Tuesday, November 30, 2010

Cuti Terengganu: Part 7 (Masjid Kristal)

Jom layan tgk Masjid Kristal ni. Siapa pernah semayang terawih kat sini?
Dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008.
Lepas kepanasan melawat TTI dan naik bot, memang best solat & melepak dalam masjid yg fully air-con ni.
Masjid dilihat dari atas bot

Ikut kata mamat tour guide TTI River Cruise tu,yang betul2 pure kristal ialah 4 tiang menara aja.Tu yang mahal tu. Agak agaknya kalau sekali dengan kubah2 tu semua pure kristal, aku tak tahu lah berapa pulak jadinya harga masjid ni.Dikhabarnya ongkos membinanya menelan belanja ~ RM360 jotaaa.

Masjid ni boleh memuatkan maximum 700 jemaah.
So far dah buat solat terawih, solat raya kat sini. Dalam plan nak buat solat jumaat pulak akan datang.
Aku tanya mamat tour guide tu, siapa yg dtg semayang sini?
Majoritinya hanya pekerja2 TTI aja..dan juga tourist ke TTI.
Penduduk sekitar? Maybe jauh nak ke sini.Hehehe..
Masjid ni memang mengundang banyak kontroversi. Korang sendiri tahu kan. Dibuka dan heboh pula zaman pemerintahan mantan PM yang paling singkat memerintah.Jadinya tak hairan kalau banyak urban legend/cerita mistik yang keluar, ntah kan iya, entahkan konspirasi.
Boleh tengok antara contoh2 nya disini:

misteri masjid kristal


Yang pastinya, masjid ini memang unik, memang cantik.
Cuma aku harap(dan ramai yang berharap), secantik mana pun masjid ni, biarlah secantik itu ia di imarahkan.

Memang silau mata tengok menara kristal ni


Jom masuk dalam masjid pulak.
Masa sampai ke sini, aku langsung tak teringat pasal isu ini:  Arah Kiblat Yang Salah
Aku solat aja macam biasa. Semoga Allah menerima solatku.




Cuba teka berapa harga chandelliar ni?

So, aku harap sesiapa yang ada latest info pasal isu kiblat ni, diharap dapat dikongsi.
Betul ke ianya silap? Kalau silap, pihak berkenaan tak betulkan ke?

7 comments:

  1. masjid dibina bak istana.

    malas nak komen lelebih..kang tak cukup kotak komen kang...

    ReplyDelete
  2. apakah tujuan masjid tersebut dibina?
    ngeh ngeh ngeh....

    ReplyDelete
  3. GB- sila beri komen tak lebih dari 120 patah perkataan. :)

    SyidaGorjes- masjid dibina sebagai tempat ibadat(sila baca dalam mode skema).Hihihi..

    ReplyDelete
  4. A'ah ek...kalau salah nape tak dibuat correction? Ke takut kene korek duit ra'yat lagik

    ReplyDelete
  5. sitisifir10 - cuba sitisifir buat kira kira/sifir, berapa duit rakyat kena korek? :)

    ReplyDelete
  6. Macam duit dah takde guna. Ramai lagi org Islam yg hidup susah hatta di negara kita dan di Ganu tu sendiri.

    ReplyDelete
  7. YB-- nantikan projek bangunan 100 tingkat..hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...