Wednesday, November 3, 2010

P.Ramlee -Kisah Sebenar Hidup Beliau.



Dua hari yang lalu, aku tertengok satu dokumentari di History Channel pasal Tan Sri P.Ramlee.
P.Ramlee di zaman kegemilangan beliau

Aku minatlah juga dengan filem filem beliau, tapi tak lah se extreme macam Pak Ngah aku yang siap boleh hafal banyak skrip dalam lakonan beliau..hehe..Antara lakonan-lakonan beliau yang aku suka ialah bila beliau menjadi Ketua Penyamun, yang ada arwah Ibrahim Pendek jadi Sarjannya tu.Sekarang ni, aku dah ada ensiklopedia bergerak tentang filem filem beliau, iaitu isteri aku! Dia pun peminat setia P.Ramlee. Sekilas pandang ceritanya, dah tahu tajuk dari filem yang mana.

Selama ni aku ingat dia memang diminati dan dipuja ramai hinggalah ke hari kematiannya pada 29 Mei 1973. Rupa rupanya aku silap. Dokumentari di History Channel ni telah merungkai segala galanya, dengan temubual eksklusif dengan ramai rakan rakan seperjuangan beliau seperti Datuk Aziz Sattar, H.M Shah, Mariani & Kuswadinata, dan juga anak anak belia, Nasir dan Sazali(anak angkat).

Anak angkat P.Ramlee, Sazali

Anak beliau hasil perkahwinan dengan Junaidah, Mohd Nasir. Pun meninggal kerana sakit jantung pada 2008

Di penghujung hayatnya, P.Ramlee telah menjadi miskin, dan dipulau rakan rakannya. Miskin kerana konflik bayaran hasil kreatifnya(dengan Shaw Brother's) dan beliau makin tidak popular bila irama lagu Pop Yeh Yeh mula masuk ke arena muzik tempatan. Mungkin kerana beliau tetap kekal dengan irama lagu lagunya, dan tidak terikut ikut rentak lagu zaman itu, menyebabkan popularitinya merudum.

Punyalah miskin P.Ramlee hinggakan Aziz Sattar kata bila dia ke rumah P.Ramlee, dia amat sedih melihat P.Ramlee hanya makan nasi berlaukkan telur goreng sahaja. Ketika kematiannya, dirisaukan juga tiada siapa yang akan datang melawat jenazah beliau, dan risau bagaimana kos urusan pengembumiannya nanti. Nasib baiklah masa tu H.M Shah(pemilik Shah Village's Hotel yang glamour di PJ tu) menderma RM3000.

Menerusi dokumentari ini juga, barulah aku sedar betapa pemurahnya P.Ramlee. Mariani menceritakan satu insiden dimana ketika itu P.Ramlee bersama sama dengan isterinya, Saloma, didatangi orang meminta tolong(tiada wang). P.Ramlee menyeluk poketnya, dan memang ada RM200 semasa itu, dan diberi semuanya wang itu. Saloma yang terperanjat melihat kejadian ini menegur beliau, tetapi P.Ramlee dengan selamba berkata" tak apa..kita OK..". Banyak lagi cerita cerita tentang sifat dermawan P.Ramlee yang aku baru tahu lepas tengok dokumentari ni.

Bersama isteri no 3 nya dan terakhir, Salmah Ismail a.k.a Saloma.

Bercakap pasal Saloma, teringin aku nak melepakkan diri di Saloma Bistro ni....takpe, nanti daddy bawak korang ya.

Tahun tahun akhir sebelum kematiannya akibat serangan jantung, beliau memang tidak diendahkan. Beliau datang untuk satu show di RTM, tiada siapa yang peduli, jauh sekali untuk sediakan satu show khas dedicated to him. Semasa beliau tiba di satu anugerah flem di Singapura, tempat duduk pun tidak di rezabkan, dan akhirnya beliau duduk dibelakang Aziz Sattar.

Tapi Allah itu Maha Adil, mungkin beliau tidak di hargai semasa hayatnya. Selepas kematiannya, banyak anugerah diperolehinya(post humous) .

Berikut sedikit sebanyak anugerah yang beliau perolehi, baik sebagai anak seni, dan juga anugerah selepas kematiannya.


