Tuesday, November 30, 2010

El Clasico


Final whistle: Barcelona -5  Real Madrid - Telur

Selepas MU menang besar 7-1, semalam Barca benam Real 5-0 pulak dalam pertemuan El-Clasico..
Before match, semua pihak heboh pasal clash of Ronaldo vs Messi..last last dua dua tak score pun :)

Aku memang anti dgn Real Madrid, sebab dia hengat, dengan duit, dia boleh beli kejayaan? Dah berderet list player MU yang pindah ke Real, atas nama wang. Nistelrooy, Beckham, Ronaldo...kalau aku world class player, memang aku tak akan ke Real, baik aku join kelab Catalan tuh..muahaha..


Kalaulah kau main utk MU, terbaekkkk.

Aku tak mau cakap banyak, cuma aku terkilan..terkilan sebab tak tengok game ni aja. Game La Liga semua main pukul 2-3 pagi..jenuh la aku nak berjaga. Aku akan gigih berusaha malam ni carik replay kat Astro Sports.
Tak sia sia hang join Barca


Apa perasaan Jose Mourinho ? Muahahahaha...
Masih riak, masih arrogant, as usual : Mourinho Yang Arrogant Berkata:

Cuti Terengganu: Part 7 (Masjid Kristal)

Jom layan tgk Masjid Kristal ni. Siapa pernah semayang terawih kat sini?
Dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008.
Lepas kepanasan melawat TTI dan naik bot, memang best solat & melepak dalam masjid yg fully air-con ni.
Masjid dilihat dari atas bot

Ikut kata mamat tour guide TTI River Cruise tu,yang betul2 pure kristal ialah 4 tiang menara aja.Tu yang mahal tu. Agak agaknya kalau sekali dengan kubah2 tu semua pure kristal, aku tak tahu lah berapa pulak jadinya harga masjid ni.Dikhabarnya ongkos membinanya menelan belanja ~ RM360 jotaaa.

Masjid ni boleh memuatkan maximum 700 jemaah.
So far dah buat solat terawih, solat raya kat sini. Dalam plan nak buat solat jumaat pulak akan datang.
Aku tanya mamat tour guide tu, siapa yg dtg semayang sini?
Majoritinya hanya pekerja2 TTI aja..dan juga tourist ke TTI.
Penduduk sekitar? Maybe jauh nak ke sini.Hehehe..
Masjid ni memang mengundang banyak kontroversi. Korang sendiri tahu kan. Dibuka dan heboh pula zaman pemerintahan mantan PM yang paling singkat memerintah.Jadinya tak hairan kalau banyak urban legend/cerita mistik yang keluar, ntah kan iya, entahkan konspirasi.
Boleh tengok antara contoh2 nya disini:

misteri masjid kristal


Yang pastinya, masjid ini memang unik, memang cantik.
Cuma aku harap(dan ramai yang berharap), secantik mana pun masjid ni, biarlah secantik itu ia di imarahkan.

Memang silau mata tengok menara kristal ni


Jom masuk dalam masjid pulak.
Masa sampai ke sini, aku langsung tak teringat pasal isu ini:  Arah Kiblat Yang Salah
Aku solat aja macam biasa. Semoga Allah menerima solatku.




Cuba teka berapa harga chandelliar ni?

So, aku harap sesiapa yang ada latest info pasal isu kiblat ni, diharap dapat dikongsi.
Betul ke ianya silap? Kalau silap, pihak berkenaan tak betulkan ke?

Monday, November 29, 2010

Wahai Penyokong Liverpool


Aku dedicate cafe ni kepada Dr Zul (zouldahanblog.blogspot.com) dan kepada semua warga penyokong Liverpool.
Dengan ucapan "Apa daaaaaa....kalah dengan Spurs semalam"..

Wakakaka...


ps: sumber gambar-Facebook rakan kepada rakan.

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai (Episode 2)

As promised, I'll continue with the entry about the mass circumcision event.
After each and every kids were happy playing around with the air bomba, literally speaking, drenched, then came the real event, the real fear factor.

