Wednesday, December 8, 2010

25 Random Things About Me- Final Part.

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you.At the end, choose 25 people to be tagged.You have to tag the person who tagged you.If I tag you,it's because I want to know more about you.Your cooperation is highly appreciated. Haha ! "

Aku sambung lagi lah ye, lagi 15 , demi menyahut seruan GB..hehehe..

11. Kalau nenek aku orang Siam, nenek wife aku pula ialah orang Jepun. Patuuuuuuuutlah muka anak aku takde muka Caucasian...hehehehe.

12. Aku almost pilih bidang petroleum engineering lepas SPM. Tapi sebab syarat tukang sponsor aku masa tu(Shell) memerlukan aku berkhidmat kat Sarawak lepas tamat pengajian, mak aku tak kasi. Kebetulan masa tu pulak, ada kes heli pergi pelantar kat Sarawak terhempas. Lagilah mak aku tak kasik..Huhuhu.

13. Lepas PMR, kalau aku pilih pergi ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, agaknya aku akan further study kat Mesir /Middle East..dah boleh kasik ceramah Maal Hijrah ..hehe...tapi takdir menentukan aku pilih jalan sains.

14. Aku memang tak pandai berenang. Kayu. Hahaha.

15. Walaupun tak pandai berenang, aku tetap set kan impian semoga satu hari nanti aku nak experience Caribbean Honeymoon Cruise dengan wife aku.Kalau kapal tenggelam, aku pakailah pelampung banyak-banyak. Kalau pelampung habis/bocor, dah memang ajal aku lah tu.

16. Aku hampir hampir berhijrah ke Australia pada tahun 2007. Namun, rezeki aku masih di bumi Malaysia ni. Mungkin juga bila settle everything, aku akan bawa family migrate ke bumi kanggaroo tu juga, untuk satu tempoh masa. Saja berubah angin.

17. Dua tempat yang menjadi kegilaan aku & wife untuk bersara dan bina rumah, kecik pun takpe. Di puncak Cameron Highland atau di tepi pesisir pantai Terengganu.

18. Aku ni buta IT sebenarnya. 

19. Aku boleh ajuk bunyi Donald Duck.

20. Aku tak suka oncall. Aku tak suka tidur dalam keadaan berjaga jaga. Tu pasal aku tak lekat kerja di hospital.

21. Aku amat minat Discovery Channel & National Geographic. Aku amat benci dan anti AF dan rancangan yang sewaktu dengannya.

22. Banyak tempat aku dah sampai, tapi Sabah dan Sarawak aku tak jejak kaki lagi.

23. Semoga Allah permudahkan aku dan wife untuk tunaikan ibadah haji. Kalau ikut giliran, tahun 2032 lah giliran kami. Huhuhu...

24. Andai diberi peluang, aku teringin nak jadi Menteri Besar Johor. Sepenggal pun OK. Hahaha.

25. Aku tak pernah mengundi. Teruk kan. Aku berjanji, Insya Allah, untuk next PRU, aku akan mengundi. Undi siapa? Undi adalah rahsia tawwwww.....

Sapa aku nak tag ya?
Tak terfikir aku nak cari 25 orang, mcm carik dowline MLM pulak..wakakaka...

Tapi nama nama ni aku target:

-sekamar rindu 
-En_me-
-DrZul Dahan
-Dr Hani
-Dr Singa
-Miss B
-wahida
-alien
-pencacai alim
-kak ieda

Ada nama nama dalam list tag tu yang rasanya dah di tag sebelum ni oleh GB..ahaks...tapi masih belum menunaikan misi..

23 comments:

  1. tq tag saya...kalau saya ada masa, saya buat yer...
    mudah2an urusan menunaikan haji dipermudahkan...amin...

    ReplyDelete
  2. no 14. percaya lah berenang utu susah... nak ambil test berenang lagi lah susah!

    no 22: hah? tak kan lahhhhh....

    ReplyDelete
  3. wahida - sama sama kita berdoa ya.

    ReplyDelete
  4. Ayin - serius, saya tak pernah pergi ke Sarawak dan Sabah..huhuhu....by the way, saya tag awak juga ya...hehehe

    ReplyDelete
  5. wahahaha!!! nama drSinga naik lagi. hahaa!!!

    ok. baru boleh ckp tengkiu sebab sudi buat tag...lalala

    psstt...GB pun tak reti berenang wo...

    ReplyDelete
  6. best baca tag awak..pasal ada yg kelakar.. hehehe

    lega rasanya bila dah buat tag kan? rasa cam 'berhutang' jek kalau tak buat..hehehhe

    * kita pun tak pandai berenang..tapi my 3 kids dah pandai berenang..ikut cam ayahnya

    ReplyDelete
  7. salam...

    bestnya leh ajuk suara d.duck tu...teriagt kat mazlan pet-pet dia pun leh ajuk juga dulu..

    ReplyDelete
  8. GB - ur welcome. Jommm belajar berenang..:)

    ReplyDelete
  9. Putubambu - belajarlah berenang dgn hubby tu...kalau gi kelas, kena bayar..

    ReplyDelete
  10. sekamar rindu - tapi dah lama tak guna suara d.duck tu...hehehe

    ReplyDelete
  11. kihkihkih....dah 3 orang tag benda yang sama..
    aci tak nak tunggu sampai 25 orang baru nak jawab??
    :)

    ReplyDelete
  12. tak senonoh!!!
    pergi Pejabat Pos, daftar mengundi cepat!!!!!

    ReplyDelete
  13. 2032 brapa umur ko?hakhakhak

    xpnh mengundi..kalu ko org johor aku tau akidah ko dlm politik..kehkehk

    thanks tagged aku..

    aku sama ko..kayu tk pndai berenang padahal dpn umh aku sedepa besar sungai pahang..apa blh bt dibesarkan di LA..hakhakhak

    ReplyDelete
  14. wei wei..
    aku dah buat
    jangan tag lagi dah!
    hahaha
    kang jadi '50 random things' pulak

    ReplyDelete
  15. eh, jap..
    apa nama penuh?
    kelas mana?
    no. maktab????

    ReplyDelete
  16. DrSinga - kalau sampai 25 orang yang tag you, jawabnya you kena jawab tag 25 x 25 random things...hahaha..
    Pasal daftar mengundi tu, baikkkk lah...akan mendaftar secepat mungkin...ngeeeee

    ReplyDelete
  17. Pencacai Alim - walaupun aku asal JB, tapi akidah politik aku bukan seperti yang kau sangkakan...hahaha..tahun 2032, umur aku 16 tahun...:)

    ReplyDelete
  18. Hani -- ko ni macam Inspektor Shahabbbbb la..hahaha

    ReplyDelete
  19. saya dah buat tag ni hari tu. hihi

    tau tak yang sy tak daftar lagi untuk mengundi. lagi teruk kan.

    hahaha

    ReplyDelete
  20. Myaby--ohh..dah buat yer..nanti saya selak2 blog you.:)

    ReplyDelete
  21. Sapalah yg mulakan main tag2 ni?
    Kalau skim piramid, dah jadi jutawan gamaknya.

    Terima kasihlah sebab tag saya.

    Ada kelapangan nanti saya cuba reka2...

    ReplyDelete
  22. DrZul - betul tu, kalau MLM, dah boleh beli 5 series dah...wakakaa

    ReplyDelete
  23. eh, yg no 21 ngan 25 tu kita sama laaa...hahha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...