Filem-filem beliau yang menang anugerah:
  • Anakku Sazali (My Son Sazali): Best Male Actor,4th Asian Film Festival (Tokyo,1957)
  • Hang Tuah (Legend of Hang Tuah): Best Musical Score,3rd Asian Film Festival (Hong Kong 1956) and Official screening at the 7th Berlin International Film Festival in 1957.The first and only P.Ramlee movie to be filmed in color.
  • Ibu Mertuaku (My Mother in-law): Most Versatile Talent,10th Asian Film Festival (Tokyo,1963)
  • Madu Tiga (Three Wives): Best Comedy,11th Asian Film Festival (Taipei,1964)
  • Nujum Pak Belalang (Pak Belalang The Fortune Teller): Best Comedy,7th Asian Film Festival (Tokyo,1960)
  • Pendekar Bujang Lapok (The Three Warrior Bachelors): Best Comedy,6th Asian Film Festival (Kuala Lumpur,1959)
  • Sumpah Orang Minyak (Curse of The Oily Man): Best Black and White Photography,5th Asian Film Festival (Manila,1958)
Senarai anugerah darjah kebesaran:
  • Ahli Mangku Negara (AMN),conferred by His Majesty Tuanku Syed Putra Jamalullail in 1962.
  • Panglima Setia Mahkota (PSM),carrying the title 'Tan Sri' by HRH Sultan Azlan Shah in 1990.
  • Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak "Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous)" (DA(P)),carrying the title 'Datuk Amar' by the Sarawak State Government in 2009.
  • Hononary Doctorate in Performance Arts,2005


Di tahun tahun akhir hayat beliau, dah gemuk P.Ramlee ni.

P.Ramlee memang versatile. Beliau berbakat. Lagu lagunya di 'cetak rompak secara terhormat' oleh artis zaman sekarang, atas nama diberi nafas baru. Ahmad Nawab berkata dalam dokumentari ini "mana mungkin dan tidak sama hasil hasil lagu P.Ramlee dengan usaha 'nafas baru' yang galak dibuat zaman ini ". Lanjutnya beliau berkata " Kita harus respect dengan hasil seni orang lain, dan tidak diubah ubah"..Aku setuju dengan Dato' Ahmad Nawab..

Hidupnya penuh kontroversi, sesuai sebagai seorang anak seni. Ayat ayat klise seperti 'cuma ada satu P.Ramlee' dan 'Belum Ada Pengganti P.Ramlee' memang kerap didengari. Beliau menjadi satu ikon dan hasil hasil kreatif beliau, baik lagu, mahupun filem, dijadikan satu standard. Orang akan berkata " filem kau tak sehebat filem P.Ramlee"...atau " lagu lagu zaman sekarang tak akan evergreen macam lagu P.Ramlee".
Teater Musikal P.Ramlee. Ajib ada pegi tengok dengan mak, atuk. Rugi lak rasanya aku tak pegi.

Secara peribadi, aku harap Malaysia akan hasilkan seorang genius seperti P.Ramlee.

14 comments:

  1. saya pun baru nengok hari tu kat 555..
    sebab baca kat sini..
    :)

    ReplyDelete
  2. terharu kan tengok detik detik akhir hayat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..sekurang2 nya saudara singgah utk kenangkan jasa beliau....dan sedeqahkan AlFatihah.....

      Delete
  3. Hanya Allah yang tahu dan menilai ganjaran yang akan diberikan kepada aruah yang banyak jasa kepada rakyat Malaysia ini.....

    ReplyDelete
  4. Semoga roh arwah dicucuri rahmat....al fatihah

    ReplyDelete
  5. Semoga roh arwah dicucuri rahmat....al fatihah

    ReplyDelete
  6. Smoga roh arwah dicucuri rahmat. . . Al fatihah u're always my idol eva.

    ReplyDelete
  7. makan telor goreng ngan nasi tu kira ok lagi...saya dulu makan nasi tak ada lauk pun..generasi skrg bukan tahu macam mana erti hidup susah... belajar hidup susah...baru faham erti kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah xde lauk pun makan pun ...ayah dgn adik num 2 pnh mintak sedekah sbb byk hari dh xmkn..alhmdulilh adik yg mtk sedekah tu pun dah tahun 3 kat UPM..saya plak bakal jurutera tgh buat ijazah kt IPTA..adik saya yg sorang lagi yg pnh pengsan sbb lapar n xckup zat pulak tgh amik asasi TESL kt UITM.......

      Delete
  8. P.ramlee you are Legend..

    ReplyDelete
  9. Makan nasi ngan telur bgi p.ramlee bkn sesuatu yg ok...kerana p.ramlee nama yg besar...klau org awam yg besa....itu mkn nasi tk berlauk..itu kira besa2 jk...kerana p.ramlee adlh seniman yg besar...jdi herankn....nama yg besar mkn nasi ngan telur goreng jk....klau artis sekrg ramai yg cerewet

    ReplyDelete
  10. sebagai seorang individu kita seharusnya berdiri pada dunia nyata. apa apa pun pujian atau belas kasihan kepadap ramlee...dia berbakat tidak dinafikan tetapi pada saya secara rasionalnya p ramlee sebenarnya seorang yang gagal dalam hidup.

    ReplyDelete
  11. sebagai seorang individu kita seharusnya berdiri pada dunia nyata. apa apa pun pujian atau belas kasihan kepadap ramlee...dia berbakat tidak dinafikan tetapi pada saya secara rasionalnya p ramlee sebenarnya seorang yang gagal dalam hidup.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...