They tried to maintain as calm as they could. But the facial expression won't lie.
I could read the fear, the agitation from their faces. After all, I've passed through this experience as well, errmmm..20 years ago.
Adik baju merah buat lawak nak menenangkan jiwa masing masing yang berdebar debar :)

The circumcisions were done in a balai raya, approximately the size of an average classroom.
5 tables were prepared, means that 5 circumcisions at any given time.They were teams of MA & doctors from the Seremban Hospital.



Jom tengok wajah wajah ceria adik adik kita semasa proses berkhatan ini.
Yang cool




Yang tak sanggup tengok



Yang emotional





There was a drama, as I expected. Takkan lah dari 50 orang yang nak sunat, semua nya cool aja. Budak ni patutnya sunat awal, tapi terpaksa postponed ke giliran yang almost akhir juga. Puas berpujuk. Agaknya kalau boleh lari jauh, mesti dia lari jauh..

Ini hasilnya. Hehehe

YB Dato' Sahak dan Ahli Majlis Perbandaran Nilai pun masuk beri semangat.

Ini antara wajah lega(dan kengkang) lepas berkhatan. Happy ye engkau dik..dah solosai..dah masuk adulthood..:)

Macam biasa, lepas majlis, ada makan makan. Menu nya nasi beriani, rendang ayam, kari kambing, ayam sambal, acar. Aku sakit perut cirit birit hari ni, sehari selepas makan benda2 ni..hehehe..

Dengar khabarnya, mereka mungkin nak teruskan program macam ni pada tahun tahun akan datang, bergantung kepada sponsorship. Bank Rakyat dah sponsor, tahun depan try lah mintak Bank Rimau pulak.

Sunday, November 28, 2010

My Blood Go Upstairs(dedicated to Dr.Hani)

Esok hari Isnin.

Aku akan cuba melihat hari Isnin dalam perspektif yang berbeza, supaya esok my bood don't go upstairs. 

Baca Luahan Dr.Hani ni


Aku akan brainwash otak aku bahawa setiap yang datang mintak MC tu tu, datang membawa $$$ kepada klinik aku..muahahaha...

Win win situation kan?
Aku dapat $$$, patient yang malas tahap gaban dapat berehat kerana 'sakit'.



ps: aku paling risau Isnin minggu berikutnya, 6 December. Kenapa ? Cuba tengok kalendar.

Saturday, November 27, 2010

Majlis Berkhatan Beramai -Ramai (episod 1)

Hari ni ada majlis berkhatan beramai-ramai di kampung Fiza.Ianya ialah Program Kemasyarakatan Bank Rakyat(sebagai penaja rasmi), bersama sama JKKK & Masjid As-Siddiqin, Kg.Batang Benar, Nilai.

Iklan sebentar
Students from Masterskill University pun siap buat khemah, khidmat masyarakat check BP, blood group, BMI, etc etc
Ni pun iklan jugak, indirectly


Program bermula seawal 8 pagi. 50 orang anak-anak qariah kampung ni dah daftar untuk sunat free. Mereka berkumpul, dan kemudiannya berarak masuk ke perkarangan masjid.
Nak sunat pun ada bunga telur tawww
Semua segak bersongkok bersampin
Lepas ucapan oleh pelbagai pihak, budak-budak nak sunat ni diberi sedikit wang & hadiah oleh Bank Rakyat..best tu..dah la sunat free, dapat duit lagi..
Penyampaian buku akaun
Usai sudah majlis bagi buku akaun, tibalah acara 'gimik siraman air bomba'. Aku terkaget sebentar tengok bro bomba ni, siap usung D90 tu..:)
Yo yo oo ajo lambai tangan..happy sekarang yerrr..
Lupa nak godek kamera bro ni..:)

Tak hingat dunia main air
Mandi bawah pelangi tuuuu..
Masa ni lah segala macam dslr keluar, jeles aku :)
Budak-budak, bila dapat air..terlupa nak kena potong lepas ni.

Tak cukup dengan air dari pili kecik bomba tu, air datang dari sini jugak. Air semburan YB Datuk Ishak Ismail.
Kalau dapat hos ni basuh kereta aku, sure berkilat
Kesejukan (dan dah start cuak ler tu..)
Sempat juga menyelit nasyid lepas tu, bagi menghiburkan hati kanak kanak yang semakin gusar nak jumpa tok mudim.:). OK, not bad suara, kalau ada Akedemi Nasyid, boleh masuk ujibakat. Mereka didatangkan khas dari USIM kalau tak silap aku.

