Monday, November 8, 2010

Happy 24th Anniversary Tok Alex

6 Nov lepas, genap 24 tahun pemerintahan Tok Alex sebagai manager Manchester United. Punyalah lama...bayangkan dah berapa banyak duit dia kumpul...
Dan minggu lepas memang 'Minggu MU fans'....sebab:

1. Kemenangan dramatik 2-1 ke atas Wolves

-macam biasa, mata aku dah kelat melekit sebab pakai contact lense dari awal pagi tadi, sampai ke tengah malam ni. Nak bukak, tengah layan game. Masuk 92 min(with 4 min added time), Gollllllllllllllll!...Hero kebanggaan Korea, JS Park meledakkan gol peribadinya yang kedua.Tak sia sia aku berjaga lewat malam, ingatkan dah seri 1-1.
Ledakan berbisa masa tambahan JS Park. Gambar Ihsan soccernet.com
2. Hadiah anniversary terbaik buat Sir Alex Ferguson.

- Winning a game in a dramatic fashion on your 24th anniversary, nuff said.


3. Chelsea kena tapau 2-0 di Anfield.

Sehari selepas itu, musuh tradisi, Liverpool, telah membantu mengecilkan jurang tittle race(still early season, huh) dengan Torres membenam Chelsea, 2 biji gol. So, hasilnya, gap between MU & Chelsea semakin mengecil, 2 mata memisahkan. Chelsea dah kalah 2 kali so far, and MU masih belum kalah dalam 11 perlawanan.

Thanks Torres..For the 1st time, aku elated bila tengok Liverpool score.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...