Thursday, November 4, 2010

Musim Banjir dan Terengganu.

Banjir terburuk sejak 2005



Seluruh bandar Kangar dilanda banjir pada hari ketiga. Gambar ini dirakam dari bangunan KWSP di Kangar, semalam.



KUALA LUMPUR 3 Nov. – Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005 dengan lebih 35,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara setakat ini.
Dua kanak-kanak perempuan, Siti Nadia Shukor, 13, dan adiknya, Sharifah yang berusia lapan tahun dikhuatiri lemas di Kota Setar, Kedah manakala seorang remaja, Muhammad Nurul Afiq Mohd. Rozaidi, 21, pula masih hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Baru, Simpang Empat, Kangar, Perlis.
Setakat malam ini, jumlah kematian yang dicatatkan termasuk korban terbaru ekoran banjir adalah lima orang.







Ini ialah sebahagian berita muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini. Pasal banjir. Ketika ini, banjir melanda bahagian utara (Kedah & Perlis) dan pantai timur (Terengganu & kelantan).

Banjir di Kedah dan Perlis disifatkan yang terburuk sejak 2005. Airport di Alor Star pun ditutup. Sebahagian laluan PLUS di Perlis pun tutup. Khabarnya, UiTM Arau pun dinaiki banjir. Dan rumah MB Perlis pun banjir !

Di Terengganu dan Kelantan pun sama. Ini memang perkara tahunan bagi kedua dua negeri ni, pesta main air. Apa yang merisaukan aku ialah minggu depan aku nak ke Terengganu utk ambil Ajib di Texas (Chukai)...Hmmm...rasanya takat ke Cukai tu, lepas la...tapi plan nya nak jalan sampai ke KT. Tapi katanya jalan area Dungun maybe akan banjir. So tengok lah macam mana. Setakat ini, banjir di Kelantan memang dah masuk kategori parah. Di Terengganu (mengikut cerita rakan rakan forum aku), cuacanya cerah sehari dua ni.


Dah lama aku tak ke Terengganu. Last pergi pun 2007. 
Pergi ke Terengganu kali ni umpama misi mengambil Ajib sambil berjalan jalan lah sekali. Plan nya, nak bawak Wan Bah & Makcik sekali.

Tempat yang aku bajet nak pegi, Insya Allah kalau tak banjir
Kalau dapat singgah ke sini, nak solat dalam masjid ni. 2007 dulu lalu aja depan masjid ni.


Aku harap, cuaca sepanjang minggu depan cerah la hendaknya. Ada la chance aku nak berjalan jauh sikit ke KT.

Sekarang ni tengah menelaah jalan jalan di Terengganu (jalan pesisir pantai, aku tak tau jalan dalam Jerangau-Jabor tu), dan nak survey hotel yang bajet, tapi OK.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...