Cukuplah dulu entry kali ni pasal majlis khatan ni. Next entry aku tepek gambar kanak kanak yang keriangan di atas meja sunat..:)

Sebelum berpisah, gambar -gambar berikutnya ialah kredit aku kepada warga kerja & urusetia yang membolehkan majlis ini berjalan dengan lancar.
En.Mohd Salleh, Pengerusi JKKK Batang Benar (merangkap pakcik Fiza..hihihi)
En.Mustaza Sihat, Pengarah projek khatan ni (merangkap bilal Masjid As-Siddiqin)
The AJK's

Penampilan istimewa, Ustaz Dr.Ridhuan Tee (with Fiza's grandpa)

Friday, November 26, 2010

Cuti Terengganu: Part 6 (TTI River Cruise)

Lepas hampir 3 jam berjalan jalan & melepak kat monumen & restaurant di TTI, kami dah penat. Hari makin terik panas. So we have decided to rest ourselves in a boat, cruising along Sg.Terengganu. Hari aku sampai tu, ada rombongan sekolah 5 buah bas.Cruise jam 3pm onwards dah fully booked. So aku pilih jam 2pm punya, dan best, sebab tak crowded bot tu..hanya family aku + another one family yang lain aja.




Mommy & Ziyyad with the safety gears

Our tour guide. Very friendly & informative man.

Pemandangan TTI dari kejauhan
The cruise took approximately 45minutes. Dapat lihat penempatan kampung kampung ditebing sungai, dan lihat pulau pulau kecil selain Pulau Wan Man tu.
Banyak rupa rupanya pulau pulau kecil sepanjang Sungai Terengganu ni. Ada yang ada penempatan manusia, tak sampai 200 orang tinggal di situ, ada yang hanya didiami flora & fauna.Ada juga pulau buatan manusia.
Ada juga teknik mem-bubu ikan. Nampak bekas bubu atas bot nelayan tu.

Tempat membuat kapal.
Bengkel repair kapal. Bot PDRM sedang di servis.
 Orang-orang Terengganu ni ramai yang kaya raya, hartawan jutawan, yang makan dipinggan, minum dicawan..:) Kaya sampai boleh ada bot mewah sendiri...gambar selanjutnya salah satu rumah Datuk K dan bot nya..bukan Datuk K Siti Nurhaliza yer....

Rumah berunsur tradisional Terengganu milik Datuk K
Mini yacht Datuk K

30 Nov ni bermulalah Monsoon Cup edisi 2010. Kami pun menyusuri kawasan mereka bertanding di sini
venue Monsoon Cup. Lagi 5 tahun aku park yacht aku kat sini..hahaha


Tengah syok syok cruising past the Monsoon Cup punya arena, tiba tiba bot terhenti. Enjin tak boleh start. Ahhh..sudah..Wan Bah dah mula cuak. Dekat 10 minit driver nya cuba start enjin, enjin tak mau start jugak. Last last mamat tourist guide tu ke belakang dan angkat enjin sangkut bot tu..Wallllaaaaa...sangkut kat kayu hanyut rupanya..lepas dibuang kayu tu, enjin bot hidup semula...Legaaaaaa...
Beresss...boleh jalan balik.



Setelah melengkapkan pusingan, kami menuju semula ke arah jeti TTI. Dari kejauhan dah nampak Masjid Kristal. Masjid ni terletak di bucu/tanjung Pulau Wan Man ni. Waktu tu jam lebih kurang 3 petang, hari tengah panas. Memang memantul mantul sinaran dari kristalnya. Bot berhenti kejap depan Masjid Kristal, beri penerangan dan peluang kepada sesiapa yang nak ambil gambar.
Tengah fikir berapa juta duit habis nak buat masjid ni
Fiza yang happy takyah melayan kerenah Ziyyad yang dah terlelap kepenatan :)
Sampai aja jeti, kami terus menuju ke Masjid Kristal untuk solat jamak semua...dan berehat. Masjid ni best sebab aircon satu masjid, dan aircond nya boleh tahan sejuk.

Dalam entri  berikutnya nanti aku cerita pasal Masjid Kristal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...