Saturday, November 27, 2010

Majlis Berkhatan Beramai -Ramai (episod 1)

Hari ni ada majlis berkhatan beramai-ramai di kampung Fiza.Ianya ialah Program Kemasyarakatan Bank Rakyat(sebagai penaja rasmi), bersama sama JKKK & Masjid As-Siddiqin, Kg.Batang Benar, Nilai.

Iklan sebentar
Students from Masterskill University pun siap buat khemah, khidmat masyarakat check BP, blood group, BMI, etc etc
Ni pun iklan jugak, indirectly


Program bermula seawal 8 pagi. 50 orang anak-anak qariah kampung ni dah daftar untuk sunat free. Mereka berkumpul, dan kemudiannya berarak masuk ke perkarangan masjid.
Nak sunat pun ada bunga telur tawww
Semua segak bersongkok bersampin
Lepas ucapan oleh pelbagai pihak, budak-budak nak sunat ni diberi sedikit wang & hadiah oleh Bank Rakyat..best tu..dah la sunat free, dapat duit lagi..
Penyampaian buku akaun
Usai sudah majlis bagi buku akaun, tibalah acara 'gimik siraman air bomba'. Aku terkaget sebentar tengok bro bomba ni, siap usung D90 tu..:)
Yo yo oo ajo lambai tangan..happy sekarang yerrr..
Lupa nak godek kamera bro ni..:)

Tak hingat dunia main air
Mandi bawah pelangi tuuuu..
Masa ni lah segala macam dslr keluar, jeles aku :)
Budak-budak, bila dapat air..terlupa nak kena potong lepas ni.

Tak cukup dengan air dari pili kecik bomba tu, air datang dari sini jugak. Air semburan YB Datuk Ishak Ismail.
Kalau dapat hos ni basuh kereta aku, sure berkilat
Kesejukan (dan dah start cuak ler tu..)
Sempat juga menyelit nasyid lepas tu, bagi menghiburkan hati kanak kanak yang semakin gusar nak jumpa tok mudim.:). OK, not bad suara, kalau ada Akedemi Nasyid, boleh masuk ujibakat. Mereka didatangkan khas dari USIM kalau tak silap aku.

Cukuplah dulu entry kali ni pasal majlis khatan ni. Next entry aku tepek gambar kanak kanak yang keriangan di atas meja sunat..:)

Sebelum berpisah, gambar -gambar berikutnya ialah kredit aku kepada warga kerja & urusetia yang membolehkan majlis ini berjalan dengan lancar.
En.Mohd Salleh, Pengerusi JKKK Batang Benar (merangkap pakcik Fiza..hihihi)
En.Mustaza Sihat, Pengarah projek khatan ni (merangkap bilal Masjid As-Siddiqin)
The AJK's

Penampilan istimewa, Ustaz Dr.Ridhuan Tee (with Fiza's grandpa)

7 comments:

  1. GB- in real, memang cantik pelangi tu.Itulah hikmat air bomba yang power + cuaca panas..:)

    ReplyDelete
  2. hohoho
    dulu aku sunat berdua ngn abang aku je

    ReplyDelete
  3. teringin nak jumpa ustaz ridhuan tee...

    ReplyDelete
  4. salam kenal.

    minat dgn ustaz ridhuan tu

    nilai tak jauhlah dari rmh kak ati

    ReplyDelete
  5. alien--ko sunat kat klinik aja kan?

    wahida -- kebetulan dia dtg majlis ni, dpt jumpa dia in person

    Ati - salam kenal kak ati. Rumah kak ati di mana? sepang ke?

    ReplyDelete
  6. dtg lagi ..TQ flw kita na..ingat org bujang sat ni
    hehe..rmh kak ati dkt dgn masjid klia...

    flw u back ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...