Monday, December 27, 2010

Makan makan Bagan Lalang



Ni entri pasal makanan.
Tiada niat nak mengatasi kehebatan blog KOG. :)
Cumanya aku takde idea & bahan untuk blog hari ni.
Letih lagi, sebab 25-26hb busy, adik aku tunang. Semalam baru balik dari JB.


Kat bawah ni gambar2 makan aku kat Bagan Lalang Khamis lepas.
Port biasa aku makan seafood, sebab murah & sedap.
Kali ni, aku tak ambik pari, tak ambik kembung, tak ambik ketam/pepahat/lala.
Ada tak port2 lain dalam radius 100km sekitar Klang Valley? Kalau Tanjung Harapan kat Klang tuh, sorry lah ya, memang aku tak minat.

Abaikan kualiti gambar. 
Nak beli D7000, aku masih menabung.
Entah bila cukup duit dalam tabung ayam aku tuh..huhuhu..
Nasi lemak
  
Sotong goreng tepung

Siakap 3 rasa

20 comments:

  1. nasi lemak nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  2. alien - nasik lemak dia memang lemak...yummy

    ReplyDelete
  3. Selalu dengar org cakap makan kat Bagan Lalang tu best tapi saya belum berkesempatan makan di sana w/p pernah ke sana huhuhu.

    Kalau nak try port sekitar 100km dari KL bolehlah ke Pantai Jeram, Kuala Selangor. Kat situ org kata seafood dia best. Yg itu pun saya tak pergi lagi. Tapi ada baca kat suratkhabar dan blog org.

    ReplyDelete
  4. saya pun sdg menabung utk DSLR...ntah bila nak penuh...huwaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  5. kita tak pernah lagi gi makan kat sana..
    jauh bebenor le..

    * kita pun minat gak DLSR..ntah bila nak dapat pun taktau....waaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  6. baru balik makan mlm tadi

    kalau gi bgn lalang..
    selalu makan kat restoran yg mana satu?
    ada satu je yg paling sedap ooo...

    ReplyDelete
  7. siakap tu menyelerakan...

    uuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  8. nasi lemak tak berdaun pisang tak mengghairahkan saya...
    :)
    yang lain..nampak besh!!

    ReplyDelete
  9. Azam tahun baru 2011,

    kurangkan makan...

    p.s JB kat area mana?

    ReplyDelete
  10. err...anjung batu atau umbai? tu dah lebih 100km ke? hihihi

    ReplyDelete
  11. YB -thanks for the suggestion. Akan di riki..

    ReplyDelete
  12. wahida - dah ada dslr, lagi best ber blogging..hehe

    ReplyDelete
  13. Ati - yang selalu kami pergi, Bagan Lalang Seaview. selalu you makan kedai mana?

    ReplyDelete
  14. hahaha... nasib baik ada disclaimer, kalau tak saya ban blog ni! haha >:)

    [tengok minyak kat sotong tu rasa nak batuk, koff koff, musim batuk ni!]

    ReplyDelete
  15. Myaby - siakap memang best.Yang tak best harganya aje..hahaha

    ReplyDelete
  16. DrSinga - Sekarang kan kempen Cintailah Alam Sekitar. Maka tidak patut mengorbankan pokok pisang semata mata untuk mengghairahkan selera. Muakaka...

    ReplyDelete
  17. DrZul - yep..kena kurangkan makan. JB kat Taman U. My parents house.

    ReplyDelete
  18. GB - umbai pun ok lah...tapi saya prefer Bagan...katanya dah ada umbai atas air?

    ReplyDelete
  19. KOG -masakan blog ini bisa menandingi blog kamu...minyak kat sotong goreng tepung tu memang BANYAK..tapi sedapppppp..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...