


Taman Tasik Tepeng. Unik, cantik, bersejarah.Pokok-pokok kat sini lagi tua dari atuk wife aku.











Food court dekat dengan balai bomba Tepeng...femes YTF kat sini...aku tak pasti wujud lagi ke sekarang..dah lama tak ke Tepeng..








Bukit Larut. Last aku naik masa sekolah dulu..hahaha..Sekarang ni dah ada tulip garden atas ni, so tak yah susah susah ke The Netherlands.









 Stesen keretapi Tepeng. Nasik lemak kat sini sedap. Roti bakar sedap. Standard lah makanan kat stesen keretapi, tapi takleh lawan Kluang Station yg ori punya kopi. Sultan Johor pun personally turun minum tau. Aku tak sure wujud lagi ke kedai roti bakar tu..






Taiping War Cemetery. Aku & kawan2 pernah posing bergambar kat sini..hahaha..









Pendek kata, Tepeng ni unik.Penuh dengan tempat2 sejarah juga. Ada muzium, ada zoo, ada penjara, kira lengkap juga Tepeng ni.

Ingat nak ke Tepeng lah nanti..jalan jalan cari makan.
Nak try benda ni. Ada yang kata mahal mencekik darah, ada yang kata worth the price you pay:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...