Friday, November 19, 2010

Cuti Terengganu: Part 2 (Pusat Penerangan Penyu)

Setelah selesai makan makan di kopitiam Hai Peng, perjalanan diteruskan, menuju Kuala Terengganu. Alhamdullilah, cuaca cantik, cerah. Kami singgah di Rantau Abang untuk solat jamak dan melawat Pusat Penerangan Penyu.


Masjid ni opposite dengan Pusat Penerangan Penyu. Ada tempat makan ala R&R mini, dipanggil Hentian Penyu


Memang rezeki kami, kebetulan pula hari tersebut diadakan program pelepasan anak penyu serentak terbanyak yang bakal mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Record.Acara melepaskan anak penyu berusia sebulan yang mencecah 2000 ekor kesemuanya. Khemah dan pentas telah disediakan, dan menanti kehadiran pengunjung dan tetamu kehormat. Acara dijangka bermula jam 4.30 petang.

Pentas yang masih kosong

Tengok jam, baru pukul 3 petang. Kami masuk dulu dalam Pusat Penerangan Penyu, layan lah pameran pameran pasal penyu yang ada dalam tu. Panas laaaa..takdak aircon! Terengganu Tourism, please take note ya.
Terserlah rambut Ziyyad yang 'wet-look' dek kerana peluh kepanasanggg..

Ingat tu, jangan beli atau makan telur penyu. Sayangilah penyu :)

4 comments:

  1. sempat tak bergambar dengan YB exco tu?

    ReplyDelete
  2. Tak pun. In fact I tak duduk pun di bawah khemah tu dengar ucapan. Dah get ready melepak kat tepi pantai. Kenal ke YB tu?

    ReplyDelete
  3. waaa...bestnye doc.kita nama aje dok dungun,penyuuu punnn x pernah tengok secara live..

    tetibe rasa rugi x explore tempat2 ni suma..

    comelnye ziyad..hugs n kisses..

    panasanggg ye..xpe2,nnt terengganu tourism akn buat penambahbaikan..

    ReplyDelete
  4. hehe.. tak cukup glamer la nak 'berkenalan' dgn YB

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...