Tuesday, November 23, 2010

Apabila Nilai Persahabatan DiNodai(MLM)

Baca tajuk entri kali ini, serius tak bunyinya...chewaahhhh...
Kenapa aku buat tajuk macam tu..

Ceritanya begini...

Dua hari lepas, kawan aku zaman sekolah dulu, yang dah hampir 14 tahun tak berjumpa (last jumpa pun masa form 5 lah) ajak jumpa. Dapat contact balik pun gara gara Facebook..Ok lah, aku pun excited lah nak jumpa kawan lama..niat nak sambung balik silaturrahim yang dah lama terputus..

So, semalam lepas habis kerja pukul 5pm, aku balik rumah. Mandi mandi, relax kejap, dan janjinya nak jumpa lepas maghrib. Aku siap set kan tempat pertemuan.

Jam 8pm bagai dijanji, aku jumpa kawan lama ni kat sebuah restoren. Ambience nya menarik, ye lah, bajet nak duduk lama lama, sembang pasal hal hal zaman dulu...maklumlah dah 14 tahun tak dengar khabar berita. 10 minit pertama, OK..sembang sembang hal biasa. Masuk minit ke 13, kawan aku cakap " sebenarnya, aku ada produk nak tunjuk kat engkau"

Mendengar aja kata-kata 'hikmat' tu, gelap dunia aku. Aku terkena lagi. Tipah tertipu lagi !
Ni bukan kali pertama aku terkena. Ni kali KEDUA !
Dua tahun yang lepas, dengan modus operandi yang sama, masa tu, kawan baik aku jugak zaman sekolah menengah, yang dah 12 tahun tak berjumpa, tiba tiba ajak jumpa. Rupa rupanya ajak masuk MLM !

Aku bukan apa. Aku bukan anti MLM. Lantak kau lah..kau yang usaha, kau kaya, itu hak kau. Allah dah kata, rajin berusaha + tawakal, kau dapat.
Tapi caranya yang aku terkilan.

Sekian lama terputus hubungan, berbelas tahun, bila dapat contact dan diajak bersemuka, TUJUAN utamanya nak jual produk, nak carik downline. Tak hormati langsung nilai persahabatan dulu dulu tu.
Kalau iya pun nak nak cari downline, pandai pandai lah reka strategi. Maybe pada pertemuan ke tiga, ke empat, slow slow kau push la...Ni tidak, dah berbelas tahun tak bercakap, dapat jumpa 1st time, terus nak cerita MLM. Aku hangin, ye aku memang hangin !

Bukan aku sorang terkena dengan modus operandi begini. Kawan2 aku yang lain pun ada terkena.
Sebenarnya, petang semalam masa tengah mandi(bersiap nak jumpa kawan tu lah), aku terfikir "entah entah pasal MLM ni, tetiba ajak jumpa". 
Tapi aku ketepikan perasaan itu. Aku bersangka baik. Niat aku nak eratkan silaturrahim. 
Tapi rupa rupanya kawan aku tu bukan pentingkan silaturrahim, maaf cakap. Nilai persahabatan sudah boleh ditukar ganti dengan wang ringgit.

Ikutkan hati, dan kalau memang bukan pasal kawan lama, sebaik sahaja nak mula cerita pasal produk tu, aku blah dah.Masa dia datang bawak beg sandang pun, aku dah mula syak. Rupa rupanya dalam beg letak notebook, siap tunjuk power point kat aku.

Tapi mengenangkan sahabat, aku buang masa berharga aku ~ 2.5 jam, yang mana aku boleh guna utk aku ke masjid, utk aku berehat rehat dengan ahili keluarga di rumah. Pada aku, nilai silaturrahim tu lebih utama.
Tapi sahabat aku tak kenangkan semua itu.Yang penting, carik downline. Yang penting, boleh pakai BMW.

Aku menyampah.
Nak aja aku cakap "maaf lah, aku dah cukup kaya dah"...Tapi nanti dia kata aku riak, dan aku masih fikirkan perasaan sahabat. Tapi adakah dia fikirkan perasaaan aku kena tipu nih??

Moral of the story, memang lepas ni aku akan 'fobia' kalau tiba tiba kawan lama yang dah berkurun tak jumpa/call, tiba tiba ajak jumpa. Aku tak nak terkena lagi.

Dan sebab kau nak jual MLM kau lah, persahabatan terputus. Kes pertama yang aku kena tu, menyebabkan aku mengelak jawapan telefon/SMS mamat tu. Rupa rupanya kawan2 aku satu sekolah yang lain pun buat tektik yang sama, mengelak bila mamat ni asyik nak follow up/push orang suruh join. Dan benda yang sama, aku pasti, akan berlaku kepada kawan aku yang aku jumpa malam tadi.

