Friday, November 12, 2010

Esok Aku Start Bercuti

Esok lepas Subuh, Insya Allah aku akan bertolak ke Kuala Terengganu, jalan jalan cari makan + cuti cuti Malaysia.

Dah hampir 5 bulan aku tak bercuti panjang, last bercuti pun bulan Jun lepas, ke Bali.

Misi ke Terengganu kali ni ialah juga bagi membawa mak mertua aku melawat tempat tinggal adik ipar aku yang based di Kemaman. Dia kerja dengan Schlumberger.

Sebab last aku ke Terengganu pun ialah 2007, so aku kena study balik, tempat -tempat yang perlu dilawati, apa nak makan, mana nak tinggal. Malam ni kira final study before bertolak esok. Minyak kereta dah siap full tank, dah siap basuh berkilat.Kelmarin dah service.Baju dah kemas.
Google Map jugak aku rujuk
Zoom dalam sikit
Plan aku atas kertas.Tak tau lah berapa % berjaya lawat dan makan2 di tempat2 yang aku target

So, bermula esok, Sabtu 13 Nov hinggalah ke Isnin 15 Nov, aku memang tak online. So tak up date lah blog aku dalam tempoh tu.

4 comments:

  1. Selamat bercuti.
    Jangan lupa cari Sotong Goreng Tepung untuk makan petang2 di tepi laut.
    Dan melawat Stadium Roboh...
    Saya ke Tganu/kelantan bulan 6 yg lepas.
    Macam tak nak balik...

    ReplyDelete
  2. Wah. semua org dah mula berjalan2. Seronoknya.. saya plak tak cukup duit nak jalan. Hohoho.

    ReplyDelete
  3. zoul- tak sempat ke stadium roboh tu..betul, memang tak cukup 2 hari di Tganu nih..

    drSatrian - tak apa, jgn risau, bila emas kau meletup harganya, boleh pusing satu doniaaaa...:)

    DrSinga -yes, memang fun...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...