Friday, November 26, 2010

Cuti Terengganu: Part 6 (TTI River Cruise)

Lepas hampir 3 jam berjalan jalan & melepak kat monumen & restaurant di TTI, kami dah penat. Hari makin terik panas. So we have decided to rest ourselves in a boat, cruising along Sg.Terengganu. Hari aku sampai tu, ada rombongan sekolah 5 buah bas.Cruise jam 3pm onwards dah fully booked. So aku pilih jam 2pm punya, dan best, sebab tak crowded bot tu..hanya family aku + another one family yang lain aja.




Mommy & Ziyyad with the safety gears

Our tour guide. Very friendly & informative man.

Pemandangan TTI dari kejauhan
The cruise took approximately 45minutes. Dapat lihat penempatan kampung kampung ditebing sungai, dan lihat pulau pulau kecil selain Pulau Wan Man tu.
Banyak rupa rupanya pulau pulau kecil sepanjang Sungai Terengganu ni. Ada yang ada penempatan manusia, tak sampai 200 orang tinggal di situ, ada yang hanya didiami flora & fauna.Ada juga pulau buatan manusia.
Ada juga teknik mem-bubu ikan. Nampak bekas bubu atas bot nelayan tu.

Tempat membuat kapal.
Bengkel repair kapal. Bot PDRM sedang di servis.
 Orang-orang Terengganu ni ramai yang kaya raya, hartawan jutawan, yang makan dipinggan, minum dicawan..:) Kaya sampai boleh ada bot mewah sendiri...gambar selanjutnya salah satu rumah Datuk K dan bot nya..bukan Datuk K Siti Nurhaliza yer....

Rumah berunsur tradisional Terengganu milik Datuk K
Mini yacht Datuk K

30 Nov ni bermulalah Monsoon Cup edisi 2010. Kami pun menyusuri kawasan mereka bertanding di sini
venue Monsoon Cup. Lagi 5 tahun aku park yacht aku kat sini..hahaha


Tengah syok syok cruising past the Monsoon Cup punya arena, tiba tiba bot terhenti. Enjin tak boleh start. Ahhh..sudah..Wan Bah dah mula cuak. Dekat 10 minit driver nya cuba start enjin, enjin tak mau start jugak. Last last mamat tourist guide tu ke belakang dan angkat enjin sangkut bot tu..Wallllaaaaa...sangkut kat kayu hanyut rupanya..lepas dibuang kayu tu, enjin bot hidup semula...Legaaaaaa...
Beresss...boleh jalan balik.



Setelah melengkapkan pusingan, kami menuju semula ke arah jeti TTI. Dari kejauhan dah nampak Masjid Kristal. Masjid ni terletak di bucu/tanjung Pulau Wan Man ni. Waktu tu jam lebih kurang 3 petang, hari tengah panas. Memang memantul mantul sinaran dari kristalnya. Bot berhenti kejap depan Masjid Kristal, beri penerangan dan peluang kepada sesiapa yang nak ambil gambar.
Tengah fikir berapa juta duit habis nak buat masjid ni
Fiza yang happy takyah melayan kerenah Ziyyad yang dah terlelap kepenatan :)
Sampai aja jeti, kami terus menuju ke Masjid Kristal untuk solat jamak semua...dan berehat. Masjid ni best sebab aircon satu masjid, dan aircond nya boleh tahan sejuk.

Dalam entri  berikutnya nanti aku cerita pasal Masjid Kristal.

4 comments:

  1. haiyaa.. wa lasa mau pigi satu kali jugak la
    mau kasi lepas wa punya stress..
    huhu

    ReplyDelete
  2. DrHani --pigi lah..kasi hilang itu lu punya stless maa...hali hali tengok olang sakit, nanti otak pun boleh sakit looo...hehehe..

    ReplyDelete
  3. So laid back kan life kat sana..
    Relax je
    (orang kata lah....)
    Saya... Berjaman tak gi sana

    ReplyDelete
  4. DrSinga --yep, memang laid back..terserlah rupa mereka yg kurang stress berbanding manusia di Klang Valley..rasa nak bersara dan buat rumah di tepi pantai di Tganu nanti..hihihi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...