Friday, November 12, 2010

Fiza Pregnant- 11 minggu

Hari ni, genap(lebih kurang lah) 11 minggu Fiza mengandung.
Kalau ikut formula mak bidan kampung sebelah, macam ni formulanya:

G2 P1 @ 11/52

Aku rasa cukuplah dua tahun menunggu. Bajetnya nak tunggu 3 tahun, sebab Fiza LSCS. Tapi Tok Mal & Nek Mi dah sibuk tanya tanya, bila nak tambah. Sampaikan masa gi umrah bulan 6 tu hari, Tok Mal siap specifically doa depan Kaabah supaya Ziyyad dapat adik !..Muahahaha..

Dan bila aku bagitau ayah bahawa Fiza pregnant, riang gumbira betul ayah. Doa beliau dimakbulkan Allah. Alhamdullilah.

Ziyyad baru aja sambut besday ke 2, 30 Oktober lepas. Sambutan tak semeriah tahun pertama, just mom & dad celebrate at Madam Kwan's (mummy & daddy yang makan lebih sebenarnya...hehe), and we bought for him a big toy at Toys R Us.

Bila Fiza pregnant, aku teringat kepada 3D scan Ziyyad dulu. Punyalah excited nak tengok rupa dia..
For this pregnancy pun, Insya Allah, akan ku bawa Fiza ke mak bidan untuk 3D scan, bila sampai waktunya.


At this moment(4D view),Ziyyad was actually yawning.

Aku sedang berkira kira kat mana pulak lokasi mak bidan yang akan aku bawak Fiza untuk bersalin. Dulu masa Ziyyad, mak bidan Siti Esah kat KPJ Shah Alam yang sambut (belah sebenarnya).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...