Friday, November 12, 2010

Klinik 24 Jam

Klinik aku bukan klinik 24 jam.
Aku pernah locum di klinik 24jam sebelum ni, banyak lokasi aku merantau dulu, buat locum demi mencari pengalaman (cari duit lah). Bila locum di klinik yang 24jam ni, ada banyak pengalaman pahit manis, yang aku rasa unik berbanding oncall kat spital.

a) Sakit yang tak patut datang pukul 3pagi.

-masa aku locum kat satu klinik 24 jam di Bangi dulu, aku jumpa satu pompuan yang kena vaginal candidiasis. Aku tanya, kenapa datang pagi2 buta ni, sedangkan dia kata dah kena discharge berbau & gatal sejak 3 hari yang lepas. Jawapannya "gatal sangat lah dik". Aku hanya mampu menepuk dahi (di dalam fikiran sahaja, bukan betul betul tepuk depan patient)

b) Sakit yang patut datang lebih awal lagi.

-masa aku locum di klinik 24 jam di merata tempat (JB, Bangi, Kajang, and some say Batam too :) ), acap kali aku jumpa kes budak yang dah demam batuk selsema 3-4 hari.Tapi mak bapaknya hanya bawak ke klinik pada hari ke 3 atau 4 demam, jam 3 ke 4 pagi!. Bukannya dalam keadaan acute emergency pun, cuma demam T 37.3 jerrr...Nak aja aku cakap, alang alang dah datang lewat, baik datang esok pagi pukul 8 atau 9 pagi aja.

c) Makan gaji buta

-Ni pengalaman aku dulu locum kat sebuah rangkaian klinik yang maha glamour di JB. Mana mana doc HSAJB mesti tau klinik ni, dan pihak admin klinik ni dah siap pegang list nama doctor2 HSAJB. Klinik ni ada banyak cawangan. Aku pernah locum overnite kat satu cawangan di area Sri Pulai..memang busy, rasa macam nak nangis dan menyesal. Dan aku suka bila buat slot locum overnite di cawangan mereka di Senai, dekat dengan epot Senai tuh...bila datang (masuk pukul 11pm kalau tak silap aku), staff dia dah siap sediakan segelas besar air nescefe kow. Dan staff siap cakap,"Doc, lepas minum ni, bolehlah masuk beradu ya".

Memang ya pun, aku datang ke klinik tu cuma untuk minum free, dan masuk tido dalam bilik tidur doc yang ada aircon. Banyak kali aku pulun locum overnite kat sini dulu(zaman bujang, duduk rumah parents), patient paling ramai aku pernah jumpa dari jam 11pm-6.30am tu ialah 2 orang! Averagenya, SATU patient aja, tu pun datang before 12am...hahhahaha....selalu juga jumlah patientnya ZERO, empty, illek, nil.

Mula mula aku segan gak nak ambik duit locum, ye lah, datang buta buta ambil duit, tapi bila staf tu cakap "doc jangan risau, mana mana doc yang buat overnite kat sini, memang tidur mereka untuk dibayar".

Dengar khabarnya, klinik cawangan mereka di Senai ni dah ditutup. Ye lah, aku pun dah lama tinggalkan JB.Mungkin ditutup sebab rugi asyik membayar duit locum utk doctor2 yang hanya datang utk tido!

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sebenarnya, dulu aku risau gak bila buat locum overnite...yelah, dengar mcm mcm cerita pasal klinik kena rompak lah, samun lah..member aku pernah ada pengalaman, buat locum overnite kat sebuah klinik di Gelang Patah, Johor. Pukul 2 pagi ketua penyamun datang klinik, mintak keluarkan peluru dari peha dia !

4 comments:

  1. Saya pernah locum kat klinik yg kat airport tu. Hari isnin. Patient tak putus drp pagi sampai ptg. 90% panel. Semua nak MC. Lepas tu saya tak buat lagi locum kat situ. Tak Berbaloi.

    ReplyDelete
  2. saya kategori patient je. tu pun selalu mkn antibiotik tak abes. huuu~

    ReplyDelete
  3. Dr.Zul - kisahnya...Hari Isnin memang hari MC.

    GB - jangan amalkan macam tu ye..

    ReplyDelete
  4. tumpang marah sikit...GB!!!!!! sudah ku warning kan!!!!

    ketua penyamun tu tak bawak 39 orang kawan-kawannya kah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...