Saturday, November 20, 2010

Cuti Terengganu: Part 4 (Melepaskan Anak Penyu)

Setelah penat menunggu di tepi pantai, acara yang dinanti nantikan pun tiba.
Dah nampak abe abe Polis mula menjaga kawasan pantai, dan kelihatan manusia berbaju biru dan merah bawak kotak kotak polestrin.




Setiap ekor anak penyu sudah di nomborkan. Total number ~ 2000 ekor.



Usia anak anak penyu ni ialah sekitar satu bulan. Muda lagi..
Sementara menunggu greenlight untuk melepaskan anak penyu, masing masing yang hadir mengambil peluang memegang, membelek, men-shoot gambar gambar anak penyu ni. Aku rasa penyu-penyu ni pun naik rimas asyik kena belek..hehehe

Wan Bah yang takut takut nak pegang pun, akhirnya berposing dengan penyu :)

Ziyyad tak boleh menghilangkan rasa takut? geli ? dia pada anak anak penyu nih..puas aku & Fiza cuba suruh dia pegang, dan puas jugak dia mengelak...


Final group photo before the baby turtles were released into an open sea

Setelah teruk anak anak penyu yang ada tu dibelek dan di shoot gambar2 nya oleh pengunjung yang datang, maka program melepaskan anak penyu secara serentak pun bermula. Khabarnya masuk buku Malaysia of Record.

It's nature.The baby turtles crawled into the sea. Tak pulak dia gostan ke belakang :)


And the journey begins. Hope that you guys will survive till adulthood, and revisit Rantau Abang to lay eggs


Ada yang tercampak/terbang bila dilibas ombak pantai..kesiannnnn

Brother dari Jabatan Perikanan ni banyak beri info pasal anak anak penyu ni.
Personally, I like this picture. The trail left by the baby turtle.
Kejap aja proses pelepasan anak penyu ni. Aku rasa tak sampai 20 minit, dah habis kosong semua kotak tu. Semua anak penyu dah masuk dalam laut.

Tersenyum riang brother ni, kosong dah kotak kotak tu.

Merenung masa depan,"will those baby turtles survive,or being a shark's meal?"


Mereka yang keletihan selepas hampir 2.5 jam melepak tepi pantai
Masing masing berangkat pulang.Dah dekat maghrib daaaa

Berbaloi lah kami singgah ke Rantau Abang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu ni.
Dah pasang impian pulak nak tengok live penyu bertelur..kena betul betul study timing nya nanti.

Setelah membasuh kaki yang penuh dengan pasir pantai, kami pun meneruskan journey ke Kuala Terengganu.

11 comments:

  1. personally, kita sgt suka gambar ank penyu yg jalan seko2 tu!!
    *tetibe rase sgt jeles..ahakss

    sgt signifikan gambar tu compared to others..

    ReplyDelete
  2. eh, tetibe.baru perasan ayat kat bwh picture tu lebih kurang pulak ngan ayat daddy ziyyad tulis..(nmpk sgt tertumpu kat gambar aje..hahah) sori, x sengaja tulis ayat lebih kurang (kat fakulti kami diajar supaya tidak plagiat hasil org len)

    sori.............

    ReplyDelete
  3. Zie- kannn, saya suka gambar anak penyu yang seekor tu..

    ReplyDelete
  4. ada tak baby turtles yg mati b4 sempat ke laut? maknanya.. mati sebab kena penyek dgn orang2 yg excited nak pegang dia tu.. hehehhe

    ReplyDelete
  5. h4ni3 -hehehe..tak sure, tapi tengok gaya pada budak2 kecik yg ramai dok pegang baby turtles tu, tak mustahil ada yg nazak before dilepaskan ke laut..:)

    ReplyDelete
  6. wah haritu pegi cuti kat rantau abang..
    hari pelepasan tu hari sabtu kan..sehari awal dah balik dah...tak sempat nak join...
    pegi makan angin je waktu tuh...

    ReplyDelete
  7. belum smpi ke rantau abg pun

    ReplyDelete
  8. syahrilhafiz- yes, hari sabtu.

    rozita - datanglah .pantai2 kat Tganu memang cantik

    ReplyDelete
  9. jeles...jeles...
    tak ramai yang dapat oppurtunity gini!!!!!!

    ReplyDelete
  10. DrSinga--boleh cuba lagi tahun depan...:)

    ReplyDelete
  11. skreeetttt!!!!! lambat. sori. trepik jem~

    penyu! biru!

    lembik-lembik ke badan dia?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...