Kepada kawan2 aku, kalau kau terbaca coretan ni, aku minta maaf. Korang tak hargai nilai persahabatan itu. Bukan pasal aku anti MLM, tapi cara korang nak buat bisnes yang tak betul.
Kepada kawan2 pembaca blog ni, yang ada buat MLM, maaf andai terasa hati. Aku tak anti MLM. Cuma sila lah berniaga dengan betul, kalau tak, orang tak menyampah dengan budak2 MLM.

19 comments:

  1. Saya pun dah biasa terkena.
    Kalau kawan2 lama tiba2 beriya2 nak jumpa dan ada hal nak bincang, itu mesti Skim Piramid dan MLM.
    Apatahlagi bila mereka tahu kita doktor.
    Mereka suruh kita push produk2 kesihatan kat pesakit2 kita. Bukan murah beb! 200 lebih utk sebulan punya stok. Nak murah kena jadi ahli.
    Transfer Factor, AlphaLipid, Susu Soya, dan terbaru Jus Manggis.

    ReplyDelete
  2. kawan dengan doktor je bagus, senang dapat mc, hahaha >:)

    ReplyDelete
  3. kita kawan kann bang daddy ittewww.. ehehe

    ReplyDelete
  4. Dr Zoul-
    Yes, mereka gunakan kerjaya kita as a doc sebagai platform utk promote barang mereka. Aiiyoooo..
    Semalam, kawan saya jual BioDisc...bukan $200, but $2362 ! Ingat senang ke nak suruh org keluar duit 2K.

    Kucing- itu ada betulnya...kawan dgn kucing, dpt tahu macam2 jenis makanan..hiihi


    en_me - hehhehe...kita kawan..nak mintak advise pasal CANON dslr lah nanti..voleyy?

    ReplyDelete
  5. en_me: hahaha...sekali lafaz aje jadik kwn ye? haha

    berkawan biarlah ikhlas..bukan mengharapkan sesuatu..ini dah namanya mengharapkan sesuatu..mentang2 kawan..

    ReplyDelete
  6. ayat yg bawah tu utk komen entri yek...ekeke

    ReplyDelete
  7. zie -- ingat tau, nanti jangan jual produk mlm di school..tak beretika tauuu..

    ReplyDelete
  8. insyaAllah..kita x minat MLM..hehe..kita minat niaga kedai mkn jee..

    zie cozy kitchen..wakakka *verangan voleee?

    ReplyDelete
  9. buka restaurant "masakang Terengganu" kat Shah Alam. :)

    ReplyDelete
  10. alamak, kita faiiillllll masak ns dagang n keropok lekor..teori aje tahu,praktikal zero!!

    haha

    will make it into practical, insyaAllah, one day, perhaps..:)

    ReplyDelete
  11. betul la. penah terkena juga. tak hairan la kalau sekarang ni byk org dah mula bersangka buruk kalau ada kawan2 lama ajak jumpa. hilang satu nikmat hidup sebab bisnes..hmm..

    ReplyDelete
  12. nk tanya pasal canon? hmmm.. me bukan pakar oke..
    tp ituari me ader citer skit dlm blog:

    http://memanglumayan6.wordpress.com/2010/10/14/aku-doktor-dan-kamera/

    ReplyDelete
  13. GB - fobia kan kalau tetiba kawan lama nak jumpa..

    en_me - okeh, tq for the link.

    ReplyDelete
  14. saya pun pernah kena..
    laaagi sakit hati.. ada cerita kat blog..
    kata nak datang beraya... bawak siap2 borang n katalog cni!!!cissssssssss..........

    ReplyDelete
  15. rasanya semua org pun mesti penah kena punya la.
    At least sekali dlm hidup.
    Takpelah, biar la kita hidup dgn duit hasil memberi mc kat org. Kihkih

    ReplyDelete
  16. ohohohoh... kalau mcm tu jumpa aja kawan lama, kalau janji mau jumpa kene kata, "dengan syarat, no MLM :))"

    ReplyDelete
  17. DrSinga --rasa tak mcm nak baling dgn ketupat raya masa tu ? :)

    h4ni3 - hihihi...betul tu, tanpa kaki MC, tak kaya kita...wakakaka..

    sitisifir10 - terasa nak bagi syarat tu, tapi risau pulak apa tanggapan kawan tu(kalau dia mmg betul2 ikhlas nak jumpa)..

    ReplyDelete
  18. gua dulu pun macam tu jugak bila ada member start bukak cerita pasal mlm gua naik fobia..

    tapi last last yang terbaru nie gua join jugak.. tapi alhamdulillah la.. gua berjaya jugak akhirnya.. hahaha..

    lagi 6 bulan rumah gua habis bayar... wakaka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...