Wednesday, November 10, 2010

Peminta Sedekah

Hari ni tiga kali orang minta sedekah/derma datang jumpa aku.

1. Masa aku di Maybank.

Tak cukup dengan tabung madrasah tahfiz yang memang 'kekal' diletakkan di depan pintu masuk, ada juga pihak lain yang merayau rayau minta derma bagi pusat lain.

2. Masa aku ke RHB.

Sebab sistem ASB offline, aku menapak lah ke RHB bank, yang letaknya betul betul belakang Maybank. Dengan harapan, sistem kat sini OK. Pun offline. Dan kat sini pun ada budak mintak sedekah. Dan tabung madrasah tu pun, ada juga kat depan bank ni.

3. Masa aku lepak kat kaunter depan klinik tadi.

Ada satu mamat India, datang mintak sedekah bagi pusat keagamaan dia. Staff aku beria bercakap, aku sibuk layan komputer. Minta sedekah pun demand, siap cakap "kalau tak ada duit sangat, RM1 atau RM2 pun bagi lah"..


Aku dah malas nak layan peminta sedekah.
Katalah aku kedekut ke, haji bakhil ke..

Aku hanya bersedekah di tempat yang aku tak ragui statusnya.
Tempat paling mudah, tong masjid.
Lepas tu,mana mana rumah anak yatim/madrasah yang siap dengan surat keizinan dan gambar. Selalunya yang masuk TV atau di internet.

Orang perseorangan yang datang mintak ni, aku jarang layan.
Lagi satu aku dah banyak kali buat Edisi Siasat sendiri, menyiasat aktiviti 'orang buta penipu' yang bergerak dari meja ke meja, selalunya kat restoren mamak. Depan kita punya ya slow jalan, bertongkat. After few hundreds meters, tongkat ke mata, spek mata ke mana!

Aku ingat dulu ada mamat Afghanistan masuk klinik, usung tabung, bawak gambar yang siap dilaminate.
Gambar mangsa perang lah.
Modus operandinya senang saja --bagi salam, lepas tu cakap "Jihad..jihad...Fi sabilillah"
Yang lain lain, haram sepatah pun tak boleh cakap. Cakap simple English pun tak boleh, cakap Melayu jauh sekali.

Tu pasal pemintak sedekah yang tak genuine di Malaysia kaya raya.
Sebab orang Malaysia ni, pemurah tak bertempat.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...