Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru Kawan-Kawan


Selamat menyambut tahun baru hijrah kawan kawan blogger semua.
Semoga tahun baru yang mendatang ni, kita dapat tingkatkan amalan kita.
Kita makin dekat dengan kematian kita.Makin dekat nak masuk kubur.
Jangan hanya bila tiba Maal Hijrah, kita hanya teruja dengan perarakan usung banner sahaja. Itu tak penting.


Dalam pada kita sibuk tambah wang, tambah harta, tambah bini, jangan lupa tambah amal.
Sebab amalan kita lah yang dibawa masuk kubur, dan dibawa menghadap Nya.

Semoga kita dapat didik anak kita menjadi anak yg soleh/solehah, sebab doa anak yang baik pun boleh bawak masuk kubur. Dan semoga kita sentiasa sebarkan ilmu yang bermanfaat, sebab ilmu yg bagus dan diamalkan orang lain pun, akan back -up kita di alam kubur & di akhirat nanti.

7 comments:

  1. selamat tahun baru. insyalah akan cuba berubah ke arah yang lebih baik

    ^_^ v

    ReplyDelete
  2. Myaby -- sama sama kita berusaha..

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru islam doc.. ehehe

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru...semoga hijrah tahun ini membawa seribu keberkatan pada kita semua...

    ReplyDelete
  5. salam maal hijrah..selamat menyambut tahun baru..
    sama lah kita membaca doa akhir dan awal tahun ..semoga kita dipelihara sepanjang tahun akan datang..dan diampuni dosa2 ditahun yang lalu..

    ReplyDelete
  6. salam....

    selamat menyambut maal hijrah...1432H..
    moga kita dirahmati Allah swt selalu hendakNya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...