Monday, November 22, 2010

Oh Nikon D7000

Petang semalam aku jalan jalan kat shopping complex.Biasaklah, mcm kebanyakkan rakyat Malaysia yang menjadikan shopping complex sebagai port utama utk melepak di hujung minggu.

Aku pun masuklah kat satu kedai jual kamera ni..saja usha usha...nama pun dalam proses nak beli dslr
Sajalah gatal mulut tanya tokey kedai tu pasal d7000, model yang menjadi bualan hangat dikalangan Nikonian tegar..

Menurut kata tokey kedai, memang takde lagi dalam market Malaysia. Dikhabarkan dah ada orang yang dah siap bayar $4500+, dan sanggup menunggu berbulan bulan. Official launch nya katanya hujung bulan November ni.

Fuyyoooo....
Menurut kata tokey lagi, harganya termasuk kit lense ialah sekitar $4600-4800..maybe jugak cecah $5000 !
Dan katanya, utk permulaan, Nikon Malaysia dah allocate 20 unit utk pasaran Selangor. 20 unit!!  Gilo ko hapo...kalau menipu tokey tu, so menipulah jugak aku...:)

mesti jeles makde kalau aku tayang D7000 ni depan dia..wakakak..

Model D7000 ni ialah model bagi menggantikan D90. So rasanya ramai jugaklah yang let go D90 masing-masing. Mesti byk lambakan D90 second hand kat mudah.com lepas ni kan....aku tak sure lah kedai kamera akan still jual lagi tak D90.

Banyaklah kelebihan pasal D7000 ni. Baca aja review nya kat dalam internet, melambak. Body nya mantap, Magnesium alloy, twin SD card slot, bla bla bla..sediakan ajalah uangnya....

Ada gaya pro tak kalau aku gantung menatang ni kat leher..hihihi..


Aku perhatikan, camera pun dah jadik macam henpon. Bermacam macam model keluar. Tak terikut nak follow dan beli latest model. Takde duit lah sebenarnya.
Budak budak universiti pun layan dslr. Samada mereka memang banyak duit(duit makbapak), atau berdikari gigih mengumpul wang, atau aku yang memang kedekut nak korek tabung ayam aku beli dslr..hahahhaa..

Kalau ikutkan, dari tahun 2007 lagi aku nak beli dslr. Dah hampir2 nak beli dah masa tu. Masa tu nak beli Canon EOS model hape ntah, aku pun lupa. Tiba tiba subconscious mind aku berkata "weeihhh..ni expensive hobby weihh..baik kau layan hobi kereta ka, kumpul setem ka"...

Aku harap subconscious mind aku tak mengganggu aku lagi..:)
Lepas ni nak menelaah pulak pasal Canon.

Asyik Canon vs Nikon aja kan...never ending war mcm BMW vs Mercs.
Tu pasal org yang pakai Audi, ialah orang yang unik..:)
So, adakah aku nak fikir option ketiga, yakni Sony DSLR?
Tunggu dan lihat ajalah..

9 comments:

  1. ko tanya gismo kat http://gismo82.wordpress.com/

    kalau lagi sifu Canon..en_me
    http://fotolumayan.wordpress.com/

    :)
    saya....
    entry lebel je...

    ReplyDelete
  2. DrSinga--thanks for the advice.
    Sejak berkecimpung dlm dunia dslr, dah ada berapa bijik lense? :)

    ReplyDelete
  3. usahkan budak U, students skolah tmpt kita praktikal tu puuunnn pakai DSLR doc...

    parents maen peguam, successful engineer,doc etc semua..beruntungnya budak2 zaman sekarang..

    ReplyDelete
  4. Zie-- itulah pasal.
    Budak2 sekarang ni, henpon nak blekberi, camera mesti dslr..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. beli yg pertengahan.. so takdela rasa mcm baru 1-2 tahun pakai, dah nak tukar yg lain. yg penting, jangan sampai miss soru! hehehe

    ReplyDelete
  6. lense??
    kat mata..dua.. :)
    kat kamera... lense yang datang bersama kamera itu aje...belum chop duit lagi...:)

    ReplyDelete
  7. h4ni3 - kena puasa sebulan lah, baru boleh beli D7000..hihihi..

    DrSinga - cepat2 bukak kilang duit, boleh cop duit :)

    ReplyDelete
  8. before buy boleh tgk detail info kat dpreview..google je dpreview nanti ada website pasal dslr..tgk detail info pastu baru decide which one the best...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...