Friday, December 17, 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

Lokasi: Jaya Jusco, Midvalley Megamall


Aku bukan pakar bahasa Inggeris.
Jauh sekali nak memahami sastera Shakespeare ...
Tapi aku pasti, bahawa nota di atas meja juruwang ini, adalah salah.
Memalukan.
Kalau tidak tahu, dan untuk mengelakkan memalukan diri sendiri, elakkan buat benda yang anda tak tahu itu.

Lokasi : Tanah Lot


Tirulah semangat bahasa kebangsaan seperti negara di atas.
Seperti Perancis, seperti Jepun, seperti Jerman.

Tapi macam mana bahasa Kebangsaan nak dimartabatkan kalau:

-pemimpin sendiri terlebih urban(konon), bila di soal dalam bahasa Melayu, balasnya English(kalau full English, dan tiada kesalahan grammar, boleh diterima lagi)

-drama Melayu yang memualkan, penuh dengan dialog2 ayam-itik. Hari2 ditayang ke TV, agak agak boleh tak men-psycho minda masyarakat?

Aku akui, aku sendiri menulis dan bercakap, kadangkala bercampur aduk. Tapi dalam kebanyakkan masa, aku cuba elakkan. Kalau aku menulis/bercakap dalam bahasa Inggeris, aku cuba gunakan ia sepenuhnya, bukan jadi rojak campur. Tu pasal kalau ada pesakit yang poyo sangat konon2 nak 'speaking London' dengan, aku terus kan komunikasi aku dengannya 'in full English'. Ternganga lah kau lepas tu tanya staf aku ...Muahahaha..

24 comments:

  1. betul tu,
    malaysia ni dah gaya cam negara rojak
    semua nak campur
    adesss

    cube la martabatkan bahasa malaysia
    sia2 je buat kempen bahasa jiwa bangsa

    ReplyDelete
  2. kikiki...mmg fadan pun. mengade2 nak urban sgt.

    psstt...kat mana amik gambo papan tanda di atas? nak cari!

    ReplyDelete
  3. alien - aku rasa alien pun cakap bahasa alien, takde campur2 kan..

    ReplyDelete
  4. GB - saya snap gambo tu kat Tanah Lot, Bali bulan Jun lepas. Byk lagi gambar2 pelik yang saya simpan..hehehe

    ReplyDelete
  5. di sekolah seluruh Malaysia (gomen), skrg tgh dilaksanakan

    Bahasa Melayu - Memartabatkan
    Bahasa Inggeris - Memperkasakan

    Bahasa Jiwa Bangsa, mengenai slogan itu, dua elemen pembinaan negara dan bangsa ialah bahasa dan budaya. ada empat, tp sy lupa lg 2..hehe.yg ni sy blaja sejarah masa tingkatan 5.

    "credit card is not accepted here" atau kalau ketika itu mesin dia rosak, "Credit card cannot be accepted at this moment"


    err debit card ade ke?

    *owh, sori, terbuat entri dekat sini pulak.dasar alert ngan bahasa sy ni,kadang aje alert nya pun..hehe

    ReplyDelete
  6. ntah2 yg jaga kaunter tu bangla/indon kot

    ReplyDelete
  7. Zie -anda memang bagus, memang sesuai menjadi pendidik.:)

    ReplyDelete
  8. Hani -yang jaga kaunter tu budak Melayu..dalam Jusco maaa..mana ada bangla/nepal yang jaga kaunter..hehehee

    ReplyDelete
  9. wi don eksep debit kat.. ande sten o not..

    apa salahnya tulis dalam bahasa melayu je ye dak..

    ReplyDelete
  10. Mamat Nepal kerja 5 tahun di Malaysia dah boleh fasih berbahasa Malaysia. Ada yang ber-IC Malaysia pun tak boleh berBahasa Malaysia.
    kalau spesis ke-dua tu datang klinik.. sepatah haram aku takkan berbahasa orang putih dengan dia.

    ReplyDelete
  11. tu kat midvalley ke????????

    malu nye..

    macam ayat pasar je kan?

    ReplyDelete
  12. kat tempat kerja saya dulu, setiap hari khamis adalah hari sunyi sepi sepi sebab hari khamis kena speaking english. maka ada jugak staf yang tak berani nak hantar borang cuti kalau hari khamis.. hehehe..sekarang tak dipraktikkan lagi... tak tau kenapa...

    ReplyDelete
  13. kadang2 org melayu ni ego..malu nk ckp bhs sndiri..nk agungkan bahasa omputih tapi ckp berterabur..cth terdekat artis pompuan yg baru nk up..

    ReplyDelete
  14. hehe..tapikan
    kdg2 tu tak sedar tertulis
    atau tercakap bahasa rojak gak

    ReplyDelete
  15. ardzman - kekonon tak urban kalau tulis dalam BM

    ReplyDelete
  16. Myaby--yep, kat midvalley.Malu kan?

    ReplyDelete
  17. ayin--wah..ada inisiatif macam tu ya kat tempat kerja, macam kat sekolah pulak...hehehe

    ReplyDelete
  18. pencacai alim -cakap pasal artis malaysia, memang aku nyampahhhhhhh..muahahaha

    ReplyDelete
  19. Ati Masrif - kalau sikit2 rojaknya, takpe lah...

    ReplyDelete
  20. semalam kan saya pergi midvalley. ada ke melayu yang jaga kaunter kedai arak.

    x paham betol lah

    ReplyDelete
  21. Myaby -- itu tak cukup pelik...you tahu tak dah ramai budak Melayu Islam yang menang contest bancuh arak? Hmmmmm...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...