Wednesday, December 1, 2010

Bila Bercakap Dengan Batu, AyamItik dan Budak 3 tahun.

Siapa kata jadik doktor kat klinik mudah kerja nya?

Anda pernah bercakap dengan batu? Dengan tunggul kayu? Anda tension bilamana tunggul kayu tu diam seribu bahasa bila ditanya bertubi tubi, tapi sepatah haram pun tak menjawab?Lagi tension bilamana tunggul tu terror cakap 'nak MC', tapi bukan benda benda lain.

Anda pernah bercakap dengan ayam? Dengan itik? Kita sedaya upaya nak belajar bahasa ayam itik tu, tapi si itik & ayam tu, tak pernah berusaha pun nak belajar bahasa manusia, walaupun dah 3 tahun lebih duduk dalam komuniti manusia. Dan seperti biasa, ayam itik ni terror cakap 'MC satu'. Dah la aku puas menahan hidung bau ayam itik ni yang super duper kuat.

Anda pernah bercakap dengan budak umur 3-4 tahun, bila ditanya 10 benda, 11 benda jawapannya tak tahu.Pernah? Sekarang cuba tambah 30 tahun kepada umur budak 3-4 tahun tu. Macam mana anda nak buat diagnosis, macam mana anda nak kasik ubat, kalau majoriti interrogation temubual anda, jawapannya, "saya tak tahu, saya tak sure lah, entah". Dan seperti biasa, yang dia tahu ialah "MC ye hari ni"

Doktor hari ini perlu pergi ke kelas komunikasi supaya lebih berkesan bila berkomunikasi dengan:

1) Batu atau tunggul kayu
2) Ayam atau itik
3) Budak kecik 3-4 tahun yang semua tak tahu, entah, tapi tahu MC.

Sebabnya, masyarakat tak akan pandang masalah2 seperti disebutkan diatas, yang mereka tahu hanyalah:

1) doktor tak korek history patient
2) doktor tu jenis jual MC
3) doktor tu malas nak layan patient

Sebab apa?

Sebab doktor ialah malaikat. Tak boleh buat salah.Tak boleh buat silap. Segala macam hikmat ilmu ada dalam kepala hotak dia, tak payah tanya, dah tahu jawapan. Perlu baik hati(sebab malaikat, bukan setan), perlu fikir dan compassionate dengan segala macam masalah  orang lain.Tayar pancit, penat baru balik dari kampung, takde orang nak hantar ke klinik dari pagi santaklah ke petang, arnab nak beranak, semuanya doktor perlu timbangrasa dan kasik cuti. 

Kalau doktor GAGAL bertindak bak malaikat, maka doktor itu, doktor yang tak bagus. Tak professional, dan wajar dihumban.

Sekian, terima kasih.

12 comments:

  1. kenapa plak doktor nak marah pagi-pagi ni? sabar yer doktor.. tarik napas, lepas.. tarik napas panjang-panjang, lepas... iyer macam tuuu... ulang semula yer doktor...

    ReplyDelete
  2. ayin -- hehehe..saya tak marah pun, saja lepas perasaan...nanti kalau dipendam lama lama, takut saya berubah jadik incredible hulk.:)

    ReplyDelete
  3. ala..kalau GB yang pegi jumpa doktor mesti tak larat dia nak dengar GB mengadu. hahaha

    ReplyDelete
  4. GB - saya suka mendengar & berkongsi. Sebab tu saya suka kalau pesakit saya bertanya pasal penyakitnya, pasal anatomi, pasal ubat ubat. Sebab masa keja di hospital gomen, memang takde masa nak buat semua tu.

    ReplyDelete
  5. doktor saya suka nak bagi saya MC tapi saya takmo.doktor saya cakap jarang dia jumpa orang macam saya.tapi saya cakap balik kat doktor tu, kalau saya nak mc, make sure doktor bagi tau.hihhi

    ReplyDelete
  6. wahwahwahhhh...
    hangin ko pagi2 ni!!
    :)

    kool k!!

    ReplyDelete
  7. Ini namanya working hazard.
    Dah 14 tahun saya melaluinya.
    Dah lali sangat dah.

    Tunggu hari isnin depan.
    Kan hari Selasa cuti Awal Muharam?
    Saya tutup kedai hari isnin.
    Langkah pencegahan.

    ReplyDelete
  8. syidagorjes--jadilah pesakit saya...hihihi..

    DrSinga - sekali sekala berangin....always cool sebab pasal ekon..hihihi..

    DrZoul -prevention?..hmmm..kalau ikut hati nak jugak tutup kedai Isnin depan, tapi kena bukak jugaklah..sebab hujung2 tahun saya byk nak cuti..

    ReplyDelete
  9. wah...marah sungguh doktor ni..!

    sabaq noo...!!

    ReplyDelete
  10. Putubambu- dah cool dah...nak carik putubambu lah buat minum petang..:)

    ReplyDelete
  11. aikk...
    bulan tension utk doktor2 seMalaysia??? hehehe

    *tengah risau utk next Monday and Wednesday (pre and post PH).. aku nak melarikan diri laaa!! Lalallala~

    ReplyDelete
  12. DrHani - jom tiru DrZul, kita tutup klinik hari Isnin....hehehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...