Sunday, December 12, 2010

Bentan? Bengkak?

 Ini entri pesanan khidmat masyarakat.
Cuti sekolah, musim budak lelaki bersunat.

Pesanan pertama:
Mau pakai clamp? Mau sunat cara lama/old skool?

Terpulang..

Tapi sebab ramai sangat patient aku punya anak2/kaum keluarga yang komplen masalah bengkak/bentan yang lambat gile nak susut lepas guna clamp, so nasihat aku, kalau nak anak anda atau anda sendiri cepat sembuh, silalah pilih cara sunat old skool.

Sunat guna clamp ni, menyenangkan kerja doktor aja sebenarnya.  30 minit siap semua.Macam motto nya lah, it's faster, smarter way----iyolah, utk doktor.
Budak la yang menanggungnya.

Banyak claim dari pengeluar clamp ni kata , secara kosmetiknya, hasilnya lebih cantik. Aku kurang setuju.
Kalau sunat cara lama,dan tukang jahit tu jahit cantik, lagi cantik hasilnya.

Selain dari masalah bengkak/bentan lambat nak susut ni, sakit lepas sunat cara clamp ni ialah sakit dua kali.
1st, sakit masa sunat. Kedua, sakit masa nak bukak sarung clamp tu lepas 4-5 hari berkhatan.

Aku tak kata guna clamp tu memang tak bagus.
Cuma aku nak kasik info lah, supaya anda tak mengalami nasib yang sama macam ramai parents yang mengadu kat aku selama ni.
Nasihat aku ni maybe tak betul, maybe ada aja budak yang sunat guna kaedah clamp OK aje.

Pesanan kedua:

Masing masing ambil peluang sunat free, macam macam badan yang sponsor. Parti politik lah, bank lah..
Kat kampung wife aku dua minggu lepas, pun ada acara sunat ramai ramai ni, boleh baca kat sini:

Bagi aku, kalau ratio tukang sunat & peserta sunat tu just nice, ok lah. Macam kat kampung wife aku tu, 50 budak, ada 5 table. So, satu table attend 10 orang budak. Tak lah stress si tukang potong & pembantunya kan? Tapi macam kes sunat ramai-ramai satu badan ni, minggu lepas, ada 130 peserta. Dan cuma ada 3 meja. So, satu meja kena potong 40 orang, lebih kurang ! Tak ke stress namanya tu? Dan dek kerana ramai sangat, mesti nak kejar masa. So, jadilah cerita (based on parents yang komplen)ubat bius tak jalan, dah kena potong. Budak menjerit sakit, disuruh diam. Katanya manjalah, mengada ngada lah..padahal ubat bius tak jalan lagi. Si tukang potong tak tunggu pun barang 5 minit, tak uli uli pun alat si budak kasi ubat bius cepat menyerap...sebab nak kejar time, zassssss..terus potong right after bius.

So, kalau anda nak hantar anak anda bersunat beramai ramai, boleh saja. Ianya free.
Tapi buat sedikit homework, tengok siapa tukang sunatnya, berapa table, berapa orang tenaga tukang sunatnya.

24 comments:

  1. kene uli2? ini pertandingan masak memasak ke?

    larikkkss!!!!

    ReplyDelete
  2. GB - ahakss...tak pernah tgk budak kena sunat kan?

    ReplyDelete
  3. old skool la best~sakit itu mengajar kita untuk jadi hebat!

    ReplyDelete
  4. Salam DaddyZiyyad!

    anak sulung kita kan..akif, dia sunat masa umur 3 tahun (skrg dia dah 10 tahun)..
    bersunat awal pasal dia suka tarik2 'anu' dia.. katanya sakit bila kencing.. so doktor advice sunat terus..

    jahit 4 penjuru kita tgk..(kita ada tangkap gambor..hikhik)
    payah le jaga.. seminggu lebih gak le
    lepas 3-4 hari..bernanah pulak.. bawak gi cuci kat klinik..ambik ubat
    lepas tu baik


    anak no. 3 kita pulak, Ammar. sunat masa umur 3 hari.. masa tu kita bersalin kat Kg. Bharu Medical Center (skrg Al-Islam Specialist Centre).. anu dia tu.. pakai cam cincin gitu..
    peh seminggu turun sendiri.. mudah..tak berdarah or bernanah pun..
    senang jaga..
    sapu2 ubat jek..

    sunat anak perempuan lagi senang..bawak kat klinik..tak sampai 5 minit je..siap..! hehehe

    ReplyDelete
  5. umur berapa yang terbaik utk sunat ni?anak putu bambu 3 hari dgn 3 tahun dah sunat.agak ngeri disitu.i takut i yg pengsan bila aqid sunat.

    ReplyDelete
  6. syida: hahhaa..! mak yg pengsan ke anak yg pengsan ni?

    anak saya yg sunat masa umur 3tahun tu.. diadvice by Doc... dan full bius.. so dia tak sedar ape..tidoq je..

    yg kecik tu.. tak pasti pulak..takde le complication ape2...

    ReplyDelete
  7. bujal X - clamp pun sakit jugak.sakitnya dua kali pulak.

    ReplyDelete
  8. Putu Bambu -sebanarnya, sunat masa baby baru lahir lah yg paling senang nak jaga..u dah ada experience ni kan..

    ReplyDelete
  9. syida gorjes -- seawal seminggu lepas lahir pun, kalau nak sunat dah boleh. janganlah you pengsan, tak gorjesss la mcm tu...hehehe..

    ReplyDelete
  10. Daddy Ziyaad : ye..senang jaga yg kecik.. pasal dia pakai pampers lagik.. sedar2 je.. 'cincin' kat anu tu dah jatuh..

    dia tak nangis pun..okaylah kot..ehhehe

    ReplyDelete
  11. DaddyZiyyad..betul tu..kena tengok sape yang nak buat..jiran depan rumah akak dulu..naya je budak tu..masa bapa dia tengok nak cuci.macam tak kena sunat pun..pi jumpa doktor balik..doktor kata.bawak lagi..nanti dia sunatka lagi sekali.
    budak tu dah takut..
    2 tahun lepas tu..baru sunat lagi sekali..diklinik lain pulak..

    ReplyDelete
  12. alahaniiii.......seram plak tenguk clamp tuuuu...

    ReplyDelete
  13. kak Erna-kesian budak tu kena sunat dua kali

    ReplyDelete
  14. Ayin - hehehe...budak2 lagi seram kalau menengoknya

    ReplyDelete
  15. aku rasa nak sunatkan sendiri jer anak aku sok.. hahahha.. boleh??

    ReplyDelete
  16. ngeri la pulak kan..
    die igt cam sembelih ayam ke

    ReplyDelete
  17. ooo..byk entry sunat...seram nak bc..tak suka menda2 melukakan ni..haih..

    ReplyDelete
  18. tqvm byk2 utk n3 neh, doc... noted! ituler padahnyer kalo semer mender nk pree...kan3? eehehhe

    ReplyDelete
  19. Dah potong baru terbaca entri ni...nasib baik anak buat kaedah biasa

    ReplyDelete
  20. Nape kalau guna clamp anu kite Susan nk panjang ....

    ReplyDelete
  21. Nape kalau guna clamp anu kite susah nk panjang ajar kan sikit macam mana nk panjang kan

    ReplyDelete
  22. Nape kalau paki clamp anu kite susah nk panjang bagi tips sikit nk panjang kan anu kite niiii

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...