Friday, November 5, 2010

Solat Jumaat

Hari ni hari Jumaat, 5 Nov 2010. Macam biasa, kewajipan solat Jumaat perlu dilaksanakan.
Aku mcm biasa, bersolat di Masjid Bandar Baru Senawang(MBBS).

Aku suka masjid ni sebab walau datang lambat macam mana pun, parking space dalam masjid tetap ada, most of the time, betul betul depan pintu masuk masjid. Warga sekitar Dataran Senawang ni, lebih suka park kereta kat luar masjid.Cumanya, kalau dah park dlm compound masjid, tak boleh la nak keluar awal kan. Aku tak kisah, sebab selalunya abis aje solat, memang aku lepak2 dalam masjid, bila aku nak balik ~ 2.15pm, dah clear dah.
Pandangan dari depan MBBS

MBBS dari luar, bangunan kat belakang tu ialah apartment anggota Polis

PS: Gambar-gambar di atas, aku cilok dari Google. Aku belum sempat shoot sendiri gambar MBBS ni. Nanti bila dah ada koleksi sendiri, aku paste kan.

Setiap kali bersolat di masjid, benda2 ni aku selalu perhatikan, especially time ramai jemaah macam time solat Jumaat. Benda benda ni yang pada aku, kita boleh perbaiki sebagai hambaNya.


  • Tabiat susah nak penuhkan saf dihadapan. 
        -Imam dah nak angkat takbir, saf depan rompong lagi. Sampai orang depan kena tengok belakang suruh masuk penuhkan saf. 



  • Lalu dihadapan orang sembahyang.
         -Selamba rock aja lalu betul betul depan orang solat. Samada mereka ini jahil, atau terlupa, Wallahualam. Tadi aku terkena, sedangkan aku dah carik port paling tersembunyi di bucu masjid, utk solat ba'diah Jumaat. Pakcik separuh abad ni yang memang duduk sebelah aku, selamba aja melintas depan aku.Jarak antara aku dgn dia tak sampai sehasta pun. Padahal belakang aku kosong, boleh aja lalu belakang. Baca ni:

HR Bukhari (alSahih: 1/584, # 510), Muslim (alSahih, 1/363, # 507),” seandainya seorang yg lewat di hadapan orang yg solat mengetahui akan dosanya, pasti dia rela berdiri 40 (hari) akan lebih baik berbanding melewati orang yg sedang solat.”



        -Masalahnya timbul juga akibat kelalaian orang yg bersolat itu sendiri, tidak meletakkan penghadang/sutrah. Lebih parah, dah tahu lokasinya betul betul kat pintu keluar masjid, dan selamba aja buat solat sunat ba'diah, sedangkan orang lain sedang berpusu pusu keluar masjid. carilah port lain, belakang tiang ka, belakang tabung masjid ka...

  • Cara solat yang tak menepati cara Rasul bersolat, ataupun setidak tidaknya, tak mengikuti betul betul Mazhab Syafie.
           -Hadis yang ni:
            “ Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku bersolat.” (Hadis Sahih, riwayat Bukhari no. 631 dan Ahmad no. 53 Jilid 5 ).

           Bukanlah erti hadis tu menyuruh kita sebijik sebijik meniru cara solat Rasul SAW, sebab kita tak pernah melihat Rasul SAW, apatah lagi baginda bersolat. Jadinya, kita harus bertaklid kepada para sahabat dan ulama hadis(yang dari dulu lagi menyampaikan tentang cara solat Nabi Muhammad SAW).

     -Bawak bawak lah berusaha membaca, baca sumber sekarang ni yang boleh kita cari utk menyempurnakan solat kita. Adakah solat kita sempurna, betul betul mengikut cara yang diajar Rasul SAW? 

Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).

Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.

Kita mengaku kita aliran Mazhab Syafie, tapi cara solat kita, banyak yang tak ikut 'style' Mazhab Syafie.
Ada banyak buku di pasaran yang mengajar cara solat betul, cara meningkatkan mutu solat kita. Aku dah baca dan beli buku Formula Solat Sempuran oleh Ustaz Zaharuddin. Bagus buku ni, hasil kajian beliau ke atas ratusan kitab2 ulama'.Boleh dibeli di MPH. Perbincangan tentang cara solat yang sebenar dan bermutu ini panjang, beyond the scope of this blog, so boleh la baca buku/layari internet. Semoga mutu solat kita semakin bagus dari hari ke hari, sebab tiada gunanya umur makin tua bangka, tapi kualiti solat macam tu jugak. 





   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...