Tuesday, December 7, 2010

25 Random Things About Me

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you.At the end, choose 25 people to be tagged.You have to tag the person who tagged you.If I tag you,it's because I want to know more about you.Your cooperation is highly appreciated. Haha ! "

Aku kena tagged oleh GB.Di sini
Dah lama aku tak kena tagged.
So, aku jawab tag ini, kalau boring baca, boleh skip aja. Hehe..

1. Aku lahir hujung tahun, 27 Disember to be exact. So aku sentiasa muda(baca: kurang almost setahun) berbanding rakan-rakan dalam kelas.Wakakaka.

2. Sekolah tadika aku dulu, bersebelahan dengan gereja. Tadika Convent. Sebab mak aku dulu mengajar di sekolah Convent. Tapi Alhamdullilah, akidah aku tidak tergugat..Ngeeee..

3. Beza umur aku dengan adik aku yang kedua ialah 6 tahun. Aku ada 3 adik beradik. Aku sulung, dan ada dua adik perempuan. Adik-adik aku suka sakat aku kata aku puas bermanja(sila baca as being spoilled) sepanjang tempoh 6 tahun pertama kehidupan aku. Aku kata "kehadiran ko Lina(adik kedua aku) menyebabkan along ditarik segala subsidi sebagai anak tunggal"..Hehehehehe...

4. Nenek aku sebelah mak, ialah orang Siam. Atuk aku dulu kena kerah jadi buruh paksa zaman Jepun, buat landasan keretapi. Atuk aku berjaya melarikan diri, disamping berjaya menackle nenek aku, dan dibawa ke Tanah Melayu.

5. Semasa aku darjah 5, aku pernah menyahut cabaran Cikgu Teh. Dia cabar siapa yang berani makan cili padi. Aku kunyah 2 atau 3 biji cili padi, selamba badak. Akibatnya, aku kepedasan dan mengalir air mata. Sampai sekarang, bila diimbau keberanian tak bertempat aku tu, aku tergelak. Family aku pun sama, masih akan tergelak mengenang peristiwa itu.

6. Aku belajar main catur ketika usia 12 tahun. Thanks to zaman selepas UPSR. Masing2 dalam kelas main dam ular, dam aji, Saidina(monopoli versi Malaysia), dan chess. Kalau tak kerana tempoh selepas UPSR ni, agaknya sampai sekarang aku tak tahu main chess.

7. Suatu masa dahulu, aku fasih juga berbahasa Arab.Kalau baca Al Quran tu, sedikit sebanyak boleh faham maksud. Tapi bila aku tinggalkan sekolah agama lepas abis PMR, habis hilang begitu sahaja skill bahasa Arab aku. Sayang betul. Aku berazam, dan berazam untuk menguasai kembali bahasa syurga ini, Insya Allah.

8. Masa mula mula masuk MRSM(form 4), aku agak culture shock. Bukan culture shock apa, syiokkkk sebab boleh bergaul bebas dengan jantina berlawanan..Hahahaha..zaman aku sekolah agama dulu, masuk library pun asing asing. Hari sukan pun diasingkan, hari ni hari sukan budak lelaki, esok hari sukan budak pompuan. Kelas diasingkan juga. Tapi aku taklah menggatal dan jadik romeo masa di MRSM.

9. Zaman di MRSM, aku belajar main rugby. Pasukan kami berjaya jadik johan daerah Larut Matang & Selama. Nak lepas zon negeri Perak, memang susah. MCKK ada. Sekolah Sains ada. Kat Perak ni, sekolah2 mereka memang aktif rugby. Rugby menjadi sukan yang paling berjaya dan glamour haram di sekolah aku ni, hinggakan pengetua pun beri banyak kelebihan kepada budak2 rugby, eg setiap pagi budak2 rugby akan dapat telur 3/4 masak. Bila lambat pergi surau untuk solat Maghrib dan kantoi dengan warden, kasi alasan "saya baru lepas training rugby cikgu"..confirm lepas..ngeh ngeh ngeh...Budak2 non rugby jeles/hangin aja..Hahaha.. Tapi budak2 rugby maktab ialah budak2 yang bermasalah/nakal/taiko.

10. Aku kalau main bola, so so aja. Taklah terror, dan taklah kaki bangku sangat, walaupun aku kipas susah mati Manchester United. Aku lebih mahir dan suka main rugby dari main bola. Tapi dah bertahun tahun aku tak main rugby dan bola..huhuhu...

Baru 10..huhuu..Nantilah aku sambung.Tengah fikir nak tulis apa lagi.

18 comments:

  1. Daddy ziyyad..susah jugak kan..nak habiskan 25..akak tu..masuk draff tu..ingat skit..tulis..macam tu la..dah cukup 25 baru publish..
    yang no.7 tu..rugi ditinggalkan..rasanya tak hilang teruskan..boleh ingatkan balik tu..nanti senang nak ajar anak2 pulak..

    ReplyDelete
  2. kak Erna - hehehe..jenuh tu nak tulis 25..tapi takpe, akan saya gigihkan juga menulis...pasal no.7 tu, ya, rasa amat amat menyesal sebab tak istiqomah amalkan bahasa arab tu..memang plan nak ajar kat anak.

    ReplyDelete
  3. ceh! baru nak cakap tahniah sebab berjaya menjawab tag. ni yang rasa nak kunyah cili padi ni! hahaha!!!

    p/s: GB pun pernah belajar bahasa aram masa matric uia dulu. tapi syukurlah sebab bebudak akitek kene belajar satu level je. kihkihkih

    ReplyDelete
  4. salam....

    kesan penderitaan membina landasan kete api pasti meninggalkan kenangan yg pahit kan? ( nenek sebelah mak orang siam)

    ReplyDelete
  5. GB- try le kunyah..hehehe...hmm, dah berapa tahun practising as an architect?

    ReplyDelete
  6. sekamar rindu - pastinya pahit, tapi tak sempat nak bertanya pada arwah atuk & nenek.

    ReplyDelete
  7. daddyZiyyad:
    dah lebih 5 tahun. dah dah...jgn nak kira2 umor GB. huuu~

    ReplyDelete
  8. GB --hehehe...age is just a number

    ReplyDelete
  9. saya sampai sekarang pun x reti main chess....huhuhu...

    ReplyDelete
  10. wahida - belajar lah..mudah aja..bagus utk mengasah minda

    ReplyDelete
  11. weii... MRSM Tepeng ka??
    spm tahun bila?

    ReplyDelete
  12. hahahaaaaa..terkejut nengok budak sekolah MARA yang sosial eh???
    .
    budak sekolah MARA yang masuk dari form 1 sangat tak suka budak yang masuk di form 4 hokey...kerek!!
    :)

    ReplyDelete
  13. errkksss.. syiapa kao???
    apesal muka tak familiar pun???
    muahahahha =P

    ReplyDelete
  14. DrSinga - saya ialah seorang pelajar yang amat baik, lemah lembut lagi penuh sifat pemalu ketika itu..wakakaka...

    ReplyDelete
  15. Hani - den memang tak glamour pun..belajar pun tak pandai..sapalah yang kenal...huhuhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...