Saturday, December 11, 2010

Rancangan Cemolot dan Workout

Setelah sekian lama aku manjakan diri dengan nasik minyak, nasik beriani, char koey tiau, maka for the first time in 3 weeks plus aku menjejakkan kaki balik kat gym. Rugi aja bayar tapi tak datang kan.Ini semua penangan musim kawin. Nak jog outdoor pulak manjangggggggg hujan. Alahai..alasan, alasan.....hehehe..

Gym aku ni ialah penaja utama rancangan orang gemuk gila gila gemok nak jadik kurus.Yang bestnya rancangan ni, dah la kurus, boleh dapat hadiah pulak.

Sambil lari, sambil tgk TV. Kalau rancangan astro tu hampeh, boleh la layan tengok amoi amoi 2-piece yang tengah lari/cycling tu..layan mp3 ajalah.Tiba tiba aku tertengok rancangan The Bachelor ni. Teringat entry Miss B ni myaby said
Syok la jadi jantan ni, macam macam perasa dia rasa :)

Kalau tak kerana gym aku bukak cerita ni, jgn harap aku nak layan cerita penuh cemolot ni. Maksiat tuh..maksiat...miahahaha..
Yang aku peliknya, awat la awek awek tu desperado sangat nak berebut sorang jantan. Macamlah kat bumi Amrika tu dah takde jantan lain yang hot. 
Bila dah bosan layan rancangan cemolot ni, aku layanlah EPL..

Hasil almost sebulan tak work out, mampu lari 1.5 km aja. Hampeh.
Target upper body aja hari ni, buat shoulder press + low row. Macam nak mati rasa guna dumbbell.Tak bleh nak layan banyak rep.Last2 aku opt to machine aja. 
Kena start all over again nampaknya lepas ni.

lebih kurang macam ni kot wajah pancit aku work out tadi..:)

Inilah akibatnya bila tak istiqomah workout.
Sempena tahun baru hijrah + tahun baru masehi akan datang, aku taknak malas malas workout lagi..ngeh ngeh ngeh..

6 comments:

  1. daddyziyyad..alhamdulillah..rajin jugak tu..
    akak sekarang ni..nak jalan laju pun dah tak buat dah..setakat kayuh basikal bodoh aje..(basikal bodoh)anak akak yang bagi nama..sebab dok penat kayuh pun..tak pi mana2 katanya..

    ReplyDelete
  2. hihihi

    the bachelor yang entah teruna or tak tu. hihihihih

    best nye workout. i malas workout. haha

    ReplyDelete
  3. kak Erna --ok gak tu, naik stationary bike. as long as kita buat cardio exercise.

    ReplyDelete
  4. Myaby - setelah menengok rancangan tu, confirm jejaka britain tu dah tak dara..opps teruna..hehehe

    ReplyDelete
  5. lama tak layan 701 sejak 706 707 best2 rancangan masak2 tu..

    ReplyDelete
  6. HaniCheLat - saya & wife pun layan channel AFC ni, suka tgk Chef At Home.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...