Sunday, November 14, 2010

Up Date Cuti Terengganu

Masih bercuti lagi, ingat dah tak sentuh komputer....tapi sebab perut kenyang sangat makan tadi, so tak molek lah terus tido..hahah..so melepaklah guna mini cyber cafe yg disediakan percuma oleh hotel ni..

Semalam, paling best sebab bila sampai ke Pusat Penerangan Penyu, Rantau Abang, kebetulan ada majlis pelepasan anak penyu terbesar, 2000 ekor kesemuanya, dan masuk Malaysia's Book of Record. Alhamdullilah, memang rezeki dapat attend such an event. Nanti aku update pasal ni. Memang seronok.

Malam ni, aku tido di Chukai.
Hari ni hari yang meletihkan...penat berjalan & penat makan.
Pagi hantar Fiza & WanBah & Makcik ke Pasar Payang. Pukul 11am dah terpacak kat Pulau Wan Man, lawat Taman Tamadun Islam(TTI). Kat TTI ni aja dah melepak sampai almost pukul 4.30pm. Inclusive melawat kesemua monumen + river cruise along Sg Terengganu + solat & melepak kat Masjid Kristal.

Esok plan nak balik. But before that, kena naik ~ 25km ke Kemasik, nak lawat Pantai Kemasik dan ambil gambar apa yang patut.

Nantilah, bila dah selamat sampai rumah, aku buat karangan bergambar pasal 'Percutian Kami Sekeluarga ke Terengganu'...hehehhehe...

ps: aku rasa aku kena beli jugak sebijik kamera digital reflex satu lensa lepas ni..pengalaman pakai D3000 makde ni, dan setelah diracun oleh fiza + budak geng photog yang jaga monumen kat TTI tadi, sungguh kuat kesannya..wakakaka...

3 comments:

  1. beli Bro!!!
    beli!!

    (kata2 seorang yang telah terjebak akibat kawan2 blogger yang asyik dok tayang gambar lawo2 kat blog...)

    ReplyDelete
  2. tengah fikir nak pecahkan tabung ayam ni atau tidak...hehehee...DrSinga pakai kamera cap apa?

    ReplyDelete
  3. http://mykenon.wordpress.com/

    450d
    entry level je..
    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...