Friday, December 10, 2010

Hari Pisang Free


Hari ni hari Jumaat.
Hari boleh makan pisang free kat kebanyakkan masjid di Malaysia.

Pisang atau nama saintifiknya Musa acuminata berasal dari Southeast Asia & Australia.
Sebab pisang ni sentiasa berbuah sepanjang tahun, tu pasal agaknya pisang jadi buah pilihan untuk disedekahkan setiap hari Jumaat di masjid.

Kenapa tak buah lain?
Epal ke, tembikai ke.
Buatlah kelainan sikit. Asyik asyik pisang aja. Kalau tengok di kaki kaki lima masjid, kadangkala ada hamba Allah yang makan pisang free ni sambil mencangkung. Dah macam monyet pun ada.
Beradab lah ketika makan, waima ia makanan free sekalipun.

Masjid yang paling best sedekah hari Jumaatnya yang pernah aku rasa ialah di Masjid Jamek Subang Jaya, yang dekat dengan Subang Parade tu. Tapi dah lebih 7 tahun agaknya aku tak ke masjid ni.Dulu dulu lah(tak tau sekarang ada ke lagi), ada dihidangkan nasik lemak, ada burger/kebab sebagai sedekah kepada jemaah yang datang. Best kan..dah la masa tu zaman student, so amat amat sesuai makan free di tengahari Jumaat.

Yang pastinya, masjid yang akan aku kunjungi sebentar nanti, pasti menyediakan pisang juga, as usual.
Jom pegi masjid.

22 comments:

  1. dulu masa kt utm, time berbuka ramai lelaki yang rajin berbuka kat masjid. free kan

    hihihih. tapi ada jugak pisangnya.

    memang masjid sgt sinonim dgn pisang kot.

    ReplyDelete
  2. he~datang masjid tempat saya~hari ni ada buah epal,pear dengan tembikai~~

    ReplyDelete
  3. Myaby - yep, lagi satu time buka posa..sapa2 nak jimat bajet,buka kat masjid aje

    ReplyDelete
  4. Bujal X - yo yo ooo ajo ada epal & pear..:)

    ReplyDelete
  5. pisang buat saya mudah batuk dan semput

    ReplyDelete
  6. dulu masa kat tepeng, hari jumaat ada eskrem kat DS kan!!

    ReplyDelete
  7. salam hari jumaat doc ittewww..

    ReplyDelete
  8. budak semput takleh makan pisang... lagi teruk.. huhuuh

    ReplyDelete
  9. baru pegi masjid tu 2 ari lepas.tapi takde pisang sbb bukan hari jumaat.datang la masjid kelana jaya (sebelah mas training centre) cnfirmed ada pisang sbb staff company ni akan bawa ke sana.=)

    ReplyDelete
  10. salam....

    begitulah betapa pemurahnya org kita.selalu ada org sedekah kat masjid terutama sebelum solat jumaat tu..

    ReplyDelete
  11. salam..
    pisang pun pisang la kan..dah jagi tradisi..sedekah pisang ke masjid..
    kedai makan pun sediakan pisang free jugak hari jumaat ni..

    ReplyDelete
  12. Hani --hahaha..yep...ingat lagi ko yer..

    ReplyDelete
  13. en_me - salam jumaat juga..walaupun hari ni dah hari sabtu..hihihi

    ReplyDelete
  14. Marsha - ye ke..saya baru tau ni..

    ReplyDelete
  15. Syida Gorjes - sama dgn masjid tabung haji tu ke?

    ReplyDelete
  16. sekamar rindu - org malaysia mmg pemurah, sampaikan org asing boleh ambik kesempatan buat sindiket kutip derma

    ReplyDelete
  17. kak Erna - yup..kedai mamak pun letak pisang. kedai makan yg saya pegi semalam bagi semangkuk bubur free

    ReplyDelete
  18. pisang pun takpa...rezeki tu.
    drp makan nasi lemak baik makan pisang...sihat.

    ReplyDelete
  19. kak ieda -- hehehe...tapi nasik lemak sedapppppppp..

    ReplyDelete
  20. masjid tabung haji tu lain, ni yg dekat dengan tasik kelana jaya.seberang jalan, bukan seberang hiway.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...