Wednesday, November 24, 2010

Salah Rupanya Pelepasan Anak Penyu Tu..

Aku ada buat entri pasal aku pergi ke program pelepasan anak penyu terbesar, di sini

Malam ni, aku tak boleh tido, so saja godek godek Google..dan terjumpa lah benda ni :

WWF-Malaysia tidak bersetuju dengan pelepasan 2,428 anak penyu secara besar-besaran

Posted on 16 November 2010 Bookmark and Share

WWF-Malaysia
Pihak WWF-Malaysia  tidak bersetuju dengan aktiviti pelepasan 2,428 ekor anak penyu secara besar-besaran yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan melalui Pusat Penyu dan Ekosistem Marin sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 15 November 2010 lepas.

Untuk mengumpul jumlah anak-anak penyu yang sebegitu banyak, anak-anak penyu ini perlu diambil daripada beberapa pusat penetasan di negeri Terengganu dan kemudian disimpan untuk jangka masa yang tertentu sebelum dilepaskan dalam jumlah yang besar.
Amalan ini bertentangan dengan Prosedur Piawaian Pengurusan Penyu Semenanjung Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Anak-anak penyu perlu dilepaskan ke laut dengan segera, sebaik sahaja mereka keluar dari sarang masing-masing untuk memastikan kemandirian anak-anak penyu ini. Seperti yang diterangkan dalam Prosedur Piawaian Pengurusan Penyu tersebut, pelepasan anak penyu dengan secepat mungkin memastikan anak penyu mempunyai lebih tenaga untuk berenang jauh dari pantai, melepaskan diri daripada pemangsa dan membolehkan suatu proses penting berlaku, iaitu ‘imprinting’. "Imprinting" adalah proses yang membolehkan anak penyu mengingati pantai di mana ia dilepaskan dahulu, supaya anak penyu ini dapat kembali bertelur di pantai yang sama apabila dewasa kelak. Penahanan anak-anak penyu bagi jangkamasa yang tertentu juga menyebabkan peluang mereka untuk hidup tipis kerana sejurus dilepaskan, mereka sudah tidak berdaya untuk berenang jauh dari pesisir pantai yang penuh dengan pemangsa.

Memandangkan nisbah kehidupan anak-anak penyu adalah rendah, maka upacara seperti ini yang tidak menyumbang kepada pemuliharaan penyu tidak sepatutnya diadakan semata-mata untuk catatan di dalam Malaysia Book of Records. Sebaliknya amalan menyimpan anak-anak penyu untuk dilepaskan kemudian akan memberi tanggapan yang salah kepada orang ramai bahawa ini adalah amalan yang betul.
WWF-Malaysia berharap agar isu ancaman terhadap penyu seperti penjualan dan pemakanan telur penyu yang berleluasa, penangkapan tidak sengaja di dalam alat menangkap ikan dan kemusnahan habitat diberi perhatian khusus. Penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada juga perlu diberikan perhatian serius bagi memastikan penyu yang kini terancam tidak terus pupus.

Dato’ Dr Dionysius Sharma
Pengarah Eksekutif/CEO
WWF-Malaysia.


Dan juga ini

Setelah aku baca link link tersebut, aku tersentak.
Dalam pada aku (dan beratus ratus manusia pada hari tu) berseronok pegang2 dan lepaskan anak penyu, rupa rupanya tindakan itu bakal mengundang kesan yang negatif kepada anak-anak penyu terbabit.
Siapa yang harus disalahkan?
Aku mengaku, masa hari kejadian, memang aku tak tahu pun benda ni 'salah'

10 comments:

  1. Mesti hang pun ada lepaskan penyu ni..he..he..he.. tak tahu takpe...
    p/s aku mmg tak tahu pasal penyu ni..

    ReplyDelete
  2. ooo..xtau jugak..nama je org terengganu, penyu pun x pernah tengok live..

    ReplyDelete
  3. gismo --aku & family masing2 pegang 2-3 ekor kat setiap tangan, punyalah excited :)

    en_me --kalau jadik ke South Africa, jgn lupa pergi tengok shark..hihihi..

    zie - balik kampung nanti pi bertapa kat Rantau Abang tunggu penyu landing..:)

    ReplyDelete
  4. h4ni3 --andaikata I tahu fact ni masa di Rantau Abang 2 minggu lepas, memang I tak akan bergumbira pegang baby2 turtle tu...

    ReplyDelete
  5. kenapa WWF tak membangkang dan me-war-warkan pembangkangan sebelum tragedi ek??

    ReplyDelete
  6. nak tanya soklan yg sama dgn dokter singa.

    akan adakah penganjuran untuk lepaskan 2,428 ekor anak singe pulak lepas ni? huhuhu~

    ReplyDelete
  7. DrSinga & GB --sebenarnya, before tragedi pelepasan, ada wartawan Utusan yang alert pasal isu ni, tapi dibidas oleh mereka yg berkenaan(including Datuk), kononnya si wartawan tiada ilmu pasal penyu. Boleh baca kat arkib Utusan pasal ni.Sekali kena fire dgn WWF, terduduk la...I hope selamatlah anak2 penyu tu...

    ReplyDelete
  8. rekod yg tah pape tah
    keh3
    tanak buat rekod bersihkan sungai kelang secara besar2 ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...