Saturday, November 20, 2010

Cuti Terengganu: Part 3 (Pantai Rantau Abang)

Pusat Penerangan Penyu tu kecik aja..tak sampai setengah jam, dah abis ronda. sebab kepanasan lah.

Aku jengok pentas dan khemah utama, VIP tak datang lagi.Hampeh betul VIP kat Malaysia nih. Cubalah punctual sikit. Kalau kau taraf Menteri or PM nak lambat, aku boleh terima, ni setakat Exco, dah lambat macam ni...Kata majlis start pukul 4.45pm, dah dekat pukul 5.15pm batang hidung VIP pun tarak!
"mana VIP ni daddy, lembab betul kan..biar Ziyyad ajalah yang rasmikan program ni"

Budak-budak sekolah dan IPT sekitar dah datang meramaikan majlis. Geng2 bazooka pun datang bawak senjata masing masing. Hampeh, terasa kerdil diri ini. Tapi takpe, it's the man behind the camera, not the camera.Teknologi hanya membantu aja. Ini cakap orang jeles yang masih tiada kamera digital reflex lensa tunggal berkuasa tinggi, cukup sekadar dslr pinjaman ni sahaja.

Booth air Milo free ni menjadi tumpuan.Aku tak larat nak menyelit
Jadi, bagi menghilangkang kebosanang (automatik ada G bila sampai sini ..hehehe), aku ajaklah Fiza, makcik, Wan Bah, Wani semua ke tepi pantai dulu. Layan dulu desiran ombak Laut China Selatan yang agak ganas.
Garisan pemisah disediakan. Anak penyu akan dilepaskan, dan manusia kena duduk dibelakang garisan
Kids are energetic. Aku biarkan Ziyyad main pasir pantai puas puas







Main puas puas Ziyyad, daddy bagi greenlight utk baling pasir tu :)

Daddy pun nak berposing, asyik Ziyyad aje


Habislah dua tiga botol air mineral, lepak lepak tepi pantai, borak borak sambil menanti program start. Dah tak sabar nak pegang anak penyu nih.

Entry berikutnya: Lepaskan anak penyu.

6 comments:

  1. owh..itu rupanya daddy ziyyad..hehehe

    x sbr nk tengok anak2 penyuuuuu!

    ReplyDelete
  2. kalau terjumpa tengah jalan, tegurlah daddy ziyyad tu :P

    ReplyDelete
  3. Salam Daddy Ziyyad.

    Terima kasih kerana sudi ke blog saya 2 hari lepas. Maaf tak dapat balas kunjungan itu lebih awal. Sibuk sikit mcm VIP tu juga hahaha

    Rajin awak bawa famili singgah di Pusat Penerangan Penyu tu ya. Saya lalu aje situ setiap kali ke Terengganu. Tak pernah berhenti pun sebab sekarang dah jarang penyu mendarat utk bertelur.

    ReplyDelete
  4. YB(yunus badawi, yang berhormat..hihihi)-

    Thanks sebab singgah ke sini juga.
    Penyu memang dah amat amat jarang landing kat RA utk bertelur.

    ReplyDelete
  5. biasanya milo free kat booth macam tu sedap. pekat melekat! heheh!

    ReplyDelete
  6. GB--rugi tak menyelit minum Milo pekat tu..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...