Tuesday, November 9, 2010

DSLR

Aku memang dah jatuh cinta dengan hobi fotografi sejak 2-3 tahun yang lalu. Dah hampir hampir nak beli sebijik DSLR, setelah extensive reading & research kat pelbagai blog/forum/website berkaitan dunia fotografi, baik luar negara, mahupun dalam negara.

Namun, atas sebab kesibukkan dan priority lain, aku gunakan duit untuk beli DSLR tu, ke tempat lain.
Dan aku terus hampir melupakan dunia fotografi ni, dan setia ajalah dengan camera Point&Shoot jenama Casio yang aku beli tahun 2006 dulu, right before my wedding. Dan camera P&S Casio itulah peneman honeymoon kami ke Bali.

Hujung minggu ni aku akan ke Terengganu. Bajetnya nak lawat tempat-tempat menarik, dan of course, ambil gambar. Tiba tiba baru aku sedar, camera Casio tu dah misplaced. Ntah mana ntah Fiza letak, dia pun tak ingat. Dah puas cari kat rumah, kat rumah Wan Bah ni, still tak jumpa. So, aku rasa, kena lah pinjam DSLR Nikon D3000 Makde nih.
Gambar Hiasan, ni bukan D3000 Makde punya, tapi ni lah rupanya

Dia beli kat Langkawi. Dan aku pasti, dia & anak anaknya masih menggunakan Auto Mode aja..:)
Sementelah aku dapat pinjam D3000 ni, aku kena buat crash course pasal DSLR...so hari ni hari pertama crash course, sendirian berhad, means that pulun membaca kat internet all the basic knowledge. Ye lah, alang alang dah usung DSLR bagak ni ke Terengganu, biarlah hasil gambarnya, memuaskan, at least better lah dari mutu gambar kalau aku tangkap pakai camera veteran Casio aku tuh.

Hari ni, aku dah belajar sendiri pasal Aperture, pasal Shutter Speed, Depth of Field, Metering..etc ect..dan testing testing sendiri. Habis staff klinik jadi model tak berbayar. Kak Ilah pun yang tengah teruk vertigo pun jadi model aku..wakakaka..dan pohonan pokok kedai apek kat sebelah ni pun, jadi subjek fotografi aku.

Aku letak sini gambar hasil crash course hari pertama aku, bermain dengan Big & Small Aperture..dan menggodek function Macro...dan juga shutter speed. Hasilnya buruk aku tahu, tapi ia yang terbaik buat diri aku, seumur hidup aku, so far. Sebab selama ni aku tak pernah shoot pakai DSLR. Harapnya, lepas lepas ni, mutu gambar akan semakin baik, dan baik, dan baik...hehehhe
Guna large aperture, F5.6. Dibetasol injection aku jadi model :)
Ni guna small aperture, F25. Spot the difference? Hahah..poyo aje soalan kan..Depth of  Field nya lebih luas, jauh kebelakang. Dibetasol yang dibelakang keriangan nampak clear dalam gambar :)


Pokok kat kedai apek menjadi subjek seni aku

Torchlight ni pun terjebak sama.

Aku dah terminat balik kat DSLR lepas pegang D3000 makde ni...Hmmmm..perlukah aku beli sebijik? atau terus mencari camera Casio ku yang misplaced entah ke mana? Ikut rasa hati, memang nak beli...Fiza pun dah racun aku...tengoklah macam mana..for the time being, aku ada masa lebih kurang seminggu lagi untuk pegang dan bermain main dengan D3000 makde ni..huhuhu....

4 comments:

  1. Sebagai pengguna Canon sejak 2008, saya cadangkan Canon 500D.
    Ramai kawan2 saya pakai Canon.
    Kalau ada rezeki lebih, upgrade ke 60D terus...
    Racun....

    ReplyDelete
  2. Hehehe..Canon VS Nikon..the never ending battle..but memang saya pun cenderung ke Canon..tengoklah macam mana..

    ReplyDelete
  3. Kalau beli Canon, ambik kit lens yg panjang terus. 18- 200mm is the best. Kalau travel senang. Tak perlu tukar2 lens lagi.

    ReplyDelete
  4. saya pun baru tangkap 60D satu..
    jom blaja menembak sama2 ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...